aku sedih baca buku karya Norhayati berahim now. Tak menyengat cam dulu lagi. Bila tenguk buku dia keluar di pasaran rasa cam tak sabar nak beli, tapi bila baca frust sangat. Yg aku perasa selepas dia kawin, cerita dia memang tak best. Walaupun dulu cerita dia banyak berkisar kisah isteri dimadukan dan anak-anak yang ditinggalkan oleh bapa tapi jalan cerita memang menarik. Member aku adalah member kepada norhayati berahim. Katanya dia memang anak dari broken family.
Rasa syukur dan terimakasih padamu Ya ALLAH kerana aku masih berupaya meluahkan apa yang aku rasa..
Banner
SUDAH BERADA DIPASARAN
Pembayaran boleh melalui ke account no.
Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli
atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada
D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor
Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.
Monday, August 31, 2009
TERLUKA
aku sedih baca buku karya Norhayati berahim now. Tak menyengat cam dulu lagi. Bila tenguk buku dia keluar di pasaran rasa cam tak sabar nak beli, tapi bila baca frust sangat. Yg aku perasa selepas dia kawin, cerita dia memang tak best. Walaupun dulu cerita dia banyak berkisar kisah isteri dimadukan dan anak-anak yang ditinggalkan oleh bapa tapi jalan cerita memang menarik. Member aku adalah member kepada norhayati berahim. Katanya dia memang anak dari broken family.
Friday, August 28, 2009
SAMBAL OH SAMBAL
Bukan sahaja saya, tapi adik beradik saya. Kakak saya Mijah, setiap hari pasti membawa nasi dan sambal sahaja ke sekolah, sehingga berjaya masuk ke universiti. Saya masih ingat lagi, di zaman kanak-kanak saya, ketika itu seorang lelaki, jiran kampung saya datang ke rumah saya, kebetulan saya sedang makan. Melihat lauk saya, lelaki itu berkata.
"kasihan kau..makan nasi dengan sambal sahaja?"
Hmm..bagi saya itu tidak ada apa-apa. Sekurang-kurangnya saya mempunyai sambal. Ada orang tidak dapat makan, ada orang makan nasi dengan garam? Tetapi saya ada sambal..
Sebenarnya dalam kehidupan saya terlalu banyak sambal yang telah saya rasa, sambal petai, sambal jering rebus, sambal buah mangga, sambal belacan dan sebagainya..
Jadi marilah berkongsi dengan saya..mengenali tiga dari pelbagai sambal yang pernah saya makan dan masih lagi saya makan...
Wednesday, August 26, 2009
PLEASE DONT ANGRY ME!
Apa jugalah si Qaisara ni, dengan tersengeh-sengeh dia datang pada saya. Memang sejak akhir-akhir ini perkataang angry sudah menjadi mainan bibir si Qaisara. Kalau saya marah dengan dia, dia akan jawab.
"Why you want angry me.."
Kalau dia buat sesuatu dibelakang saya, bila saya tanya dia kenapa dia hendak buat sendiri dan tidak suruh saya atau bibik membuatnya, dia akan menjawab pantas.
"I scare you angry me.." keh..keh..
Hari ini pula dia datang dengan muka tersengeh-sengeh meminta saya jangan memarahi dia.
"Kenapa?"
Tanya saya. Teta menunjukkan rambutnya yang bergulung-gulung sambil tersengeh-sengeh.
"I told you don"t eat chewing gum..bla..bla..bla.." saya sudah membebel sambil cuba menanggalkan gula getah daripada rambut Qaisara..
"Auwah..auwah..umi sakitlah."
"Ya..rasakan, umi dah berkali-kali cakap jangan makan chewing gum. Degil...mana dapat chewing gum ni.."
Geram sungguh saya, bukan sekali dua rambut si Qaisara melekat dek gula getah acap kali. Menyebabkan saya angin satu badan. Dia mula makan gula getah apabila Bezya datang bercuti ke sini, gula getah memang biasa di makan di Turki, orang tua-tua pun makan . Tetapi beza gula getah di sana tidak begitu manis seperti di sini.
