Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 25, 2009

PENYAPU BURUK

Beberapa hari yang lepas saya menerima panggilan daripada seorang sahabat baik saya. Dia menangis membawa khabar mengatakan emaknya sudah meninggal dunia dua hari sebelumnya!
"Dia pergi begitu mendadak. Tanpa sebarang kata kerana serangan jantung!"
Beritahu sahabat saya sambil menangis-nangis. Mungkin kesal tidak menerima apa-apa pesan daripada si emak.
"Aku kesal, aku tak sempat nak minta maaf dari dia!"
Sahabat saya menangis teresak-esak. ya..saya masih ingat beberapa tahun yang lalu, saya sering bergaduh dengan sahabat saya ini. Punca, emaknya sendiri.
Seringkali setiap bulan dia akan mengira perbelanjaan yang telah digunakan oleh si emak kerana dia dan emaknya tinggal serumah. Dia tinggal di rumah emaknya sejak berkahwin sehingga mempunyai dua orang anak. Setiap sen yang dibelanjakan untuk si emak akan dikira termasuklah panggilan telefon, makan dan sebagainya.
"Astaghfirullah! Kau ni betul ke tidak?"
Saya masih ingat bagaimana saya terperanjat apabila dia mengatakan akan membuat tuntutan terhadap emaknya yang mengunakan telefon di rumah. Hanya RM10 sahaja.
"Isk..aku kena tuntut juga Tie, kalau tidak emak aku sewenang-wenangnya pakai telefon, sana sini telefon orang, yang parahnya akulah nak bayar!" kawan saya yang bernama Ita ini tegang urat lehernya, menyatakan pendiriannya.
"Habis yang kau tinggal dengan emak kau tu? Kau bayar ke?"
Saya menyindir dia, bahkan saya masih ingat bagaimana kami bergaduh mengenai emak Ita. Sampai ada kawan-kawan saya yang pening. Apa tidak peningnya, saya bergaduh kerana mempertahankan emak Ita, bukan Ita yang mempertahankan emaknya!
"Aku bayarlah emak aku RM300 sebulan sebab jaga anak aku.."
RM300, untuk menjaga dua orang anak?
Memang saya cemuih dengan layanan Ita terhadap emaknya dan Ita juga cemuih dengan saya yang sering mempertahankan emaknya yang sering dicemuh oleh Ita.
"Padan muka kau! Ada emak kau buat emak kau macam-macam. Bila dah meninggal kau menangis-nangis. .."
Tanpa memikirkan kesedihan Ita. Saya menembaknya. Tangisan Ita semakin tinggi, mungkin menyesali kesilapan yang lampau. Namun tangisan tersebut tidak dapat menarik simpati saya terhadap dia. Bahkan saya menjadi bertambah marah.
"Kau ada dua orang anak, bersedialah esok-esok anak kau akan buat kau begitu.."
Kata saya melepaskan geram! Tangisan Ita tidak reda-reda. Sambil memohon maaf dia terus-terus mengakui kesilapan sendiri.
Namun bagi saya, hati saya bertambah luka dengan pengakuan Ita. Kenapa Ita sedar selepas emaknya pergi. Kenapa Ita harus menangis kerana bukankah dia yang selalu mencemuh dan genggam tak tiris (kedekut) dengan emak sendiri!
Lebihnya saya kesal, saya yang kehilangan emak ketika usia 10 tahun sering mengimpikan kehadiran emak di sisi. Sering berangan, kalau emak masih ada, saya akan layan emak dan bawak emak berjalan-jalan ke mana-mana. Tetapi orang yang dipinjamkan oleh ALLAH seorang emak sehingga sudah berkahwin dan beranak pinak, melayan emaknya seperti penyapu buruk dan kasut hanyut!

18 comments:

Leeza said...

