Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, July 27, 2009

KISAH DI PESTA BUKU

Pesta buku Selangor tidaklah sehebat pesta buku di PWTC, tetapi syukur sambutan amat mengalakkan. Bukan orang Shah Alam yang datang menjenguk sahaja, tetapi orang di Puchong bahkan di Seremban pun datang sama.

1. Mascomel datang sambil menyelam minum air. Mesyuaratnya sengaja diatur pada hari jumaat di Shah Alam semata-mata mahu berkunjungdi pesta buku dan berjumpa dengan saya. Syukur kami berjumpa tapi bila nak ambil gambar, kamera saya kehabisan bateri. Ciss..buat nama sahaja kamera cantik..he.he.he


2. Kelakar mendengar cerita Noami yang membawa kawannya Salina membeli buku di NB Kara. Noami ni seorang akauntan, regular customer kami. Kecoh sekejap booth nb kara. Salina baru lagi menyemai minat dalam membaca, dan kerana terlalu teruja membaca tanpa henti, beliau terpaksa ke klinik sebanyak dua kali kerana tidak cukup rehat dan tidur. Ha.ha..


3. Berjumpa dengan sepasang suami isteri yang memberitahu saya, beliau mengundi saya untuk buku popular anjuran Syarikat popular dan Berita Harian. Saya undi 20, isteri saya 20 kata beliau Mak aik..banyaknya. Terima kasih tak terhingga dengan pasangan ini. Kalau tak memang pun tidak mengapa. Tapi terharu dengan peminat yang berusah payah.


4. Aween datang bawak donut big apple. Comel sungguh dia. Khairullah yang paling suka sekali makan donut..ha.ha Thanks aween ya..


5. Ada seorang pembaca tidak tahu sama ada mahu membeli buku Chinta atau Billy Maligan. Khairul mengesyorkan supaya dibuat solat istikarah. Kami gelak satu gerai. Kemudian saya pula sambung, suruh pembaca tersebut tidur sekejap di surau untuk mendapat petunjuk. Peminat itu kemudian membeli buku Chinta dan tidak lama kemudian dia kembali semula membeli Billy Maligan.“Saya da selak Al-Quran..” kata beliau..ha.ha


6. Terharu dengan peminat saya yang memaki purdah Puan Rosmani, walau tidak melihat wajah dia tapi saya ingat suara dia. Dia pernah datang di PWTC dan hari ini dia datang lagi.


7. Qaisara ikut saya ke pesta buku. Merayau dengan bibik dari satu gerai ke satu gerai. Dan setiap kali balik, ada sahaja barangan yang dibawa baliknya. Kata adik saya Ateh, perangai siapa yang diikutnya kalau tidak perangai uminya. Huwah..ha.ha


8. Intan Naziela pembaca saya mula-mula mengirim suaminya membeli buku, lepas tu kerana tak puas hati esoknya dia datang sendiri…ha.ha..terima kasih Intan ya.. Dia dah baca Billy Maligan. Kata dia, dia baca dari jam 11 malam sampai 4 pagi. Khatam! Puas akak fikir siapa Intan. Rupanya mama hadif ya..


9. Dapat kunjungan daripada Kak Noor, Cucur atap, Notie, Wan Amyln, Kypo, Uda,Ila., Fadilah Maarif dan kawannya Asnah (kalau kat dalam tel saya bayangkan besar orangnya, kat luar rupanya comel aje) arulah saya tahu..nama uda yang sebenarnya Siti Zubaidah.…memang seronok sangat kalau jumpa dia orang.


10. Oh..jumpa Iaina yang selalu borak dengan Ina, Aina di dalam blog saya satu ketika dahulu. Iaina hari itu baru sahaja dengar dia mengandung. Rupanya dah bersalin dia. Cepatnya…tak sangka sungguh..


