Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 27, 2009

JAMUAN MAKAN-MAKAN

Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana mengizinkan NB kara mengadakan sedikit jamuan makan-makan di Taman permainan, Prima Saujana. Bahkan meminjamkan kami matahari sepanjang majlis berlangsung dan menurunkan hujan sebaik sahaja majlis tamat. Syukur..kerana kedatangan tetamu amat memberangsangkan. Ramai tetamu yang hadir termasuklah penulis NBkara Norasyikin Arshad dengan kawan-kawannya, Lily Haslina, penulis baru Anuar Kamarudin dan tak lupa juga Iejay Zakaria. Jom..kita layan gambar!


Iejay Zakaria yang sedang tersengeh melihat budak sekolah yang madang aje peace bersama Kak Noor dan Nacha . Iejay datang dengan cup cakenya tapi tak sempat ambil gambar.


Apalah yang dia orang semua bukan main tekun mendengar cerita Cik Yah..daripada Jemari Seni.


Anak saya yang sudah macam rupa kucing, main aje kerjanya hari itu, kredit untuk Anuar Kamarudian.



Kawan lama saya Mas Arila yang dulu sama-sama menonton hoki, datang dengan suaminya Kamal Azlan (kawan masa saya bekerja) dan anak-anaknya. Gadang sungguh saya..ha.ha

Ini dia mascomel yang begitu comel di sebelah saya yang begitu gadang sekali. Comel sangat dia dengan kebaya... Gambar saya cilok dari facebook Mas..ha.ha.



Buah tangan daripada Lily Haslina, sampai dua biji kau...

Hadiah yang dibawa oleh Kak Noraini dari Kelang. Mesti lama kak Noraini buat cross stich ini. Terima kasih banyak-banyak kak. Tak sempat nak ambil gambar kak Noraini yang datang dengan anak dan menantunya.


Peminat saya, Norzah (betulkah ejaannya,?) yang susah payah datang bersama suami dengan membawa cup cake. Terima kasih banyak-banyak ye Norza..

Dua orang hero saya, Haji dan juga Ojan...


Masyarakat majmuk di majlis makan-makan NBkara..Turki, Cina, Melayu..beberapa orang jiran India saya pun ada yang datang..terima kasih semua..


Ini cake dari adik saya siLizabujang..sampai 4 biji disuruhnya Shakirah, anak buah ibujunes (bloggers) menghantarnya. Ini yang saya sempat ambil. Terima kasih banyak-banya Za!


Penulis Anuar Kamarudin yang datang dengan baju seperti cover bukunya (sweetkan colournya) bersama anak buahnya Jim yang bergaya dengan rambut Tomoknya..ha.ha.ha.


Sedat..kawan suami yang menyediakan kebab yang superb! Semua orang puji kebabnya yang sedap!


Ini geng Ejen Menuskrip Helmi bersama tunangnya Manis, orang negeri saya, Linda bersama teman lelakinya..terimakasih banyak-banyak adik..



Makanan yang dihidangkan termasuk spaghetti meatball. Ini mesti Lizabujang telan air liur, sebab dia suka sangat dengan spaghetti..ha.ha..tengok gambar aje tau za!



Kuih muih yang tersedia di majlis tersebut.

Keesokan harinya pula bertempat di Saujana Impian diadakan pula kenduri di rumah kakak saya Mijah kerana beliau akan berangkat ke tanah suci. Letah sungguh..tapi gembira kerana kenduri dan majlis makan-makan ini dapat menemukan saya sekeluarga, kawan-kawan dan peminat.

Terima kasih pada semua yang hadir, kehadiran anda amat saya hargai, segala kekurangan di majlis tersebut, harap dimaafkan. Jika ada rezeki kita jumpa lagi ya..





10 comments:

Leeza said...

Asalamualaikum kakak...
Seronok tengok meriahnya majlis rumah terbuka NB KARA. Apa lagi melihat ramai novelis yang datang terutama si handsome Nuar Kamaruddin. ( Kalau dia gelakkan za, dia tak handsome lagi lah...keh3)Menyesal pula tak datang...nak naik belon, belon sik mauk ngembak kamek..huhuhu. Spaghetti memang menggiurkan... 3 kali kecur air liur...di blog Nuar, di blog Jim dan blog akak...isk3. Nanti buat sendirilah.Kalau tak sedap, tunggu air tangan akak je ya.Semoga diizinkan ALLAH.

yatie chomeyl said...

wah meriahnya makan2 . plak tu dpt kek byk..bestnyer...nk sikit

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

rambot tomok katanya..hahaha..
jim dh potong rambut tu tau...sbb dh rimas sgt..hikhikhik..

btw,dh lama xdgr perkataan "gadang" tu..tringat masa zaman skolah & time lepak2 mgan jiran kt area rumah lama..biasanya jim guna perkataan tu r utk menggantikan perkataan "besar"..hihihi..

ain said...

seronoknyaaaa!!!! kalau le dekat, sure saya pun ada.hehehe

Mama Nazhan said...

salam kak yati... aduhai... seronoknya kalau dpt gi majlis kak yati...teringin la kebab tuu...
kak yati suka guna perkataan GADANG ekk? mcm org minang plak...den org minang..den pun gadang...hahaha!

Intanaziela said...

kak, dah minta izin dgn hubby nak datang, tapi tiba harinya ada tetamu datang berkunjung..hua..hua..hua...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tengok gbr juadah2 tu semua, haish...kempunan...tutup mata (*-*)

GREENJADE said...

sedap2nye makanan..terliur I tau..

rugi x dpt attend mejlis tuh..InsyaAllah if ade jemputan lg..pasti akan ku 'enterprem' di sana..dpt jupe my admire novelist :)

dlittlekitchen said...

salam... pembetulan roza bukan norzah... tp kalo cantuman nama NORhayati dgn roZA.. sesuwai jugak tu... anyway, TQVM sudi jemput, dan saya happy sangat, akhirnya dpt kenal novelist fav sy setelah bertahun2 kenal melalui buku ajer...

Terima Kasih sekali lagi, lain kali jemput lagi ya.. (kebab tu best gilerr, hehehe)

idasm said...

alhamdulillah seronok ida tengok kemeriahan majlis akak. sayang ida x dapt pergi. sayang jugak akak x dpt dtg ida punya. dh begitu suratannya. apakan daya. tahniah kak. majlis berjalan lancar. dpt bertemu kawan2 dan peminat. hidangan pun sedap2 belaka tuh. dengarnya kebab dan spageti meatball yg jadi tumpuan... mesti sedap giler ni.
semoga urah rezeki akak sekeluarga... amin!