"Dah berapa kali melekat macam ni. Esok-esok botak kepala ini asyik kena gunting sahaja." saya sudah membebel. Tidak ada cara lain saya sudah mengambil gunting.
"Botak macam baba umi ya.."
"Yalah..botak macam baba mau ke Teta?"
"Tak apa, baba botak-botak pun handsome.." ha.ha.ha..saya nak gelak guling-guling mendengarnya. Memang bagi Teta, tidak ada orang lain dalam dunia ini paling handsome selain babanya. Tak percaya, cakaplah..orang itu orang ini handsome, dia akan cakap dengan selambanya..
"No..his not handsome, my baba is handsome man..."
Tuesday, August 25, 2009
JAMU MATA YE..KEKAWAN..
Jamu mata ya..bulan puasa ni..
Tidak ketinggalan kebab, aiskrim (nampak ice-cream man aje..ha.ha) dan deretan roti Turki.
Monday, August 24, 2009
MEMBELI BELAH DI PAVILLION
Ini bag yang saya belikan untuk bibik. Sengaja nak beli jiwa dia, supaya senang dia letak susu Qaisara..gelak guling-guling..ha.ha
Balik saya sakit perut, keluar masuk bilik air. Sakitnya...ALLAH sahaja yang tahu. Saya terlupa, saya makan yogurt yang diisi bawang putih. Bukan banyak pun. Tetapi perut orang melayu, jangan sesekali masa perut kosong makan yogurt bersama bawang putih..padahlah...
Saturday, August 22, 2009
NAK JADI BERUK KE UNGKA
Bila bulan puasa, mulalah orang berlumba-lumba untuk balik ke kampung.
Kata mereka terkenang waktu kecil berpuasa dan berbuka bersama
Tetapi kalau bukan bulan puasa, nak balik kampung ada sahaja alasannya
Tak ada masalah, wang tak cukuplah..
sehingga emak dan ayah tertunggu-tunggu
dan tertanya-tanya kenapa anak terlalu sibuk pada bulan-bulan biasa..
Hairan sungguh
Bulan puasa ini ada pula orang boleh berhenti merokok
kalau tidak, bersambung puntung
bila di suruh berhenti katanya..Alah..dah tak boleh,
dah cuba macam-macam cara..
Tapi bila bulan puasa boleh pulak ya..
Hairan sungguh..
Bila bulan puasa ni nafsu makan naik mencanak-canak
Macam-macam yang dimasak..
nasib baik ada tong sampah yang mahu melantak..
isk..isk..bukankah lebih baik,
makan seadanya..atau disedekah pada jiran tetangga..
Hairan sungguh
Kalau hari-hari biasa, jarang dapat berkumpul makan anak-anak beranak..
Suami makan kedai lain, isteri kedai lain
anak-anak makan dengan pembantu di rumah..
Tetapi bulan ramadhan boleh pulak berkumpul makan bersama
Ada pula masa ya..
Hairan sungguh..
Ada yang tak bersolat, rukun islam yang kedua ditinggalkan
Tapi puasa boleh pulak..
Katanya kalau tak puasa raya tak meriah..
Ada pulak...
Ini lagi satu paling menghairankan saya..
Dah berpuluh-puluh tahun hidup
Tak pernah-pernah berpuasa
Ini nak jadi apa?
Nak jadi beruk ke nak jadi ungka..?
Macamana rupa ungka?
Oh..rupa dia macam orang yang tak berpuasa le...
Thursday, August 20, 2009
BAGAIMANA NAK JAGA ANAK KECIL!
Ini perkakas anak-anak patung, daipers, tisu, makanan dia..botol susu. Anak patung ini boleh membuang juga tau! ha.ha..
