Hari ini pembantu rumah saya dapat surat. Rupanya dari kedutaan. Dia suruh saya membukanya. Memang semua surat yang Sari dapat dia akan suruh saya baca. Selalunya saya baca sekali lalu sahaja. Malas saya mahu membaca surat orang. Dia pula akan beria-ia bercerita isi surat tersebut. Kadangkala malas mendengar, tapi kasihan saya dengar dan selalu cakap iye..iye..iye..ha.ha.
"Oh..ini kamu kena mengundi ni Sari"
"Mengundi? Apa tu ibu"
"Yelah..pemilu. Suarat Suara.."
"Oh..pemilu, surat surat untuk apa ibu?"
Sari ni memang blur sikit. Kalau tanya penyanyi Indon, jangan harap dia tahu. Pelakon pun jauh sekalilah. Cerita Nabila, Mutiara Hati pun dia tak tahu. Padahal..dia menonton depan TV. Ketawa terkekeh-kekeh. Tetapi kekadang tanya, cerita apa. Dia tak tahu.
"Presiden dengan calon presiden.."
"Ibu undilah...
Aik..saya pula dah jadi Indon. Ha.ha.ha..apalah bibik ini.
"Tak kuasa saya.."
"Ibulah. Ibu sahaja tanda-tanda mana ibu suka.." keh.keh..keh..kelakar betul pulak pembantu rumah saya.
Saya pun belek-belek, pandang satu muka ke satu muka.
"Ini wakil presiden SBY ni handsome. Muda pun muda. Tak mahu undi.."
Si NB pilih yang handsome sahaja. Cover buku nak lelaki handsome, mengundi kat Indon pun suruh si bibik pilih yang handsome. Ha.ha.ha..
Khairul adik saya yang sedang minum, menyokong untuk mengundi SBY (sebutan indon SBYEH)
"SBY tak mahulah.." pulak dah. Saya hulurkan pada dia kertas undi tu. Dia belek-belek beberapa kali.
"Ramai-ramai lelaki, ada perempuan seorang. Kita undi perempuanlah ibu aik.."
Ha.ha.ha..lantaklah Sari. Pentingnya lepas dia mengundi. Esok saya poskan. Terlepaslah tanggungjawab dia sebagai rakyat Indonesia. Dan terlepas tanggungjawab saya sebagai majikan...

9 comments:
kelakarlah kak yati nih.... macam2... ada je citer... kelakar baca blog akak nih.. hari2 mesti rindu nak baca n3 baru...:)
hakhakhak...pulak dah yer kak...keke :p
pemilu tu pengundilah sebenarnya yea.. ida dok terfikir kenapa seorang yg pilu hatinya.. hehe...
kak Nb..intan ingatkan tadi surat suara tu..diorang hnatar perakam suara..dan pemilu tu surat yg sedih2 je hahaha..lawaklah pulak..rupanya surat undi..kalau kita semua mengundi yg hensem2..rasanya ramailah artis yg hensem akan masuk bertanding pilihanraya kan kak hehehehe
btol gak bibik pilih tu ye..semua lelaki sorg je pompuan, baik dia undi pompuan hehe...smgt feminisme yg tinggi ;)
kat sini pun sama gak..gardener yg selalu buat umah sy pun cerita psl ni. tp dia tak mengundi sbb dia kata sama aje semua tu. pilih sapa2 pun rakyat tetap menderita! duhaiii.. merajuk kot tu!
ada ke mcm tu kek?hehe..kelakar laa
aduhai kak...
igtkan surat suara tu surat ugutan ke hape...rupanya surat suara utk mengundi...hehehe
adoi!
bleh plak suwoh akak ngundi..
Tintong je bibik akak..
kikiki...
Post a Comment