Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, July 15, 2009

MOGA KAU SELAMAT BURUNG!

Beberapa hari yang lepas, kucing kurap yang selalu saya bagi makan, menangkap seekor burung yang rajin singgah ke rumah saya (dasar kucing kurap tak sedar diri, sudahku beri makan, nak bergaduh dengan binatang lain he..he.) Burung tersebut tercedera di kepaknya dan tidak boleh terbang.


Lantas saya dengan bibik memungut burung tersebut dan meletakkan minyak gamat dikepaknya dan berharap dia akan dapat terbang.

"Dia tentu lapar ibu" kata pembantu rumah saya kemudian bergesa kedapur membawa sepiring kecil nasi. Lalu disumbatnya ke dalam mulut burung tersebut satu persatu. Saya tak tahulah burung ni burung apa. Kelicap ke atau burung pipit seperti kata Lizabujang..


Tengoklah bibik saya ni, tidak puas disumbat kemulut burung tersebut, ditonyohnya lagi paruh burung itu ke pinggan nasi..ha.ha

"Kenapa burung ini tak mahu makan lagi ibu?" tanya bibik saya
"Kamu tengok burung tu besar mana?"
"Besar nilah ibu.."
"Pinggan nasi kamu tu besar mana?" tanya saya lagi. Bibik sudah ketawa.
"kalau kamu pun badan macam burung ni, kamu sumbat perut dia dengan nasi sampai satu senduk. Mahu perut dia meletup tahu tak?"
Ha.ha..bibik sudah ketawa besar.


Lepas diberi makan saya simpanlah dalam kotak sementara menunggu Qaisara bangun tidur. Saya mahu menunjukkan kepada anak saya burung tersebut. Qaisara tentu gembira nanti. Tetapi apabila Qaisara bangun, burung yang berada di dalam kotak itu sudah terbang.
"Where she go umi?" tanya Qaisara.
Saya diam memikirkan apa jawapan yang patut saya beri pada Qaisara, saya tahu Qaisara mesti kecewa dengan ketiadaan burung yang saya canang-canangkan itu ketika saya mengejutkan dia bangun, tetapi beberapa saat kemudian Qaisara pula bersuara.
"No sadla umi..." Qaisara seperti tahu sahaja perasaan saya.
"she fly to see her fatherla umi.."
"Oh..yelah sayang, you are right!" wah..gembira sungguh saya dengan kata-kata Qaisara.
"She go back see her mother..."
Saya anggukkan kepala saya. Teta sudah mula mengerti kehidupan! Hati saya berbisik.
"Kalau Teta macam burung tu, Teta do same umi..."
Air mata saya seperti mahu menitis. Saya teringatkan burung tersebut dan saya berharap dia sudah berada di sisi emak dan ayahnya, seperti yang diharapkan oleh Qaisara.


12 comments:

Leeza said...

salam akak....
burung itu memang terbang untuk mencari keluarganya....betul seperti kata Teta. Semoga teta takkan pernah berubah seperti katanya....dia akan kembali ke pangkuan umi dan babanya jika satu hari dia tersesat jalan.InsyaAllah kak, za akan doakan yang terbaik untuk Teta, akak dan keluarga akak....dan burung itupun juga tentu mendoakan yang sama untuk akak sekeluarga dan bibik.

idasm said...

"Air mata saya seperti mahu menitis"... bukan air mata akak aje, air mata ida pun.. eh! dh menitislah kak.. hai mcm bc nv akak pun iye ni..
kak, teta tu bijaklah kak. semakin hari semakin dia memahami perjalanan sebuah kehidupan kan. semoga teta akn jd anak yg solehah.

tp part bibik akak tu... mmg lawak, boleh gelak guling2.. hahahaha

ameeza77 said...

cutenyer qaisara kak yati, budak2 sekarang cepat dewasa dan cepat faham. kita sebagai ibu bapa memang tak boleh pandang rendah keupayaan anak2 sekarang :)

ain said...

pandainya qaisara berkata2. nmpak dewasa dr umurnya. Alhamdulillah akak dpt didik dia utk memahami kehidupan dlm usia yg masih kecil.

ibu aira said...

sebak baca entry ni. teta makin bijak berkata-kata. betapa dia semakin memahami tentang kehidupan. teta cepat belajar orangnya. untung kak yati dapat anak sebijak qaisara. semoga teta akan semakin bijak sebijak ibu bapanya.. amin..

hamidah said...

really touching kak yati..moga qaisara mnjadi anak yg solehah

dhan said...

k.yati...
cutelah Qaisara tuh... berdetak hati saya bila baca yg dia ckp camtuh...
saya xsabar nak tunggu tia besar.. nak kenalkan dengan k.teta yg petah... hehehehehe
moga anak2 kita menjadi anak yg solehah..AMIN

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

bijak qaisara...besar nnt insyaAllah jd org bijak pandai...aminnnn :)

Mohd fairuz said...

so touching la story akak.....

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Za..sehari selepas burung tu terbang, ada sekawan burung datang dan berbunyi ngan kuat kat atas rumah..lama jugalah. Tak pernah2..kata bibik agaknya burung itu pulang ke rumahkita..

Ida..yelah..Teta da besar walaupun sebenarnya dia kecik lagi..mgkn kawan2nya orang dewasa, maka jadilah dia dewasakan..

ameeza memang betul..budak2 skrg cepat sangat dewasanya..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ain..qaisara kawannya orang dewasa, akak, bibik, mummy, baba dia..cakap dia pun macam orang tua da..

ibu aira..kita memang berharap anak2 kita menjadi bijak, tetapi bijak perlu diiringi dengan rasa sayang kepada semua insan dan hormat menghormatikan..

hamidah..mudah2an..AMIN..

dhan..kadangkala akak cakap, janganlah mak nenek ni..besar, esok besar apalah lagi yang dicakapnya..ha.ha

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nuar..insya-ALLAH amin..

bladefinger..hmm...anak2 bercakap dari hatinya..