Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 28, 2009

QAISARA MEMANG TAK PERNAH SERIK!

Sunway lagi! Sebenarnya semalam mahu ke Desa waterpark..tapi sayang ketika berada di hadapan desa waterpark, dia ditutup kerana ada kerja-kerja penyelenggaran sedang dijalankan.

Kali ini sunway penuh dengan tok-tok arab yang datang bercuti ke sini. Hmm..orang Arab ni tahu sahajalah. Para isteri duduk tepi kolam dia dok seronok-seronok ngan anak-anak, tayang bulu dada tayang pusat. Isteri berbungkus. Apa salah diajak isteri sekali berkongsi kegembiraan. Pakailah pakaian renang yang menutup aurat....

Qaisaralah paling seronok. Bezya memang agak kurang berdikari jadi suami terpaksa menemani dia ke sana ke mari. Jadi, saya dengan bibiklah yang bermain bersama. Di bahagian kanak-kanak tidak ada ramai orang di situ, ada tak ada seorang kanak-kanak bersama pembantu rumahnya orang Filipina dan emaknya yang berasal dari Qatar. Mereka riang bermain bersama walaupun kanak-kanak tersebut tidak banyak bercakap, yang banyak bercakap saya dengan emaknya dan juga pembantu rumahnya. Wanita dari Qatar ini sedang mengandung lagi anak ketiga. Cantik orangnya tetapi anaknya mengikut wajah si ayah kot, agak mendung sedikit kulitnya..
Gambar pelampung ini dari google, malas nak bawak keluar pelampung Teta dari stor. Tetapi hampir serupa, cuma Teta punya berwarna kuning merah.

Lepas bermain, selepas keluar baru kami sedar pelampung Qaisara tertinggal. Kami minta izin untuk masuk balik. Bibik yang masuk semula kerana dia rasa bertanggungjawab dengan pelampung tersebut. Ketika dia masuk semula, dia terpaksa dihantar oleh seorang pekerja dari Sunway. Masa dia balik semula ke kereta. Bibik dari jauh sudah tersengeh-sengeh. Apa yang disengehkan entahlah..
"Umi, nama pekerja yang iring saya masuk tu Siti..(bibik perasan le pulak macam VIP..keh.keh)
"Kami berbual, dia tanya saya kerja di mana..." bibik saya ni memang suka bercerita.
"Hmm..." itu sahaja saya jawab.
"Saya tanya dia suka baca novel tak?" dah bibik buat perangai. Saya tahu dengan semua orang yang dia kenal dia akan tanya macam tu. Bibik ting tong bak kat si Jim..ha.ha..
"Mulalah tu.."
"Dia cakap dia suka baca novel umi, dia minat Norhayati Berahim. Dia baru sahaja habis baca Chinta. Kata dia buku NB semua best."(bukan saya yang cakap ya..bibik yang cerita..keh..keh)
Bibik ting tong ku sudah ketawa-ketawa.
"Dia cakap buku tu best..." saya hanya geleng kepala.
"Habis kamu cakap dengan dia, kamu kerja dengan saya.."
"Tidaklah umi, saya tahu umi mesti marah dengan saya. Tapi Siti kata dia nak jumpa Norhayati Berahim satu hari nanti. Tapi Siti tak kenal.."
Memang bibik pernah kena marah dengan saya, bila dia bertanya dengan orang pasal novel dia mengaku bekerja dengan NB. Sekarang dia sudah tidak berani lagi..
"Nanti kalau kita datang sunway..kita cari siti lagi ya. Siti suruh cari dia.." Insya-ALLAH saya berkata dalam hati. Saya tahu bibik saya tidak pernah berbohong, dia bercerita perkara yang betul.

Malam bila tidur. Pukul satu pagi Qaisara bangun. Menangis-nangis.
"Umi sakit kaki umi, sakit kaki.."
Sudah..anak saya sudah buat hal. Tahu sangat perangai Qaisara. Bila bermain tidak ingat dunia, bila malam menangis suruh urut kakinya. Saya letak vicks dan saya urut kakinya, barulah dia dapat tidur (ini padahnya dari kecil saya ajar dia urut badan, urut kaki. Sakit sikit dia mahu diurut) Pukul tiga pagi, dia mengadu lagi kaki dia sakit. Saya bangun, bersila dekat dengannya, urut lagi sampai dia terlena. Pukul lima dia bangun lagi. Bila saya urut dia tidur nyenyak...

