Surau bapa saya ini akan dirobohkan juga. Ini akta tanah. Kami telah berbincang dan peguam memberitahu ada akta yang mengatakan kerajaan boleh mengambil apa sahaja tanah untuk pembangunan. Tidak boleh tidak tanah itu harus diberi. Dengan perkataan yang ringkas tanah dan surau itu tetap akan dirampas.
Sedih tengok ayah saya menagis. Mungkin selepas 15 tahun surau didirikan, setiap hari berjemaah beramai-ramai. Belajar agama dan bertadarus beramai-ramai di situ, dia sudah tidak boleh melakukannya lagi.
Namun saya beritahu ayah saya, jangan putus asa. Kita dirikan surau ditempat lain. Walaupun di beranda rumah pun ajaklah kawan-kawan bersolat berjemah bersama.
Duduk-duduk saya terfikir.
Apa nak jadi dengan Melaka ini. Sekolah hamil didirikan. Surau dan PASTi tempat anak-anak belajar dirobohkan.
Tidakkah kerajaan sedar, orang-orang yang berzina ini apa hukumnya? Ianya satu dosa besar dan hukumannya cukup berat seperti yang dinyatakan seperti Firman ALLAH.
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS. An Nuur : 2)
Kenapa kerajaan yang mendakwa diri mereka beragama Islam, Islam agama utama di Malaysia lebih mengagungkan orang-orang hamil ini daripada anak-anak yang mahu mendalami Islam?
Sebenarnya ketika saya menulis ini, fikiran saya begitu sedih sekali. Saya memikirkan masa depan anak saya, jika kerajaan masih tidak berpegang pada hukum Islam. Apa jadi dengan negara, apa jadi dengan generasi akan datang yang menjadikkan kita sebagai panduan.
Saya takut satu hari nanti, bila saya menceritakan pada Qaisara berzina itu satu dosa besar. Saya takut Qaisara akan memberitahu saya.
"Umi jangan nak bohong umi? Kalau zina itu dosa besar kenapa kerajaan bangunkan sekolah hamil?
Aduhhai..tidak dapat saya bayangkan!
12 comments:
kak..intan pun terfikir perkara yg sama...apa nak jadi dengan generasi akan datang kalau kerajaan tak beratkan soal agama..
NB.. ye pengambilan balik tanah namanye.. kerajaan berhak mengambil tanah tersebut utk tujuan pembangunan bagi kegunaan org awam.. tetapi cuba NB tanya dorg amik tanah tersebut utk pembangunan apa? kalau utk sesuatu yg tidak bagus... y not bawa ke mahkamah?
sedihnya kak...dunia akhir zaman, tanda2 kiamat makin dekat. maksiat berleluasa dan zina di anggap pekara biasa... mmg takut fikirkan apa yg akan anak2 kita lalui nanti
Kak yati....turut simpati dengan pak haji berahim. Apa lagi yg kerajaan melaka nak pulun bangunkan?? semata-mata nak kekalkan imej melaka maju tu??? bab sekolah hamil tu..Allah mmg sakit jiwa ja bila baca dalam paper..
Gulp! Tak boleh bayang kalau saya yang ditanya soalan tu. Apa nak dijawab?
apa nak jadi la dengan pemerintah sekarang ni...
pelikk sungguh!!!
akak NB..
kerajaan slalu ada alasan yg kukuh utk tegakkn benang yg basah..
Hukum hudud,kalu bukan sebab PAS pon,mmg WAJIB kita ikut.Apatah lagi,kita mengakui kita sbg sebuah NEGARA ISLAM...
Semakin hari Msia jadi semakin parah.Tapi takdak apa2 tindakan yg mampu kita buat.Sbb kita tidak bekerjsama..
Antara tanda2 dunia sudah sampai ke akhirnya,"pemerintah yg zalim dan tidak adil dihormati dn ditakuti kerna kejahatannya"
Waallahua'lam.
since beginning saye pon x stuju penubuhan skolah hamil tuh kak..
if dibangunkan utk kes2 teraniaya i.e rogol still can be accepted..tp yg terlanjur sbb berzina pon bley enter situ.mmg parah owhh!!!
btol tuh kak..sakit pala nk explain to the question..future seems cabaran lg hebat & mencabar..coz anak2 terlalu terdedah dgn gejala2 tdk sihat around them..
moga Teta tetap menjadi anak yg solehah & patuh pd ibubapa..Amin.. :)
Mencari Nama dan Popularity yang tak mengambil kira hukum dan hakam.
Itu lah yg terjadi di Melaka. Pakar Agama pun peluk tubuh, anggok kepala macam burung belatok..ikut jer!!
Berdoa lah agar Melaka di pelihara Allah, sebab keturunan ku dari Melaka.
kak sedihnya surau bapak akak nak dirobohkan.. tp ada satu kes kat gombak ria.. surau tu dibuat atas kutipan derma org ramai untuk kemudahan org makan2 di gerai berhampiran. Ada sorang hamba Allah yg komplen surau tu mengganggu..MPS pn kluar arahan nak dirobohkan..tp berkat solat hajat dan doa ramai2..smpai hari ni surau tu msh tegak..mudah2an surau pak yim terus tegak...amin!!!
Salam kak Yati,
kan Allah dah janji, kalau sesuatu diambil dari kita, kan akan digantikan dgn sesuatu yg LEBIH baik. Allah Maha Mengetahui
agaknya kalo atas tapak tanah tu ade tokong indu , depa berani ke nak amik..??/!!
benci sungguh la dgn situasi mcm ni... org Islam ditindas... yg menindas tu melayu pulak tu.... eiii, saya plak yg geram....
Post a Comment