11. Berbual lama dengan pembaca dari Klang yang dilahirkan di Melaka. Dia membawa bersama suami dan dua anaknya yang handsome. Nama dia Che Puan, sedapkan nama tersebut. Orang Melaka punya nama memang pelik. Macam bapa sayalah. Ibrahim tapi kerana sebutan orang Melaka jadi Berahim..keh..keh. Seronok dengar anak sulong Che Puan yang membuat Medic di Russia bercerita. Hajat nak Ke Rusia belum lagi tercapai, dah dua tahun nak pergi. Tapi fikirkan nak apply visa susah sesangat..sedangkan, keluarga sebelah suami memang ramai yang duduk di Russia.


12. Semalam masa balik saya ke Giant dengan suami dan Qaisara, saya angin sekejap. Mana tidaknya. Seorang pekerja di situ bertanya apabila melihat si Qaisara mengekor saya.

“Kak, anak angkat ke?”

“Hah?” terbeliak mata saya mendengar pertanyaan yang tidak munasabah itu.

“Ahhh..ah..” perempuan yang bertanya itu tergagap-gagap mungkin terperanjat mendengar suara saya yang tinggi sungguh.

“Ini anak akak tau..” sambung saya lagi.

Dalam kereta saya cakap dengan suami saya. Soalan apakah ini? Sungguh kurang sopan. Penat sahaja saya mengandung, membawa ke sana ke mari Qaisara selama 9 bulan, sampai lembik badan saya, sampai saya hanya boleh makan susu dengan biskut kering sahaja. Ada ke patut orang cakap ini anak angkat saya? Kalau sesiapa pun pasti anginkan. Mentang-mentang anaknya comel emaknya langsung tak cantik. Suami bantai gelak sahajalah..keh..keh..




21 comments:

since1990 said...

hahaha..emaknya dh berusia mmg lah nmpk lain.klu remaja dulu agaknya lg comel dr anaknyew..ehhe

ameeza77 said...

pelik yer kak yati, ada sesetengah orang tu mulut meme x der insurance, bercakap sesedap hati jer :(

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati...
Tak sabar nak memiliki ABBM...teruja3x...hehehe

qaisara anak angkat???... tak sayang mulut ah tu orang yang keluarkan ayat camtu...suka-suki aje..
nasib tak keluar aura ***** cuma suara aje tinggi....hehehe

umminya masa kecik pun pasti comel cam anaknya jugak...kuah kalau tak tumpah ke nasi nak tumpah kemana lagi...(berperibahasalah plak...keh3)

dhan said...

jelesnya saya kak...
teringin sgt nak jumpa akk lagi... tapi nak wat camne... belum berkesempatan...:(

jahat tul mulut orang tuh.. selamba dia jer ckp camtuh... emosi saya.. hehehehehe

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

sronoknya XTVT die kt shah alam...
uitm cuti smggu,so jim dh blk kt umah parent & dikurung..hihihi..

klu ade kt shah alam,sure jim p serang kdai akak..kikiki..

psal owg kat GIANT tu,mulutnya sgt xde insurans...perlu ke tanya soalan camtu??busy body je kn??

Mrs.Sheikh said...

hahah...itu lah mentaliti org melayu kann... :P
takpe akak sabar.aje...
qaisara anugerah terindah kann

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

haha..mcm2 hal..

yg buku Chinta ngan Billy tuh sbb 2 buku tuh cover gbr lelaki...tu yg pening mau pilih tuh...sure pembaca tuh pompuan...

kehkehkeh

idasm said...

salam kak, seronok baca 13 coretan akak selama di pesta buku. Terharu pun ada, lawak pun ada.. kihkihkih. Siap dgn solat istikharah...
tp yg no 13 tu mmg kurang asam itu orang. ada ke patut tanya soalan cenggitu..
patut akak basuh sikit dia kak... (secara halus) hehe.. agar lain kali dia fikir 2 kali bila nak bertanya kat sapa2.