Pukul lapan pagi dia bangun, saya pula kepenatan kerana asyik mengurut kaki dia dan tidak tidur kerana menjaga dia, takut dia sakit. Saya ingat saya mahu menyambung tidur selepas pukul 10 pagi. Dia masuk ke dalam bilik, mengheret anak patungnya sambil berkata.
"Umi..kaki Teta dah tak sakit. Jom kita pergi jalan-jalan atau shopping.."
Auwah..auwah..ha.ha.ha..Qaisara memang tak pernah serik!

14 comments:

Umie said...

salam..
kak yati..teta ni mcm umie la..sikit2 sakit kaki nak minta urut..time umur teta tu mak umie cerita, dia kata umie kalu penat je nak kena urut kaki...dukung hingga sampai rumah..dah kawin gini pun still kena urut jugak baru boleh lena tidurnyer..hehehe

Hanya Aku Dihatimu.. said...

salam kak,kecik2 dah sakit kaki qaisara,kesian dan orang arab tu cucu matalah kak..isteri diorang dibungkus kita tak nampak..suami diorang ya allah nampak bulu sampi pusat gelilah..

ain said...

huwawawaaaa!!teta...tetaaaaa!!! seronoknya tengok keletah dia.hihihi

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hikhikhik bibik akak sgt lurus jer yer...itu yg lucu tuh...

teta sgt lawak...muahahahaha! :D

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

hahaha..teta sgt tintong!
cian umi die..nasib baik umi die xsakit skali..kikiki..

yg penting,ade nama jim kt dlm entry ni..JIM SUKER!!kikiki...

bertuah akak ade bibik yg ikut ckap & mesra ngan akak..

idasm said...

teta... teta... seronok baca keletahnya. bila kaki dh tak sakit.. laju aje ajak pergi shopping... tp teta tau uminya mmg suka shopping... sebab tulah... hehe.
kak seronokkan pergi sunway tu. akak nape tak join mandi sekali... lain kali kita janji pergi sekalilah kak.. apa kata... hehe.

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Uminya pun tak serik!! gelak guling2...hehheh

Mama Nazhan said...

alahai...cian umi teta.... tp anak punyer pasal...mesti ok jer kan kak yati? hihi

dhan said...

hahhaha.. cam nak guling2... tiapun cam teta.. suka diurut kakinya.. siap kejam2 mata cam 'feel' sangatlah.. hahaha...
yg xleh tahan tu.. dah baik sakit kaki ajak g jenjalan lagi tuh.. ajak shopping lagi... anak sapelah tuh.. hikhikhik... :)

Nanak said...

comelnya anak kakak..:)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

umie..sekarang suamilah kena picit ya..alahai..nanti da ada anak, umie kena picit kaki dia orang agaknya..ha.ha

Liza..tok2 arab ni memang gitu, dia berenang sakan..bini dok tepi kolam aje..

ain..gelak pulak dia..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nuar bibik tu, semua benda dia cerita..kekadang pening..ada aje cerita dia..sampai sms boyfriend ke bagi kita baca..tak kuasa..

jim, ha.ha.suka dia..

Ida..itulah pasal, si qaisara ni memang suka berjalan2 dan shopping. Akak pegi sunway bukan dirancang pun Ida..he.he

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Milah, umi dia..serik dah gi sunway..tak mandi pun tapi sebab anak2 Milah..

Bai memanglah, sbb anak, semua kita sanggup buat..isk2..spoil jadinya anak2kan..

dhan..budak2 memang suka diurut agaknya, dah diajar dari kecil..jadilah macam tu..

nanak..thanks..

mysweetdiamondumbrella said...

kak...sy beli sumer novel akak...(ader yg terbeli 2 lg!hehehe)tp br2 ni sy beli novel chinta....tak tau ending dia aper sbb buku tu hanging smpi ms708....huhuhu...sedih! :(