Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, jiwa macam letih sahaja he.he, manusia biasalah pusingan hidupnya. Bahagia gembira, sabak (muram) semuanya berbaurkan. Malas sungguh nak update blog ini. Cuti raya deepavali hari itu, kami semua menuju ke utara, menuju ke satu kawasan yang bersempadan dengan Pulau Pinang, Kedah dan juga Perak. (Mak ai, tol pergi balik nak dekat RM100, seperti biasa bibik saya cakap..kita makan tol hari ini..keh.keh), di mana berlangsungnya majlis pertunangan adik lelaki saya.
Turut serta dalam majlis tersebut, kakak saya Mijah, Maznah, abang-abang ipar saya, abang saya dan ayah saya. Abang saya Ustaz Mazlan menjadi wakil pihak kami.
Ojan juga turut bersama, kami menyakat Ojan. 10 tahun nanti, giliran andak pergi merisik untuk Ojan pula...isk, pandai-pandai ajekan, panjang umur ke tidak saya..
Bersama bakal adik ipar saya Hamisah dan emak tiri saya. Beliau baru sahaja menamatkan pelajarannya di Mesir. Ojan kalau ambil gambar madang yang kelabu..he.he..
Hantaran dari pihak kami yang diuruskan oleh NB sepenuhnya, dah senget benget sebab barang hantaran ini penat duduk dalam kereta lama..keh..keh..
Selamat majlis berbalas ucapan, kami dijamu makan, makanan kampung. Masing-masing berselera dengan sambal belacan dan berulam jantung pisang. Wang hantaran yang diminta buat adik saya berpinar mata seketika..ha.ha..biar dia rasakan, ingat mudah nak ambil anak dara orang! Susah payah mak dengan ayah membesarkan anak daranya ...
Selamat majlis berbalas ucapan, kami dijamu makan, makanan kampung. Masing-masing berselera dengan sambal belacan dan berulam jantung pisang. Wang hantaran yang diminta buat adik saya berpinar mata seketika..ha.ha..biar dia rasakan, ingat mudah nak ambil anak dara orang! Susah payah mak dengan ayah membesarkan anak daranya ...
Selepas balik rumah baru saya perasan, saya langsung tidak mengambil gambar Qaisara dan Balkish yang tidak duduk diam dalam kereta. Mereka berdua, menjerit-jerit menyanyi sepanjang perjalanan. Bila sampai ke rumah Balkish pun sakit tekak..ha.ha.ha..
12 comments:
salam kak yati...terujanya saya baca akak gi sempadan 3 negeri tu...kat mana?? parit buntar ker? dekat ngan saya dah tu...saya pun dok kat area sempadan 3 mnegeri tu...tp sabtu ahad saya berjalan ke kedah dan perlis...padang besar...hehe...
berkotak2 hantarannya yer kak...malas nak gubahlah tu =D
kak yati...brape hntaran smp berpinar mata?hehe.org kata hntaran ore kelantan paling mahal ek stakat ni ek?
tak best takder pic teta.ohye kakyati nk tau citer?fieyra dh beli buku nb.mak aiiii,dua hari tak tido katam dua buku.dasyat nihhhh.sejuk hati mak kalau baca buku utk ujian mcm baca novel akak ;)
jauh perjalanan akak yea. patutlah menyepi 4 hari , rupanya outstation. ida harap mood akak malas nak update blog tu hanya seketika... hehe... sebab nanti ramai yg rindu....
haiya!
patut r jim rs aneh je entry ni..xde pic teta..
wendo kt teta ni..nk pic teta!tetiba..
wah,kali ni byk pic akak r..suker2..
bai..adalah satu lokasi yang dirahsiakan..ha.ha, bai tau, da lama tak pergi parit buntar dulu selalu sangat, sbb ada kawan disitu tapi dia da meninggal 2 tahun lepas..
Nuar..bkn malas nak gubah,tak relevan nak gubah2 kalau perjalanan jauh macam tu, nuar kahwin nanti jangan cari orang jauh tau..cari dekat2, dan hantaran boleh dibawa dgn berjalan kaki..keh2..
fieyra, hantaran itu biar dirahsiakan, tapi perak rasanya lebih mahal dari kelantan, 3 tahun lepas masa akak meminang di kelantan, taklah semahal itu..he.he..
wah..fieyra..expressnya membaca, ha.ha..masa cuti ni bolehlah membacakaan...
ida..perasan dia 4 hari akak tak update keh2..kadangkala bila sibuk, kita letih..mood pun tak ada ida..
ha.ha yelah jim, bila balik..belek2..aik..gambar budak2 langsung tak ada!
laa..kenapa tak singgah umah intan kat penang? hehehe...tahniah ya kak..bakal dapat adik ipar =)
kak..lain kali ambil gambar qaisara dulu tau..wajib tu hehehe
Tahniah dan selamat bertunang utk adik kak NB!! semoga berkekalan hingga jinjang pelamin!!!
ni mesti kat parit buntar or nibong tebal ni..sebab situ je yg sempadan 3 negeri tu eheh
hehe patot le mcm lame x nmpk akak kat blog..sure still kpenantan nih
betul la tu akak..emosi manusia sll berubah2 berbaur2..ape pon hepi jengok2 aje dh ade n3 baru hehehe
*ye la mcm x lengkap xde posing2 ceria dr Teta 4 this time*
kak yati.. perak lagi mahal ke? ehehehe...
mmg tak lengkap blog kali ni sbb takde gambar teta.. hehe
Post a Comment