Blog saya ni dah macam blog Qaisara pulak. Tapi hari-hari ada sahaja perangai dia. Ada sahaja cerita baru dia. Suami selalu bertanya, masa saya mengandung apa yang saya makan sebab perangainya tak ubah macam ulat tahi yang melompat sana sini tak suka duduk diam. Ada sahaja yang keluar dari mulutnya yang sering membuat saya dan suami terperanjat.
Malam tadi selepas makan malam, kami bertiga berehat di dalam bilik. Si Teta mulalah mengeluarkan semua kerenah dia.
"Umi-umi..umi takut tak hantu?'
"Taklah..."balas saya.
"Kenapa umi tak takut?""
"Umi baca-baca hantu hilanglah. Macam umi baca-baca syaitan hilang dari badan Teta."
"Kalau Teta jadi hantu umi takut tak?
"Taklah.."
"Asal umi tak takut kalau Teta jadi hantu"
"Hantu comel mana umi nak takut.." saya ketawa, suami saya juga.
"Tengok ni umi. Tengok ni..takut tak?" Qaisara sudah membuat wajah yang konon menakutkan saya.
"Taklah sayang. Tak takut pun..biasa-biasa sahaja.."
"Ini pun umi tak takut?" tanya Qaisara macam tak puas hati sahaja.
"Tak..hantu comel macam Qaisara, mana umi takut.."
"Umi.."
"Hm..."
"Umi baca-bacalah.."
"Baca apa sayang?"
'Baca quran tu. Yang selalu umi buat tu.."
"Untuk apa sayang?"
'Umi tengok Teta hilang ke tidak?"
Huwahh..ha.ha..masa tu rasa nak hantuk kepala saya ke dinding...
20 comments:
muahahahahaha...
ada jer idea qaisara nak kasi umi dia gelak guling2...kuikuikui ;D
salam kakyati.. teta ni buat lawak antarabangsa lar! tergelak orang baca..
salam kak yati.. lawak jugak si teta ni yer... bleh geng ngan saya dan slaih yaacob,,,jgn marah
Salam Kak Yati,
Hahahahaha.. lawak la teta ni
kak..lawaklah qaisara ni..geram betul intan tgk dia..pandai dan comel..hehehe..betul la jugak kan..kalau hantu comel mcm dia..tak ada siapa yg akan takut..suka lagi ada la..hehehe
kalau hantu comel cam teta.. mesti sume orang pakat2 ambik jadi anak angkat... xkesahlah hantu.. janji comel.. hahahahahahaa
hahaha.. mmg giler lawak! boleh gelak guling2 ni...
ada2 aje teta ni...
hehehe....qaisarah...qaisarah. tp kan kak, seronok ada anak mcm ni tau. happening!!!! nanti klu dia besar, gtee akak miss all these moments. tul tak..???
lawak betul-betul punya lawaklah teta ni.. ada je keletah dia nak bagi orang ketawa.. seronok ada anak macam teta ni kan.. hehehe..
esok bila dia 4 tahun lagi macam2 akai dia!! cam iklan susu tu....ampat tahun lah!!
alahai..qaisara sgt comel..^_^
hahaha...
ade2 je qaisara ni..
siap nk jd hantu katanya..
Hai Kak
Cutenya Qaisara.
hahahah, lawak tul qaisara. nih mesti sebab bibik selalu tengok anak kerak kat tv nih :)
ha ha ha. klaka la qaisara... ada2 jer gelagat dia nak bermesra ngn uminya. comel sgt pic qaisara yg ala2 cam antu kononnya tu. he he he
Aduh kelakau baca kisah lucu si qaisara nilah......macam2 yek.....
teta teta...
thumbs up utk teta...lawak tol...
sikit ari lg leh join raja lawak ni..hahaha...
hehehe..lawak tul qaisara..bijak teramat..
khakhakhakha...adoi kak naik sakit perut gelak n3 akak ni....
Salam semua..
Anak2 memang sering menghiburkan, apa sahaja kelakuan mereka..lahir dari hati yang tuluskan..
Dan kalau boleh, kita memang tidak mahu melihat itu anak terus membesar.tapi masakan kita nak bonsaikan mereka..he.he
Post a Comment