Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 15, 2009

YUMMY!

Semalam saya pergi ke Tesco bersama Qaisara. Kalau orang membeli barangan dapur di awal bulan, biasanya saya membeli pada pertengahan bulan. Jadi seperti biasa, Qaisara memang mengekor sayalah ke sana ke mari.
"Umi..umi..i smell something.."
Qaisara yang duduk di dalam troli sudah tersengeh-sengeh. Hidungnya digerak-gerakkan. Apa jugalah si Qaisara ni, fikir saya. Dia memang tidak suka ke tempat ikan-ikan. Kata dia busuk, tapi kadangkala saya menyakat dia. Saya berlegar di tempat, ikan ayam agak lama. Membuat si Qaisara meradang dengan saya.
"Move umi, move. I smell something..so nice.."
Hidung Qaisara sudah bergerak-gerak lagi. Di Tesco memang ada macam-macam bau. Semuana bercampur baur. Tetapi kerana Qaisara suruh saya bergerak, saya bergerak juga. Saya lihat dia sudah menjilat-jilat bibirnya.
"Umi..umi.." muncung Qaisara sudah panjang, menunjukkan ke tempat seorang pekerja yang sedang bertungkus lumus membuka buah tersebut dan membungkusnya. La.....
"Qaisara nak ke?"
Tanya saya pada Qaisara yang sedang tersenyum-senyum Qaisara menganggukkan kepalanya. Jadi saya pun suruh pekerja tersebut membungkusnya. Kalau satu bungkus RM6.99, 3 bungkus katanya RM15.
"Umi nak makan kat sini.."
"Aik..mana boleh..berbau nanti.." mata saya terbeliak. Qaisara seperti tidak sabar-sabar. Bila dalam kereta pun dia minta juga.
"Busuk bau kereta sayang, nanti balik Teta makan ya"
Saya memujuk. Dan setiba sahaja di rumah....Anak dara saya yang tak sabar-sabar menikmati buah kegemarannya. Sampai dua bungkus di ambilnya. Satu katanya, simpan untuk baba. Mereka berdua memang berkongsi minat yang sama. Makan durian!
Tengok sampai terpejam-pejam mata. Teringat kata kakak saya, kalau orang melayu mau malu tengok Qaisara dengan Pak Seyit, enjoy makan durian!


Sampai menjilat bibir!


18 comments:

Mama Nazhan said...

cedapnya durian...baguslah depa suka mkn durian yer kak yati... org kita ade gak yg tak bleh mkn durian...pelik....la ni durian sepanjang tahun boleh kita cari...dah tak mcm dulu... kak yati...bln 12 opis akak bukak kan? saya mcm nak melancong ke opis akak laa...hehe

Marzalina said...

hehehe..qaisara kecik2 dah pandai makan durian..bagus2 hehehe..boleh geng ngan intan hehehe, deria bau dia jugak bagus ya kak...pandai cam bau durian =)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hengatkan setorberi... =P

*eh setorberi mana ada bau daa...

doyan oh doyan =D

ain said...

duian pun fav anak2 sy gak. hubby suka lyn they all mkn durian. ni hubby x de, sy buat dek je sbb sy tak suka bau sendawa lps mkn durian!!!

yatie chomeyl said...

eheh suke durian rupanya si teta neh..tp durian mmg best pun, kalau leh nngadap gitu..mmg tak mo berenti dah.pastu tgh mlm xleh tidur sbb kepanasan hehe

puteri_kebayan said...

walaupun xsuka durian, tp nampak macam sedap je durian bila tgk budak comel ni makan...

Umie said...

alahai..qaisara..sedapnyer dia makna durian tu..nak sikit...hehe

Nadiah Sidek said...

sedapnya durian...! qaisara...mintak skit :P

yatie@smaya1709 said...

wah...santap sakan nampaknye c teta .....tak sabar2....ish bukan senang kak anak2 kecik ni makan buah durian ni....
tak sangka jugak baba nya pun suka...hehe:)

kak tak makan ke..? mana pic kak pulak....hehhehe

Zaimah Zakaria said...

Durian adalah salah satu buah kegemaran saya.
Tak sangka ya ada jugak anak kecil suka durian.
Lihat cara Qaisara makan ingat dng anak buah saya . Pantang jumpa durian , kalau dapat durian 3 biji sekali hadap. He, he...

idasm said...

memang x dinafikan, durian ni feveret teta. tak sabar2 dia nak makan durian tu. tp durian mmg best. akak beli 3 bungkus, 2 teta makan, 1 simpan utk baba. abih akak tak makan ke?

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Bai..
opis akak bukak bila2 masa aje kecuali hari ahad dan cuti umum, datanglah masa OH nanti bai

Intan, Qaisara kalau ada lori durian kat sebelah, masa tengah jalan..dia boleh suruh akak bukak tingkap tau! Semata2 nak hidu bau durian dan dia akan cakap..so nice!

Teta tak suka strawberilah nuar..he.he..

Ain tak makan durian ke? Kena tunggulah ayah dia balik ya ain? Lama lagi ke ayah dia balik..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie chomeyl.teta pulak boleh tidur, dia tak kisah pun..dapat makan makan dengan babanya lagilah seronok..

puterikebayan..ha.ha..memang pun, tgk budak2 makan durian kita pulak seronokkan..

umi siteta..setakat ni memang suka sangat2 durian..pergi bank, nampak lori durian dia suruh tahan..

nadiah..kat sana ada durian tak?

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie..baba dia pun sangat2 suka..kalau tak kontrol makan..5 biji sekali hadap tau. Akak makan durian tapi selalunya yang baru jatuh..

pearl..ha.ha.ha, awak pun suka durian ya? ramai budak2 kecil suka durian sekarang inikan..

Ida..si teta sentiasa ingat baba dia, umi dia mana ingat pun..hu..huh.., tak..akak tak makan, akak suka durian yang baru gugur..durian kg..

GREENJADE said...

hommak aih..patot le baunye smpai ke sini akok uits hihihi

vahh tabiklah anak dara & bapak dara tuh..dua2 suke durian upenye.durian mmg best!malatop u!

Amna Faqiha said...

salute la kat teta..suka makan durian

Unknown said...

alamak.. rasa malu plak diri ini ngan teta... sy tak makan durian.. bau pon da buat sy pening.. huhuhu

baby ryu zahid said...

cantik sungguh rambut teta