BUKU BERWARNA BACAAN SEKELUARGA. INFORMASI KEPADA SESIAPA YANG GEMAR MELANCONG!
" Tidak. Dahulu rumah ini kayu sahaja. Ada bangsal lembu di belakang rumah ini. Kamu tahu, ketika itu kami miskin. Setiap kali musim sejuk, baba akak tidur di atas rumput kering makanan lembu.”
Teta membeliakkan matanya mendengar cerita baba. Timbul simpati di hatinya.
“Tak busuk ke baba, bau tahi lembu?”
“Busuk, tapi dah biasa. Kami akan bakar kayu api di dalam kandang lembu dan tidur beramai-ramai untuk menjimatkan kayu api. Jadi bukan lembu sahaja mendapat haba panas, kami pun dapat juga.”
Teta cuba membayangkan tidur di kandang lembu! Yeark! Sudah pasti busuk. Bau lembu pun sudah busuk, apatah lagi bau tahi lembu.
“Banyak ke dedeh pelihara lembu, baba?”
“Banyak juga. Setiap tahun dalam dua puluh atau tiga puluh ekor.”
Kalau dua puluh atau tiga puluh ekor, sudah pasti kandang lembu itu besar. Patutlah orang berpindah ke kandang lembu. Ha.ha.ha... Teta ketawa sendiri.
“Kenapa Teta ketawa?”
Baba yang sedang menarik dahan pokok plum yang patah, merenung wajah Teta dengan penuh kehairanan. Sudah pasti baba hairan kerana tidak ada angin atau ribut, Teta ketawa sendiri!
“Tak... Patutlah baba tidur dengan lembu. Rupanya lembu- lembu tu banyak... Kalau nak suruh lembu tidur di rumah dedeh, sudah pasti roboh rumah, kan?”

8 comments:
buku ni mesti lucu kan kak..hehehe..tahniah =)
pun kena beli gak ni...hehehe
hakhakhak..
jim baca bhgian akhir tu pun dh leh ketawa besar...
bile teta dh besar,die leh wat buku ni sbgi knangan die..MENARIK!
betul kater jim, qaisara dah besar dia akan berbangga sangat2 kak...she's so lucky =)
Akak... Tak sabarnya nak dptkn nv ni. Mesti byk part yb boleh gelak guling2. Hahaha... Tahniah kak!
membaca dan terus membaca cerita akak.. buat saya tak jemu2...
haha..ayat akhir tu kelakar la! unik la buku ni. lama dh tak baca novel kak yati
comelnya si teta tu hik3 lalala5
Post a Comment