Qaisara..permata hati akak... pergi mana2 mesti jd perhatian ye kak...

ain said...

huwaaaaaa!!!!bestnya depa2 semua dpt jumpa akak. sy lum lg ada rezeki nak jumpa. dulu gi d mines akak x de.

kak yati...sy nak beli novel aku bukan billy milligan secara online. nanti akak sign yer!!!hehehe

yatie chomeyl said...

uisy kecik hati kan kalau orang tanya tu anak angkat ke? sekeh kang baru tahu orang tu isk3x ingat senang ke nak preggy pastu nak besarkan smp jd comel & cerdik cam teta sekarang ni..kan akak kan kan kan *tumpang emo plak hehehe*

Intanaziela said...

Salam Kak Yatie,
sungguh tak de insurans mulut orang yang bercakap tu yek...

seronok dapat berjumpa kak yatie..intan ada upload gambar kat blog intan, tapi time tu kak yatie pejam mata ler... :P apa pun ABBM memang best!

Sue said...

she indeed have ur features kak....suruh org tu tenung lama sket...mmg ada. lepuk sket tangan org tu :p hahahah

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

since..emaknya masa muda bukannya comel pong..keh..keh..

ameeza..memang orang2 ni kalau tanya soalan..ntah apa2 aje..

ha.ha..ibu june..kekadang tu penat gak dengan orang2 ni..kat pesta buku ari tu..ada orang tu masuk aje cakap..betul ke NB tulis semua buku2 ni..ALLAH2 sabar ajelah..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

dhan..dhan sekarang sibuk ya..tak apa buat kerja tu, nanti bila2 kita jumpa ya..

jim yelah, ITM tutup le pulak ye...Jim sihat ke?

mrs sheikh..memang betul..agaknya si qaisara rupa lain, persepsinya pun lainlah..

idasm..malas nak basuh2 orang, suami kata itu perkara kecil aje...dia ketawa2 aje dengar cerita akak..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nuar..pandai aje ko nuar..ha.ha..tapi cover akak skrg memang ramai lelaki..he.he.he

yatie..bukan rasa kecik hati aje, kita pandang orang yang tanya tu macam kecik aje..ha.ha..

Intan..thanks..akak da tengok gambar yang terpejam2 tu..keh..keh..

salam sue..memang kalau tenung lama2..ada rupa akak kata orang..hmm..mulut manusia mana boleh tutupkan

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ain..he.he..skrg bukan cuti sekolah, itu yang tak boleh jalan2kan..boleh ain..nanti akak sign..bisa diatur..he.he

Nor Azlina Yusof said...

Sama2 kasih kak..Ada rezeki jumpa lagi

shila said...

Kak yati.........
kisah anak angkat tu.... teringat masa dengan naufal...hahahha, naufal masa kecik puteh melepak macam cina. Ada member adek saya Ateh , pernah ty pada Ateh "Anak kakak ko tu anak angkat ek?".Sib baik lah Ateh tolong hanginkan hahaha.. kalu saya dukung Naufal pun org tanya saya kahwin mix ke? Kalu pi shopping selalunya Cina le suka cuit pipi Naufal. Hahaha laki aku Melayu tulen...Adatlah tu Kak Yati, bila si anak langsung sekaler dengan emaknya, saya dah le gelap ...anak pulak puteh hehehe

Muayyid said...

salam alaik..ni syafiq n syahir.2 org yg handsome tu..haha.mekaseh la selitkn citer ktorg ni dlm blog.mak ktorg suke gilerr..huhu

Zaimah Zakaria said...

Slm Kak Yati?
Saya pergi di pesta buku selangor
di Kompleks PKNS. Tapi masa tu dah petang dan agak terlewat . Saya dah pun beli buku " AKU BUKAN BILLY MILIGAN "di sana ingat nak suruh akak sain autograf. tapi akak dah pun balik. Memang dia orang tu tak sayang mulut ada ke patut cakak mcm tu.Ok akak jaga diri...

Faraha Hamidi said...
This comment has been removed by the author.