Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, July 1, 2009

FITNAH OH FITNAH

Hari ini apabila menerima berita dan cerita ini entah mengapa saya ketawa guling-guling!

Kononnya ada seorang penghantar menuskrip mengadu pada mamak penjual suratkhabar. Saya tidak menerbitkan karya beliau tetapi menciplak bukunya dan diterbitkan atas nama saya.

Aduh..fitnah ini bukan sekali dua saya terima. Terlalu selalu sangat dan saya sudah tidak marah lagi. Bahkan saya akan gelak besar.
Untuk pengetahuan sesiapa yang menyebarkan fitnah ini. Saya amat jarang membaca menuskrip yang di hantar kepada NBkara secara detail. Saya hanya akan membaca selembar dua dan terpulang pada ke dua-dua editor saya untuk mempertimbangkan sama ada mahu diterbitkan atau tidak.
Selepas mereka bersetuju, membuat editing barulah saya yang akan membacanya. Saya adalah proses terakhir yang akan membetulkan semua ayat yang berada di dalam buku tersebut, membaca dan berhubung dengan penulis dan memberitahu kesilapan mereka.

Lagi satu kebanyakkan menuskrip yang dihantar, jarang sekali memenuhi standard saya yang amat berselera besar, tetapi demi sayangkan bakat yang ada pada para penulis saya terbitkan dan sentiasa berharap mereka akan menjadi lebih baik dan baik di masa akan datang.

Jadi kesimpulannya bagaimana saya mahu menciplak karya-karya si penyebar fitnah kalau menuskrip yang datang tidak sama dengan standard penulisan saya.

Harap penyebar fitnah janganlah syok sendiri kerana selagi ada kudrat saya, saya akan mengembara dan membaca untuk penulisan saya yang akan datang. Saya tidak perlu mengambil menuskrip orang yang biasa-biasa sahaja di mata saya...sombong bunyikan..keh.keh..




10 comments:

dhan said...

macam2 jenis manusia ni kan k.yati... penyebar fitnah tu ingat karya dia tu besh sgt agaknya.. hahahaha.. tpkan k.yati... peminat mesti tau tu karya k.yati sbb gaya penulisan dan trademark tu mmg xlari... (dahlah ngadu kat mamak jual suratkhabar.. apa barang...) kalau berani report polislah hahahahaha

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

bagus kak, sesekali memang perlu berbunyi sombong...hengat diam2 kiter, diri boleh dipijak sesuka hati...

nuar tumpang emo sat...

go go kak!

yatie chomeyl said...

takpe sombong asalkan hasilnya berkualiti .. pembaca pon puas hati

NUN@ said...

euwwwww truk sungguh..kalu tak tgk nama penulis pun..bile baca dah tau yg itu akak nye karya..nie kan plak akak nk guna karya diorang..ishh..truk btol si penyebar fitnah ni..

ain said...

dah tak de org lain ke sampai ngadu kat mamak!hihi

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

akak hebat..
sbb tu ramai yg dengki..
i'allah klu akak dipihak yg benar,rezki akak akan terus melimpah ruah & dirahmati..

Unknown said...

tak terbayang kak yati ketawa guling2... ihikkkk..

selagi ade sikap cemburu & irihati, tak habis fitnah berputar...

Hanya Aku Dihatimu.. said...

Ada juga ke kak certa macam tu?siapa agak2nya ya kak?semoga kak sabar ja dalam dunia ni kita tak lari dari fitnah,kita berserah pada allah semoga kita terlapas dari fitnah kerana fitnah lebih teruk dari membunuh...kadang2 mereka cemburu tu kak..siapa Tak kenal NB?satu nama gah dalam bidang penulisan..semoga hasil2 buku2 kak masuk g ke Perpustakan Negara..

Intanaziela said...

kak yatie..intan membaca novel tulisan kak yatie dari terbitan creative lagi..dan sehingga sekarang..memang minat sangat dgn penulisan kak yatie.. semoga terus tabah menerima fitnah yang sebegitu.. :P intan pun nak belajar menulis manuskrip dr kak yatie boleh? hihihi

Anonymous said...

Saya sememangnya peminat tulisan dan gaya bahasa puan Yati....tahniah....bab fitnah sememangnya biasa....di Malaysia