Salam akak...
sungguh menginsafkan. Saya tidak pernah berkira menjaga mak saya walau terkadang mak selalu berkira dengan saya...hahahaha. Saya tak kisah berikannya lebih dan lebih setiap masa.Setiap kali saya utamakan kegemaran dia. Cuma dia ni paling tak suka kalau saya belikannya ubat....memang liat makan ubat. keh3. wang ringgit boleh dicari tetapi mak hanya seorang sahaja. Selagi hayatnya masih ada, tatang mak kita sepenuhnya.Dulu dia dah bawa kita dalam kandungan dan besarkan kita...kenapa harus bila kita dah berdiri atas kaki sendiri kita abaikannya. Anak ramai ibu mampu jaga namun ibu seorang belum tentu anak-anak ramai itu mahu menjaganya.

Anonymous said...

salam kak..kadang2 bila orang dah tak ada barulah terasa kehilangan yg amat sgt. Anak tak perlulah berkira dgn emak. Saya sendiri, walaupun sudah berkahwin dan menetap berjauhan daripada keluarga,tiap kali pulang ke kampung,emak layan sy seperti sy masih anak gadis..tiap kali nak pulang ke tempat asal,dia pula yg kasi wang ringgit.Sy suri rumah,dulu sy GSTT,gaji GSTT pun dia kata x perlu bg dia..tgklah,ibu lebih memahami. Sy pula yg malu.Patutnya aku kasi mak duit,tapi terbalik pulak...

yatie chomeyl said...

speechless T_T

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

xmampu jim nk kata pape..smoga ibunya sempat mengampunkn die sblum pergi mengadap ilahi..

ape yg pasti,jim mmg anak mak & abah..anak manja kot..hahaha..so kasih syg jim xkn pudar utk mereka..

jim slalu terharu bile memikirkan btapa susahnya mereka membesarkn jim & antar jim blajar tggi2..

Mama Nazhan said...

kak yati...mak saya pun meninggal...slps 6 bulan saya berkawin...tak dpt saya bygkan kalau mak dah takde sebelum saya berkawin...saya sudahlah tunggal..berbapa tiri plakkan... saya dpt rasakan mak saya bertahan dengan semangatnya sehingga saya berkawin... byk lagi perkara yg saya nak lakukan bg mengembirakan mak saya...tp apakan daya sudah suratan takdir... mak saya pun meninggal tanpa apa2 pesan...sbbnya ketika mak menghembuskan nafas terakhir saya dan suami tidak perasan sbb tgh menncuci dan menukarkan pampers emak....sedih sgt....
sesiapa yg masih punye emak...gunalah masa dan peluang yg ade utk mengembirakannya...
sori kak yati...luahan pengalaman la plak...hihi

Madam Casper said...

Kak Yati
Sebab tu saya cuba buat baik sebaik yg mungkin pada Mertua sebab saya pun tak pernah rasa kasih sayang mak. Rupa paras sebenar arwah mak pun tak tahu.Saya kehilangan mak masa usia 2/3 thn macam tu la. Walaupun kadang2 perlakuan MIL tu kadang2 cukup la menyentapkan hati tapi saya cuba sabarkan diri...ya masa mula berkahwin dulu saya memberontak juga tapi bila dah usia perkahwinan nak masuk 10thn saya cuba bertolak ansur dgn dia la. Lagi pun kami jarang jumpa. Bila berjumpa sekali sekala saya cuba la hiburkan hati dia or ambil hati dia. Walaupun respon yang di terima tu kurang lah memberangsangkan. Ya saya tidak pernah berkira dgn dia..apa yg saya rasa nak beli pada dia saya beli....

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Mereka syurga kita!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

what goes around comes around...

hari demi hari akan cuba membahagiakan ibu ayah dalam cara sendiri dan seadanya...mereka cuma satu dalam hidup...

ItaYaniN said...

kalau mak dia lak yg bkira ttg pengorbanan dia utk si anak dr lahir smpai beranak pinak..x terbayar agaknya si ita tu..ceh, wat malu je nama sama mcm ita..huhu

GREENJADE said...

n3 yg btul2 menginsafkan sume..

dr sblom kawen till dh lps kawen mak tggl dgn sy..sntiasa mahu bahagiakan mak yg berpuluh2 thn mmbesarkan kami 6 beradik sndirian..kalu boley biarlah saat2 terakhir beliau pon still beliau berada di sisi kami..

