Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, July 8, 2009

RENCAM SEMALAM

Semalam memang agak sibuk buat saya. Pergi printing untuk Buku Billy Malligan. Tukar lagi printing sebab nak cuba printing ni okay ke tidak.

1. Sempat menyelit-yelit ke Sogo dan sempat beli satu lagi kamera(dasar umat yang sengaja nak membazir membuang duit sedangkan sudah ada beberapa buah kamera lain).Nasib suami tak tanya apa yang saya beli..he.he..

Kemudian beli baju Qaisara. Biasalah ke sogo kalau tak beli baju Qaisara tak sahlah.Di kaunter ketika membuat pembayaran membeli baju Qaisara ada dua makhluk tuhan yang menyangkakan dirinya seksi.

“Saiful..kau pakai macam ni, kau make up macam ni..garenti Rahim gilakan kau..”

Salah seorangnya bersuara yang bernama Saiful tersipu-sipu malu. Macam menrenyam aje nampaknya.

“Astaghfirullahulazim.”.dalam hati saya berdetik. Tapi saya tak campurlah. Nanti tak pasal-pasal kena cepuk.



2. Suami suruh saya topup dia punya touch n go, suami saya ni berchatting, main komputer cukup pandai. Tetapi bab teknologi tak tau. Kalau komputer terpeliut sikit, sayalah yang terjerit-jerit dipanggilnya. Kadangkala streamyx problem pun dia suruh check sana sini. Ahh..apatah lagi nak upload touch n go di mesin ATM. Lagilah dia tak tahu..saya letak RM300 sebab dia buat marketing. Di Kuala Lumpur mana-mana pergi mesti ada tol.

“Wah..duit tol sahaja nak macam gaji saya sebulan umi..” pembantu rumah saya menegur.

“Kalau saya ..makan tol sahajalah hari-hari..” sambung pembantu rumah saya lagi.

Ha..ha.ha..saya gelak besar dengan kata-kata bibik saya itu. Ya..tak yah juga. Banyak negara saya pergi, Malaysialah banyak tol. Sana sini tol. Kalau dekat Turki. Di Kayseri satu tol pun tak ada. Istanbul seingat saya satu tol sahaja. Saya rasa di negara Asean yang saya pergi. Malaysia boleh digelar King of Tol jangan satu masa nanti jadi King of Toyol sudah. Sebab selalu telan duit rakyat.


3. Balik dari sogo pergi ambil bezya ditempat dia tuisyen bahasa Inggeris di Taman Desa. Dia sudah lesap entah ke mana-mana, telefon berkali-kali tak jawab. Nasib suami telefon kawannya. Kawannya beritaiu dia pergi ke cyber café. Aduh..Taman Desa sudahlah sesak, hujan lebat, parking tak ada. Dia pergi merayap. Sedangkan di rumah ada internet 24 jam dan ada komputer sendiri. Apa lagi kena marah kaw-kaw dengan baba dia yang panas baran. Saya yang tak suka dengar..urut-urut belakang suami saya suruh bertenang. Dan penghabisan saya juga yang kena marah sama..ha.ha.ha.

“Bukan badan Qaisara sahaja ada syaitan, dalam perut tu pun ada syaitan tau. Sebab tu perut tu besar..” saya mengusik suami yang kepalanya sedang berasap.

“Ini mesti jenderal syaitan ni.Cuba buat mengucap, beristighfar..” saya menyuruh. Dan akhirnya suami ketawa saya pun ketawa. Bezya yang dibelakang pun mengekeh ketawa. Suka sebab saya tolong dia!


4. Balik singgah Tesco sebab bibik berpuasa. Kata bibik dia dulu-dulu tak pernah puasa. Sejak bekerja dengan saya dia rajin berpuasa. Saya selalu suruh dia ganti puasa yang lepas-lepas. Esok kamu mati siapa nak ganti puasa kamu. Itu saya selalu nasihatkan dia. Alhamdulilah..dia makan nasihat saya. Dari tak bertudung pakai seluar pendek dia sudah bertudung. Saya selalu belikan dia seluar panjang dan baju lengan panjang. Kata saya esok-esok kalau tak kerja dengan saya pun. Pakailah tudung, puasa, solat. Saya bergesa naik tingkat atas Tesco mahu bersolat maghrib kononnya. Auwah..ha..ha.ha sebaik sahaja beri salam, baru azan dari masjid Kajang kedengaran. Akhirnya solat lagi sekali..


5. Kami makan nasi ayam. Bezya sekarang tengah diet kononnya. Budak 16 tahun memang mungkin terlalu memikirkan penampilan diri (berkali-kali saya cakap dengan dia, dia dah cukup cantik. Tapi dia tak yakin..). Dalam kereta dia cakap mahu makan nasi ayam, tapi bila kami dah duduk. Dia nampak KFC (turki KFC jarang tak macam di Malaysia merata-rata) Dia cakap dia tidak suka nasi ayam, dia pergi makan KFC seorang diri. Saya suruh babanya tegur, biadap kita makan ramai-ramai dia bangun pergi makan KFC. Suami hanya diam kerana saya memang jarang bersuara bab anak-anak ini. Bila habis makan KFC, dia datang semula pada kami, bedal saya punya nasi separuh dengan ayam, tie pie serta soya cake. Huwahh..ha.ha..diet apakah ini?