Anak patung ini pun boleh bercakap. Im very stinky..bermakna tukarlah lampin dia, mungkin lepas makan dia dah membuang..
Dia ada makanannya sendiri, boleh dibeli berasing..suapkan dia..kalau dah kenyang sangat nanti membuanglah dia..
Wednesday, August 19, 2009
DEMI AGAMA
“Seboleh-bolehnya saya mahu hukuman dijalankan di tempat terbuka agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya mengambil iktibar daripada hukuman itu. Jika hukuman itu dijalankan dalam penjara, mungkin mesej berkenaan tidak kesampaian,” kata Shukarnor Mutalib, 60, bapa kepada model sambilan yang didapati bersalah atas tuduhan meminum arak, bulan lalu."
Sebak sedih, saya membaca suratkhabar hari ini. Inilah agaknya perasaan seorang ayah yang sudah membesarkan anaknya dengan sempurna tetapi ajarannya sudah dilupakan. Saya benar-benar tabik dengan beliau yang rela anak dihukum demi agama. Saya teringat cerita Saidina Umar yang menghukum anaknya disebat 100 kali kerana berzina. Pada yang tidak tahu, ini saya lampirkan sedikit ceritanya.
Saidina Umar merupakan seorang yang sangat disanjung tinggi oleh kaum arab Jahiliyyah sebelum beliau memasuki Islam. Kemana-mana sahaja beliau pergi, orang Jahiliyyah pasti akan menghormati beliau.
Suatu hari, Umar menyatakan hasratnya untuk memeluk agama baru yang dibawa oleh seorang Quraisy yang bernama Muhammad b Abdullah atau Rasulullah s.a.w. Apabila beliau menyatakan hasratnya kepada sahabat Jahiliyyah beliau, lantas mereka semua memusuhi Umar. Mereka telah menganggap Umar telah berpaling tadah. Sehinggakan sahabat beliau yang paling rapat sekali dengan beliau pada ketika itu merupakan orang yang paling membenci kepada beliau.
Oleh itu, orang-orang arab Jahiliyyah pun merancang untuk mengeluarkan semula Umar daripada agama baru itu. Akhirnya pada suatu masa, salah seorang daripada mereka mendapat idea untuk menganiaya Saidina Umar yang pada ketika itu menjadi Khalifah. Mereka memberikan suatu air minuman yang kelihatan seprti biasa tetapi dimasukkan bahan yang memabukkan dalam air itu. Lalu air itu diberikan kepada anak Saidina Umar yang bernama Ubaidullah bin Umar.
Selepas itu, orang arab Jahiliyyah mendatangkan seorang wanita Yahudi kepada Ubaidullah yang berada dalam keadaan mabuk itu. Lalu berlakulah perzinaan antara perempuan Yahudi itu dengan Ubaidullah yang sedang mabuk. Setelah sebulan selepas kejadian itu, perempuan Yahudi itu mengandung.
Selepas sebulan itu, perempuan itu bertemu dengan Saidina Umar selepas solat Subuh.
“Wahai Amirul Mukminin! Aku ada pengaduan yang hendak dilaporkan kepada kamu. Mahukah kamu menerima pengaduan aku yang benar ini?” kata perempuan Yahudi itu.
“Jika pengaduanmu itu benar maka khabarkanlah kepadaku”
“Wahai Amirul Mukminin! Lihatlah aku sedang mengandung. Dan anak yang ku kandung ini ialah cucumu. Anak kepada Ubaidullah, anak kamu. Dia telah berzina denganku”
Saidina Umar terkejut mendengarnya.
“Wahai wanita Yahudi, jika benar dakwaan kamu itu maka datanglah kamu besok pagi selepas subuh ke Masjid Nabawi”
Apabila tiba waktu makan, Umar menjemput kesemua anak-anaknya makan bersama-sama dalam satu bulatan yang besar. Ubaidullah dipersilakan duduk bersebelahan Umar maka isteri Umar disebelah kiri.