*sedih kan kak..dh ramai anak2 spt tanggang skg nih.. :(

Ryan Aeyzu said...

Bergenang air mata bila baca ur entry.. Tak tau nak kata apa pasal anak2 cam ni... But sometimes dalam tak sedar kita pun ada tersakitkan ati parent kita.. So selalu la mintak mahap tak yah la bila ada occasion jer nak mintak mahap... :(

Unknown said...

dari kecik sampai nak masuk umo 21 ni, mak ayah dah belanja 1000000 ++ dah.patutnya dah tak terkira. banyak sangat yang parents dah bagi.

pikir balik, mampu ke kalau kita nak bayar balik duit2 yg parents besarkan kita? mampu ke kita nak bayar balik setiap titik peluh,keringat yang tumpah disebabkan kita?

itu je yang jadi pedoman utk diri selama ni. sebab saya tak mampu nak bayar.

kalau takat RM 10 pun nak berkira,
hei!tolong la..

teringat mak sy crita, masa baby dulu, ayah sedut hidung bila sesema.. haha

kalau offer duit kat org pun belum tentu ada yang sanggup buat..mak dan ayah kita mmg tak de galang gantinya..

jangan kita sume menyesal mcm ita..amin..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

salam za..syukur za..ko lawan mak macam tu, insya-ALLAH tuhan akan permudahakan segala2nya untuk ko za..sbb orang yang melayan emak dan ayah dengan baik, insya-ALLAH akan dipermudahkan hidupnya..

Faten..memang betullah, bila tak ada baru terasa, bila depan mata..buat layan tak layan ajekan..

yatiechomeyl.inilah kehidupan..

betullah jim, satu masa nanti bila kita menjadi ibu dan ayah, kita akan mengerti betapa susahnya mereka menjaga kita..satu masa dahulu..

Alahai bai, sedihnya baik, tapi syukurlah bai sempat berbakti dengan mak ya..moga-moga emak bai cucuri rahmat dan insya-ALLAH ALLAH akan murahkan rezeki bai..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Casper
yelah..emak mertua memang macam mak kita sendiri, tapi akak mak mertua pun dah tak ada, jadi mak tirilah macam mak kita, apa sahaja perlakuan dia yang mengecilkan hati kita..anggaplah lumrah hidup..

Betul Milah, mereka syurga kita..mahu masuk syurga, berbaktila pada ibu bapa..

nuar betul tu..apa sahaja kepentingan emak dan ayah perlu diletakkan yang pertama dalam hidup kita..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha.ha..ita, nama ita tu nama samaran aje akak bagi..ita yang ini baikkan...

Tinie..sebenarnya dari dahulu ramai anak seperti tanggang, kalau tidak masakan ujudnya si tanggangkan..bersyukur kerana emak sentiasa berada di sisi Tini..

Princess, memang kadangkala kita sering menyakitkan hati mereka..sbb itu kalau ayah membebel ke apa, akak diam atau buat gelak2 aje..takut kata2 kita nanti menyakitkan hati dia..

Yat..ini bukan sahaja pengorbanan wang ringgit, tetapi pengorbanan jiwa raga yang tidak boleh dibeli dgn wang ringgit..

isenela said...

Semoga kisah ini jadi iktibar kepada kita semua...tiap-tiap hari rindu mak...

ItaYaniN said...

kak NB...ye...ita ni baik sgt..pemurah..tmbh2 lg ngan arwah mak dulu..now mak mertua ku la yg dpt tempiasnya..ahaha..

airina said...

cedihnya huhuhu
harap2 nanti sy xkn jd cam tu
moga2 sy xmudah lupa diri...
ingatan yg sgt bagus tuk diri sdr