6. Balik suami masih tidak puas hati dengan Bezya yang merayau tanpa memberitahu..

“Ojan macam ni ke?” Suami tanya saya..

“Tidak. Ojan kadangkala di marah uminya kerana malas keluar rumah. Tapi Hakim macam tu suka merayau-rayau tanpa beritahu. Biasalah hubby budak-budak usia macam tu..” saya menenangkan suami.

Saya teringat Lizabujang yang menjaga 4 orang anak buahnya. Semuanya nakal-nakal belaka. Mesti dia tension. Apa si Lizabujang tak garang macam harimau betina..ha.ha..gelak guling-guling..







13 comments:

yatie chomeyl said...

perghh lawa kamera baru..hehe..lawaklah baca cerita akak nih..rasa cam berada kat tmpt kejadian gak ;)

ain said...

wahh..kamera baru ye kak. yg dulu tu jasi saya je le..boleh..????

hubby akak mcm sy. mmg buta IT. klu poblem je, 2ggu hubby balik tlg tengok2kan.hehe. teringat novel akak 'permintaan terakhir seorg lelaki'.

psst...Bezya mmg dok ngan akak ker..??

Umie said...

lawa nyer kamera..umie suka baca n3 yang akak tulis rasa mcm baca novel..hehehe..n3 akak pulak klakar lg best dari baca gila-gila ngan ujang..hahaha

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

oh cybershot...grrrrrrrrrr

dhan said...

- comelnya camera tuh.. warnanyepun sweet....
- kak.. org pompuan mmg suka shoppingkan.. saya takut nak jejak sogo tuh.. takut sume saya borong.. hahahahaha....
sebab tu che nafis jarang bawak saya g sogo...:(
-lagi satu kak.. saya setuju ngan akak.. kengkdg budak2 ni susah kita nak jangka.. adik saya selalu gak kuar jenis xcakap.. padahal dulu2 kitorang nak mintak izin kuarpun takut.. tp dia bleh selamba je kuar xckp.. geram gak..susah nak cakap.. nak tegur dah besar pjg.. xtegur nanti ada dibuat umah mcm hotel... bagus cam ojan tuh.. senang je nak jaga...

Leeza said...

salam kak....
since that day, za dah tahu mmg camera yang diintai sejak dulu tu mesti jadi milik akak juga...keh3. kalau za ada mmg akak takde peluang nak beli cybershot nyer sebab mcm teta juga, kalau lalu depan kedai sony sure za palingkan kepala akak dari g tengok sana( teringat mcm mana ojan dan akim elak teta dr tengok tpt mainan that day....keh3)hmmm malam ni mrk ok je, yang sorang buat cucur labu tengah malam, yg tiga lagi dah tido awal macam za.....tapi bangun juga tengah malam check mereka dah tido ke belum.

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

hahahha....jeleznyer tgk kamera2 tuh.....saya pun sekarang tak tau kenapa jd gila tgk benda2 camtu....kamera, laptop, handphone....fuh...hancus!!

MyHasla said...

salam kak yati...
org pompuan ngan shopping memang tak dapat di pisahkan! Pantang ada lebih $$$ pasti dalam fikiran nak shopping! hehehe betultak?
akak gi taman desa????... wah dah dekat ngan tempat keje saya tu!

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

hahahaha..
guling2 jim baca citer ni..hahaha..

jim pun kuat mrayap tau kak..
tp smggu skali je..
skali tu r klu jim mrayap,cam dah xnk blk umah...

klu mom bising,jim cakap,"dah smggu terperap dlm umah,ape salah jim kuar mrayap??"..kikikiki...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie..akak lebih suka camera, komputer dari handbag, kasut..tak tau kenapa..he.he hari itu ada pameran Imac..nasib suami ada..kalau tak..belilah tu..

ain..ha.ha..ko sama sekapal dengan seyit, tak apalah ain perempuan..seyit ni, kalau pasal IT semua binilah yang kena buat..bukan It aje..pasal plumber, electrical..isterinyalah..

nuar jangan geram..nanti dapat gaji beli satu..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

umie..blog akak macam ujang ke? ha.ha..idup mesti ceria umi..

dhan..akak gi sogo kekadang tu tak tahu nak beli apa dah? isk2..sebab selalu sangat, ujug minggu ni suami ajak pegi petaling street

Za..ko silaplah..teta paling suka akak beli camera tu..dia da klik sana klik sini, dia tanya asal umi tak belikan teta warna pink..ha.ha..

Milah..akak minat camera ngan lappy tapi hphone tak sangat, sebab akak cuma tel and sms aje, yang cekai2 pun tak apa..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Hasla kerja di taman desa ya, nasib baik tuisyen dan tukar tempat ..kalau tak jenuh nak ke sana hari2..dari kajang..

jim ko orang muda..merayaplah selagi boleh jim, esok da ada keluarga..kena dok rumah main ngan anak2..akak da puas merayap masa muda, dan sekarang bila nak merayap kena ngan suamilah, nasib dia kaki berjalan gak..he.he

me said...

akak, sara nak tau le bape regha cam tue...igt nak rembat 1...hehehe