Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, October 12, 2009

KEMAHIRAN BERFIKIR

"Komputer saya hang, bagaimana nak off computer?"
Pagi itu saya menerima SMS dari kawan baik saya. Alamak..detik hati saya. Masakan masalah sekecil ini pun tidak dapat diselesaikan. Dan saya pun menjawab.
'Off power dan keluarkan bateri."
Namun kemudian saya sedar, kadangkala dalam keadaan kritikal begitu kita tidak dapat berfikir dengan betul dan hilang punca. Biarpun masalah yang perlu diselesaikan adalah amat mudah. Kadangkala saya sendiri panik juga kalau berlaku sesuatu diluar jangkaan. Keadaan yang diluar jangkaan ini memerlukan kita mempunyai kemahiran berfikir demi menyelesaikan masalah.
"Honey something wrong with my car, the tyre slowly flat "
Itu suami saya ketika tayar keretanya mula pancit. Suami saya ini penyelesaian masalahnya adalah isterinya..he.he. Saya sudah lengkapkan dia dengan kad AAM dan cuma menelefon sahaja tetapi yang ditelefon adalah isterinya juga..auwahh..(saya selalu cakap dengan dia, kalau saya mati nanti macamanalah awak ni).
Kemahiran berfikiran dan penyelesaian masalah memang banyak saya pelajari ketika kecil. saya masih ingat bagaimana arwah emak bercerita mengenai seekor gagak yang menjumpai takar air yang airnya jauh sekali ke dasarnya. Bagaimana gagak mahu minum, sedangkan leher gagak tidak sampai ke dasar takar. Arwah emak saya bertanya. Bagaimana gagak mahu menyelesaikan masalah?
"Angkatlah takar tersebut dan tonggang.."
Itu penyelesaian masalah saya untuk gagak. Emak ketawa. Masakan gagak, seekor burung yang kecil gagah mengangkat takar tersebut.
"Gagak mengambil batu, satu persatu lantas dilemparkan ke dasar takar itu. Apabila batu banyak memenuhi takar jadi air pun naik ke atas permukaan takar dan dia dapatlah minum.."
emak menerangkan. Nah..bayangkan gagak yang dikategorikan tidak berakal mempunyai kemahiran berfikir dan dapat menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikiran sebenarnya perlu ada di dalam setiap diri kita dan di situlah kita dapat menyelesaikan masalah.
Seperti menulis novel, kemahiran berfikir memang amat-amat diperlukan. Kemahiran ini mengajar bagaiamana seorang penulis menjadi kreatif dan tampak bijak di mata pembaca. Tetapi bukan sahaja penulis yang memerlukan kemahiran berfikir tetapi pembaca juga memerlukannya kemahiran tersebut.
Namun kadangkala ada juga buku-buku yang tidak logik dan tidak boleh diterima akal masih menjadi sanjungan pembaca. Apakah penulis tidak ada kemahiran berfikir atau pembaca yang sudah tidak tahu bagaimana berfikir? Entahlah..saya tidak ada jawapannya.
Cuma yang saya tahu, kepala saya kadangkala sakit sungguh kerana selalu menggunakan otak untuk berfikir..mungkin otak saya sudah menjadi tua kerana terlalu banyak berfikir



11 comments:

ain said...

kak yati...bila kita byk berfikir, kita akan makin bijak, so akak sebenarnya bertambah bijak, bukan otak akak semakin tua!hehe

bila saya membaca novel akak, sy selalu bertanya, cam ne lah akak boleh dpt idea2 utk menghasilkan begitu byk novel dgn jln cerita yg berbeza2. sungguh kretif akak berfikir!!!

Lady Qay said...

sy tk suke baca novel yg citer dia tkde kesinambungan n tk logik dek akal...rs rugi jer bila bli buku cmtuh...

hehe

Marzalina said...

kak..intan pun tengah sakit otak nih hehehe..dah tak tau nak fikir =)

Nor Azlina Yusof said...

Kak..Aween nak tambah..bila kita duk keep thinking kita jadi lapar..Bila lapar kita makan..maka akan membesar baiagi johan..hahhahaha..Sorr ye kak lari tajuk..

Aween suka novel2 akak..dalam novel tu ada karektor yg kerja nya mcm2 bidang..dan akak..blh cerita dengan baik scope of work bg hero n heroine tu..Aween pasti mesti akak dah buat survey dulu pasal kerja yang akak nak tulis..kalau tak..jadi cam sesetengah novel la..cite kije engineer..tapi dalam novel tu dari awal sampai hbs cite pergi meeting n pergi site..So..pembaca yang baca..kalu yg kije engineer..akan rasa cam tak betul la..job description tu di bagi..

Selamat berkarya kak..Hujung tahun takde novel baru untuk we all ka? :)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

sian akak kene fikir byk mende...tp dgn buah fikiran akaklah, karya akak dikongsi dengan semua orang dan ramai orang belajar darinya...

senyum sikit...cam moody jer entry nih...pendek jeh...takot r...brrr =D

shila said...

saya pulak tgh sakit kepala sebab low bp... oksigen n darah lambat sampai otak....auu.. hmm camna la nak dapatidea kretif cam akak kalu dah tak boleh fikir ni ..hehehe

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

entry ni cam sdikit serius..jim tatot jgk..cam uncle..hahaha..

btw,klu tayar keta akak pncit,akak kol suami dulu or AAM dulu?? saje je nk lari topik!wakakaka..

neng said...

Itulah kak apa yang saya katakan bahasa buku-buku akak ni cerdik, mungkin sebab akak suka berfikir kut. Saya ni kerja cikgu jadi dah terbiasa nak baca buku-buku yang bahasanya bagus. Banyak juga buku yang saya beli tapi tak habis baca sebab terus hilang mood bila bahasanya macam bahasa budak-budak walau jalan ceritanya ok. Mungkin penulisnya kurang berfikir kreatif dan kritis tu yang jadi macam tu. Akhirnya buku tu bertapalah di rak tanpa dihabiskan tapi buku-buku akak banyak yang saya ulang baca, bukan saja nak puji tapi itulah kenyataannya..

idasm said...

jd penulis ni mmg byk berfikir kan kak. ida mmg kagum dgn akak. mmg kreatif.... buat ida terpesona dgn jalan cerita dan persekitarannya...
teringat nv setiap jumaat yg berlatarbelakangkan negara jepun... walau x pernah ke sana, tp melalui nv akak, ida boleh berimaginasi ke sana!... hehe...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ain.bila akak banyak berfikir otak akak menjadi senget dibuatnya..he.he.he

Lady Qay..yelah..sudah pasti kita tidak mahu menghabiskan duit pada buku yang tidak kita suka, tapi menulis ni pun susah juga!

Intan..kau sakit otak kenapa intan..he.he

Aween..akak kalau duduk berfikir, banyak2 kepala sakit, akak akan baring menenangkan diri..dan kalau asyik berfikir, makan pun akak tak mahu aweeen..tapi badan tak kurus!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nuar..tak moodyla, okay aje..cuma sesekali seriuslahkan..

la..shila low bp ke? minum kopi banyak sangat ke..ha.ha

jim..tak ada maknanya nak telefon dia, baik telefon AAM, sementara tunggu AAM datang tu, baru akak telefon beritahu suami, kereta rosak..tapi da call AAM..keh.keh..

neng, bahasa memang memainkan pernanan yang penting, biar ringkas tapi cantik..

ida, apa sahaja kupasan memang perlu dilakukan dengan betul, supaya pembaca tidak rasa tertipu..pembaca sekarang dah bijak pandaikan..