Mula-mula saya belikan telefon ini Qaisara memang tidak suka, kata dia telefon ini tidak macam telefon umi. Tidak boleh bercakap dengan baba, tidak boleh bercakap dengan Danish atau Balkisah. Tetapi entah kenapa, lama-lama mungkin kerana tengok gambar yang berada di hadapan telefon itu. Qaisara mula menyukainya. Membawanya ke sana ke mari walaupun ketika mahu tidur.
Tiba-tiba telefonnya hilang, menurut bibik Qaisara membawa telefon tersebut ke rumah jiran. Jadi saya suruh dia ambil dari rumah jiran belakang rumah. Bila mahu diambil jiran mengatakan tidak ada di rumahnya. Kami mengesyaki anaknya yang hampir seusia dengan Qaisara mengambilnya. Beberapa kali ditanya. Anak itu menjawab tidak tahu.
"Teta tinggalkan dekat rumah itu.."
Qaisara mempunyai ingatan yang cukup kuat, dia selalu fokus dan rasanya dia selalu bercakap benar. Sudah ditanya berkali-kali pada jiran masih tidak ada, maka saya mengharung sekali lagi ke sogo mahu mencari telefon tersebut. Sayang..telefon yang berharga RM25 itu kehabisan stok. Nasib baik Qaisara lupa akan telefonnya kerana sibuk beraya (peristiwa ini berlaku, dua minggu sebelum raya)
Beberapa hari yang lepas ketika saya di dalam bilik, Qaisara sedang berada di dalam biliknya bersama bibik di bilik sebelah terdengar sesuatu.
Beberapa hari yang lepas ketika saya di dalam bilik, Qaisara sedang berada di dalam biliknya bersama bibik di bilik sebelah terdengar sesuatu.
"Bibik! Itu telefon Teta.."
Qaisara membeliakkan matanya, dia meluru ke tingkap yang kebetulan hanya beberapa kaki dari dapur jiran belakang rumah. Dia melihat anak jirang belakang rumah sedang duduk di muka pintu dapur bermain dengan sesuatu. Teta pantas turun dari tingkat atas dan terus ke dapur bersama dengan bibik. Membuka pintu dapur.
"Itu telefon Teta, bagi balik.."
Qaisara menjerit, anak jiran terperanjat. Jiran yang sedang memasak di dapur mahu dengan tidak terpaksa memulangkan telefon itu kepada yang berhak biarpun anaknya terlalak terlolong mahukan telefon tersebut. Kasihan juga saya melihatnya tetapi mahu saya belikan untuk anak jiran, itu satu-satunya yang ada di sogo.
"Macam mana ibu ya, Qaisara boleh kenal lagi bunyi telefon dia sedangkan sudah hampir sebulan"
Pembantu rumah saya menggelengkan kepala, seperti takjub bunyinya. Bila saya bercerita dengan suami, suami saya ketawa besar..
"Like father like daughter! Kazem..kazem (anak perempuanku2)..cisss..
Kalau yang bagus..semualah anak dia..ha.ha.ha...
Kalau yang bagus..semualah anak dia..ha.ha.ha...
Inilah telefon yang menjadi rebutan. RM25 bagi telefon mainan begini memang mahal bagi saya tetapi kerana Hallo kitty dan dibawah lesen yang dikawal, tak mengapalah. Lagipun Qaisara suka. Qaisara beritahu saya tak mahu membawa ke mana-mana lagi telefon ini. Setiap kali dia mahu keluar sekarang, telefonnya di letak di bawah tilam..ha.ha.ha.
13 comments:
salam kak..hehehe, qaisara ni memang ingatan dia kuat..sebab tu lah dia kenal barang2 dia..hehehe, tapi yg lawaknya suami kak kata camtu, hehe..anak babalah katakan =)
salam Kak Yati..Wahh, bagus betul ingatan Qaisara...Siap blh cam lagi walaupun dah sebulan..Tapi Aween heran la ngan jiran akak, dah tau telefon tu Qaisara punya..Napa dia tak mau pulangkan..Takkan dia nak didik anak dia yang sebaya Qaisara..Its ok untuk ambil hak orang..Minta dijauhkan kita semua..kalau jadi ibu yang macam tu..
Intan, ramai cakap Qaisara mempunyai ingatan yang kuat seperti uminya..ha.ha, seorang penulis kena ada ingatan yang kuat tau!
Aween..itu yang akak cakap ngan bibik akak, kenapa jiran akak tu tak pulangkan, mungkin dia ada macam2 alasan, jiran tu baik, ini pertama kali berlaku tetapi kalau qaisara buat cam tu..ambil barang orang, rotanlah jawabnya qaisara kena,..akak memang tak ada kompromi pasal ambil barang orang ni...
Mgkn ada sbb ataupun mgkn jiran tu x perasan lgsg yg anak dia 'ter' ambil hp Qaisara.
Qaisara ni anak yg bijak.Beruntung akak Yati.Semoga Allah memberi rahmat buat k.yati sekeluarga.
wah!
jim rs kn,suatu hari nnt teta mesti leh jd penulis yg hebat cam akak..ingatan die hebat!
mujoq dapat balik telefon tu kak yati..dan dalam keadaan elok lagi.
kak yatie, bagus sungguh Qaisara, ingatannya tajam..teringat intan masa hadif kecik2 dulu...buku kecil yang intan beli untuk hadif diambil oleh sepupunya...biar pun tak menangis..tapi dia boleh cakap "babai book...." sampai sekarang..dia cukup menjaga hartanya..hahahhaha. Kak yati rotan teta? ish..dia terlalu comel utk dirotan..hahhahaa
like mother like doter la ni!!! beso nanti boleh jd mcm kak yati pulak!
hubby pun memilih klu beli toys utk anak2. x leh belikan yg sembarangan demi keselamatan mereka!!
ingatan kanak2 mmg tajam le kak.tmbh2 igtn pd brg2 ksygn mereka gitu
sure sgt sronok Teta itu dpt blk enpon ksygn beliau itu
fight for justice gtuh qaisara...hebat2 =D
tomeinya hp qaisara
mcmn teta tak ingat telefonnya, dahlah hello kitty, warna pink pulak tu... comel! tp kan kak, mmg teta ni kuat ingatannya mcm akak. Ida percaya akak mmg tajam ingatannya sebab tu boleh tulis mcm2 n boleh describe semua perkara di satu2 lokasi tu...
alhamdulillah..masih ada rezeki teta..dapat balik hp dia
Post a Comment