“Wahai ayah mengapa ku lihat tingkah lakumu berbeza sedikit hari ini?”
“Wahai anakku, makanlah sepuas-puasnya anakku. Mungkin ini kali terakhir kita dapat berasa makan beramai-ramai begini” Ubaidullah kehairanan.
“Wahai ayah, mengapa ayah berkata begitu. Seakan-akan ada seseorang dalam kalangan kita tidak akan bertemu lagi. Adakah salah seorang dari kita akan meninggal dunia?”
“Anakku, kalau ayahanda bertanya bolehkah anakanda berkata benar demi Allah dan Rasul-Nya?”
“Demi Allah dan Rasul-Nya, anakanda akan berkata benar”
“Anakku………… Benarkah kamu pernah berzina dengan seorang wanita Yahudi wahai anakku?”
“Sungguh ayah! Perkara itu mungkin terjadi ketika anakanda berada dalam keadaan tidak sedar (mabuk). Kejadian ini mungkin berlaku sebulan yang lalu kerana pada waktu itu anakanda diberi minuman oleh beberapa orang. Selepas minum air itu baru anakanda sedar bahawa air itu telah diletakkan bahan yang memabukkan. Rupa-rupanya inilah yang terjadi ketika anakanda sedang mabuk itu.”
“Oleh itu anakanda, esok hadirkanlah dirimu ke Masjid Nabawi selepas Subuh.” kata Umar kepada anaknya.
“Baiklah Ayah”
“Ubaidullah, adakah kamu akan sedia menerima keputusan yang akan dibicarakan esok. Walaupun jika ianya tidak berpihak kepada kamu?” tanya Saidina Umar.
“Demi Allah dan Rasul-Nya, anakanda sedia menerima apa sahaja keputusan yang akan diputuskan oleh ayah esok” balas Ubaidullah.
Keesokkan harinya di Masjid Nabawi selepas solat Subuh. Ramai penduduk Islam, orang arab kafir dan Yahudi berkumpul untuk menyaksikan perbicaraan Saidina Umar sebagai hakim terhadap anaknya Ubaidullah sebagai tertuduh. Umat Islam sendiri ragu-ragu dengan kekarismaan Saidina Umar. Dalam benak hati mereka “Mampukah Umar menjatuhkan hukuman kepada anaknya?”.
“Beranikah beliau menghukum anaknya sendiri?”.
Sementara orang-orang arab kafir dan Yahudi bersorak kegembiraan dalam benak hati mereka
“Umar sudah tewas!”,
“Umar tidak berani menghukum anaknya dengan hukum slam!”, “Kita berjaya melemahkan Umar!”. Perbicaraan bermula. Saidina Umar memebacakan pertuduhan terhadap Ubaidullah (anaknya). Mahkamah begitu sunyi pada waktu pertuduhan itu dibaca. Selepas pertuduhan dibaca, mahkamah sekali lagi sunyi. “Berdasarkan pertuduhan yang telah dibaca dan siasatan yang terperinci telah dijalankan…. UBAIDULLAH!” Umar bersuara. Hati para hadirin begitu gemetar menunggu keputusan Saidina Umar.“UBAIDULLAH bin Umar! Kamu didapati BERSALAH kerana telah BERZINA dengan seorang wanita Yahudi dalam keadaan tidak sedar pada tempoh sebulan yang lalu. Oleh itu, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa Ubaidullah dihukum sebat sebanyak 100 kali di hadapan khalayak ramai berdasarkan dalil dalam Surah An-Nur ayat 2:
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap orang dari keduanya seratus kali dera dan janganlah belas kasihan kepada (terhadap) keduanya mencegah kamu (menyebabkan kamu susah) untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”
Mahkamah riuh rendah dengan pekikan orang Islam yang membantah keputusan Saidina Umar yang pada pandangan mereka kejam kerana tidak mempertahankan anaknya.Tetapi lain pula halnya yang berlaku kepada orang-orang arab kafir dan Yahudi. Mereka semuanya terdiam dan tidak sangka dengan perkara yang baru sahaja terjadi. Sehinggakan beberapa orang kafir dan Yahudi memasuki kawasan mahkamah menuju kearah Umar. Meminta Saidina Umar mengislamkan mereka kerana telah melihat keberanian dan ketegasan Saidina Umar melaksanakan hukuman Allah kepada anaknya sendiri. Dan kebanyakan orang yang diminta untuk diislamkan itu ialah orang yang merancang untuk memabukkan Ubaidullah dan menyebabkan Ubaidullah berzina.
Beranikah kita mengaku kesalahan seperti Ubaidulah? Beranikah kita bertindak seperti Saidina Umar? Zaman sekarang saya pasti, ramai ibu bapa kalau boleh akan melindungi anaknya walau kesalahan itu sudah tampak nyata..
Tuesday, August 18, 2009
PUTUS HARAPAN
Ketika saya balik ke kampong baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang mak cik yang sudah lama tidak saya ketemu.
“Lama tak nampak mak cik..” saya menegur.
“Mak cik dah pindah rumah. Tidak tinggal di rumah lama tu lagi. Pak cik kamu datang. Mak cik takut dan ajak anak-anak berpindah.”
Wanita ini sudah dikira warga emas. Tetapi baru beberapa bulan yang lalu diceraikan oleh suaminya angkara anak-anak tirinya. Kerana terpengaruh dengan kata-kata si anak, si suami menceraikan mak cik yang saya panggil Mak Cik As sahaja. Saya kenal dengan anak-anak Pak cik Dol bekas suami Mak Cik As, yang angkuh dan sering menjadi kritikan orang sekeliling.
“Pak Cik balik?” saya bertanya separuh ragu.
“Semasa bercerai dia kasi mak cik duduk di rumah yang kami tinggal dahulu. Mak cik tinggallah dengan anak-anak mak cik”
Disamping mempunyai anak tiri, mak cik As juga mempunyai anaknya sendiri.Ada 4 orang anaknya. Usia perkahwinan dengan pakcik Dol, bekas suaminya sudah hampir 30 tahun. Ketika berkahwin pak cik Dol adalah seorang duda kematian isteri. Ketika itu, Pak Cik Dol sudah mempunyai 5 orang anak.
“Lepas tiga bulan bercerai dia balik ke rumah. Kata dia itu rumah dia. Dia datang, makan di rumah tersebut macam kami tidak pernah bercerai. Dia ajak anak-anak bersolat jemaah bersama-sama dengan dia. Mak cik malulah. Bayangkan mak cik sudah bercerai dengan dia, tetapi dia datang, tidur baring di rumah tersebut macam kami tidak pernah bercerai. Kami sudah sama-sama tua.”
Saya bayangkan wajah Pak Cik Dol. Lelaki yang sudah hampir 70 tahun itu sudah pasti kesal dengan penceraian yang berlaku. Yalah bayangkan, bertahun-tahun hidup bersama dengan Mak Cik As, dia terpaksa berpisah dengan wanita itu yang telah menjaganya hampir 30 tahun. Kalau saya sendiri pun, saya akan rindukan rumah dan orang yang pernah 30 tahun hidup bersama dengan saya. Bukan kata 30 tahun 3 tahun pun saya pasti rindu dan ingin kembali semula.
“Mak cik tak mahu kembali kepada pak cik semula?” saya bertanya sekadar menduga. Manalah tahu hari orang.
“Tidak, tak mungkin. Dia yang menceraikan mak cik di hadapan anak-anaknya. Dia telah mendengar segala fitnah anak-anaknya sendiri. Dia langsung tidak mengambil kira perasaan dan pandangan, anak-anak mak cik sedangkan itu juga anaknya. Biarlah mak cik tinggal sahaja di rumah sewa bersama anak-anak mak cik. Dia nak ambil rumah tu ambillah..”
Tampak mak cik As sudah nekad. Sebenarnya saya simpati dengan kedua-dua mereka. Baik pak cik Dol biarpun Mak Cik As. Mereka terperangkap dengan permainan anak-anak yang tidak mempunyai perasaan. Anak-anak yang mementingkan diri hanya kerana berebutkan harta. Bagi saya sepatutnya anak-anak yang mengadu domba sehingga memecah belahkan rumah tangga ayah mereka sendiri, perlu diikat dan dicampakkan ke dalam kandang harimau, supaya mereka tahu apa ertinya kesunyian dan putus harapan...
Saturday, August 15, 2009
MATI ITU PASTI
Terus terang saya sendiri banyak bersedih menulis novel ini (tapi happy ending) Tetapi saya harus habiskan kerana kematian akan dilalui oleh sesiapa sahaja. Buku ini bukan buku tazkirah. Tetapi tidaklah terlalu ringan seperti Billy Malligan.
Dan esoknya saya berjumpa dengan Lily Haslina. Kami lepak-lepak dan makan di Sogo bersama dengan editor saya. Saya bising sungguh dengan Lily. Kami bercerita mengenai pemergian Yasmin Ahmad dan Ustaz Asri.
"Dalam blog kau dengan Nora asyik tulis tension sahaja, asyik meroyan. Hidup ini kena relax. Kau suka menulis, kau cintakan bidang penulisan dan seharusnya penulisan tidak membebankan kau dan membuat kau tension. Tulis dengan fikiran yang lapang.." (sorry Nora aku mengumpat ko-kurangkan minum kopi kau tu).
Memang ada beberapa orang pernah bertanya dengan saya. Akak tak tension ke menulis? Tengok penulis lain dalam blog tulis asyik tension sahaja mahu menghabiskan novel mereka?
Tidak..bagi saya bidang penulisan adalah minat saya, tumpuan saya sepenuhnya kepada penulisan. Ketika menulis saya menangis, saya ketawa dan juga bergembira dengan tulisan saya. Semuanya berbaur menjadi satu.
Bila kepala saya tepu tak boleh menulis, saya keluar. Saya ajak pembantu rumah bershopping. Kalau tidak untuk saya, saya belikan siapa sahaja yang saya ingat. Kalau terlalu penat untuk menulis saya berchatting, ambil masa dalam 15-20 minit mengaji Al-Quran dan juga memasak.
"Saya kurus beberapa kilo ketika menulis .." Lily memberitahu. Mungkin tak ingat makan agaknya.
"Aku pulak menjadi semakin gemuk dan gemuk.." saya pula menjawab. Kami ketawa. Apa tidak gemuknya. Duduk sahaja menulis sambil minum susu panas (saya tak minum kopi dan jarang minum teh).
Mati akan datang, bila-bila masa sahaja. Secara mengejut atau secara perlahan. Tetapi mati muda boleh dielakkan dengan menjaga diri dan menghindarkan tekanan. Saya selalu berdoa setiap kali solat, kalau tuhan mahu ambil nyawa saya, ambillah. Tetapi biarlah selepas Qaisara sudah mempunyai keluarganya sendiri.
Thursday, August 13, 2009
HOW ATOK MAKE SNAKE GO AWAY
"Your umi, have a lot of stories about snake.."
Wah..suami sudah 'pass the buck' kepada saya. Isk..isk..ini mesti sudah tidak sanggup menahan pertanyaan demi pertanyaan daripada Qaisara.
"Umi come here, tell me the stories about snake.."
Ini budak kecil kalau mengarah, kalahkan saya yang jadi anak dia pula emak..he.he. Beberapa kali di desak, saya duduklah di sebelah Qaisara. Lantas bercerita mengenai ayah saya atau datuk Qaisara yang sering berjumpa dengan ular di kebun getah.
"Atok not scare umi?"
"No..but atok can make snake go away.." saya beritahu Teta. Matanya bulat merenung saya dalam cahaya lampu tidur.(kalau selagi tak tutup lampu dan pasang lampu tidur, dia akan mencanak-canak melompat, buat itu ini)
"How atok make snake go away?"
"Atok read doa sayang ..."
Bekerja sebagai penoreh getah, ayah saya sudah pasti menghadapi banyak bintang berbisa terutamanya ular. Menurut ayah saya, ada satu peringkat hampir saban hari dia berjumpa dengan ular. Tetapi ayah mengamalkan satu doa, apabila doa itu dibaca ular akan tunduk dan melarikan diri.
"How the doa umi.."
"Ya ALLAH ya tuhanku, hindarkanlah aku dari ular yang berbisa..etc.tec.." sebenarnya ada doa dalam bahasa Arab. Ayah saya ada beri saya beberapa tahun yang lalu. Tetapi saya benar-benar lupa.
"Umi..atok not read doa like that.."
Si Qaisara membantah. Aduh..budak ni baru tiga tahun hidup di dunia, pandai pula membantah cakap orang yang lebih banyak makan nasi daripada dia..he.he..
"Atok must read doa like this..Bismillahirahmannirahim ...."
Huawa..ha.ha...saya rasa mahu tergelak besar. Qaisara ini memang tidak boleh ditipu..dia tahu setiap doa mesti kena baca bismillah dan bagi dia setiap doa perlu dibaca dalam bahasa Arab bukan dalam bahasa melayu..
Wednesday, August 12, 2009
SEDIHNYA
Bagi saya fungsi blog ianya amat cantik sekali, disamping meluahkan rasa, mencatat segala apa yang berlaku dalam kehidupan seharian, ianya juga boleh membina persahabatan dan menanamkan sifat kasih sayang. Setiap kali saya meletakan entry, saya sering memikirkan kesannya. Adakah pembaca akan gembira dengan entry saya atau dapat sesuatu apa yang saya tuliskan.
Walau bahasa yang saya gunakan agak ringkas, tapi saya sentiasa menjaga bahasa saya supaya kemas dan tidak melukakan hati sesiapa.
Entahlah, setiap orang mempunyai pandangannya masing-masing tetapi sebagai orang Islam yang bermaruah saya rasa, sesiapa pun tidak akan sanggup membabikan seseorang secara terbuka begini.
Monday, August 10, 2009
BEG SELEMPANG
Kak..hari ni tak berniaga ke?"
satu hari saya ke pasar malam, seorang penjual kuih pau menegur saya.
"Berniaga?"
"Akak berniaga pasar malamkan?"
"Taklah, bila masa akak berniaga pasar malam?"
"Oh ingat akak berniaga pasar malam. Selalu orang berniaga pasar malam suka bawak beg besar dan cara dia pun macam akak.." huwaa..ha.ha.ha..
Hari ini pula saya ke tesco. Saya nikan suka shopping, petaling street pun saya shopping, harrods pun saya masuk (tapi nak beli bag shopping harrods pun saya tak mampu..window shopping ajelah..ha.ha.).Saya belek baju yang berharga RM50.(kedai kat luar tu )
"Dik tak boleh kurang ke.."
"RM45 boleh le kak?"
"Hmm...RM40 tak boleh ke dik?"
"Tak bolehlah kak? RM43lah.."
"Iskk..ko ni RM3 pun berkira aik..."
"Alah kak duit tu kak. Saya tahu akak mesti kaya banyak duit.."
"Aik mana ko tau akak banyak duit.."
"Alah saya tahu akak mesti kaya, akak orang berniagakan?"
Pening saya mana budak ini tahu saya berniaga. Dia pernah nampak saya ke berniaga buku di Pesta buku?
"Mana kau tahu akak berniaga.."
"Orang berniaga selalu bawak beg macam akak. Pakai sling beg, duit banyak..sebab takut orang ragutkan.."
Huwaa..ha.ha..rasa nak gelak guling-guling. Tetapi bila balik terfikir juga kata adik tersebut. Mungkin ada betulnya....
Sunday, August 9, 2009
KASUT TETA
Ini kasut dibeli di Tesco. Teta tidak pernah mengira kasut itu daripada brand apa. Asalkan bunyinya tap..tap..tap atau ada sedikit bertumit supaya bila berjalan boleh berlenggang lenggok.
Ini kasut dibeli di Turki. Tak ada bunyi tap..tap..tapi dia suka sebab cantik kata dia. Macam kasut bally dancer sahaja. Mula-mula saya tengok kasut ini, benci sungguh saya.ha.ha..
Kasut ini beli di Melaka. Saya belikan tiga pasang yang sama, satu untuk Balkish dan satu lagi untuk kakak sepupunya Alin.
Dia paling suka kasut ini, tapi tapaknya agak licin. Sebab itu dia jarang memakainya, saya perlu betulkan tapaknya. Dari Bata..
Ini saya beli di Genting. Brand Soda. Suka sangat-sangat kerana agak tinggi dan bila berjalan dia boleh berlenggang lenggok.
Sebenarnya kasut Teta memang banyak, dalam sedar tak sedar dia ada berpuluh-puluh pasang kasut. Tidak kira dari harga murah atau mahal. Saya sendiri tak punya banyak kasut, sebanyak Teta. Ada saya sedekahkan dan ada yang saya simpan di dalam beg.
TERBAHARU DI PASARAN
JOM BACA NOVEL NBKARA
YANG MENJENGUK
About Me
- Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim,
- Selangor, Malaysia
- Seorang yang jarang memilih di dalam hidup..
IKLAN
PERMATA.
KEKASIH2KU
ANAK-ANAKKU
Blog Archive
-
▼
2009
(219)
-
▼
August
(18)
- TERLUKA
- SAMBAL OH SAMBAL
- PLEASE DONT ANGRY ME!
- JAMU MATA YE..KEKAWAN..
- MEMBELI BELAH DI PAVILLION
- NAK JADI BERUK KE UNGKA
- BAGAIMANA NAK JAGA ANAK KECIL!
- DEMI AGAMA
- PUTUS HARAPAN
- MATI ITU PASTI
- HOW ATOK MAKE SNAKE GO AWAY
- SEDIHNYA
- BEG SELEMPANG
- KASUT TETA
- BARU TAHU!
- MAHAL SUNGGUH!
- HIDUPNYA DENGAN SAMPAH SARAP
- TEMBAK KERANA DILARANG MEROKOK
-
▼
August
(18)
Followers
SAHABAT MAYA
-
aku bukan budak baik9 months ago
-
-
-
-
-
Aku dan buku Part 2..13 years ago
-
Dari Blog Ke Telegram2 years ago
-
-
-
Dosa yang terampun8 years ago
-
Ganu Kite11 years ago
-
aktiviti 5S14 years ago
-
Chocolate Cheese Tart8 years ago
-
PREMIUM STARTER KIT RM 7136 years ago
-
Ya Rabbana Tarafna Lirik Menenangkan Jiwa4 years ago
-
-
9 tahun berlalu ..............4 years ago
-
JUN YG MANIS - SIRI 212 years ago
-
Cinta Hati Baru.. My LOVE!6 years ago
-
-
Hadir Mu DiSudut Hati8 years ago
-
Tips mengamalkan Qaseh Gold9 years ago
-
-
-
Persediaan Guru di hujung tahun.10 years ago
-
Dating.....14 years ago
-
-
-
Perjalanan yang masih panjang...10 years ago
-
Medan, Indonesia part 211 years ago
-
Ibu Sambal4 years ago
-
-
-
Semarakan Cinta Kepada Rasullah S.A.W11 years ago
-
-
ViRuS TrOjEn Vs ViRuS BeRjAmBuL "m".....14 years ago
-
-
-