Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 16, 2010

MARAH

Beberapa hari lepas jiran cina saya berkicau mulutnya bercerita.
Tampak dia benar-benar marah.
"Ada ke dia cakap saya ada boyfriend?"
Saya terpinga-pinga. Selama tiga tahun berjiran dengan dia, kami amat baik. Kami selalu menghantar makanan ke rumahnya dan dia kadangkala membuatkan kami roti atau kek.
"Kenapa ni?"
Tanya saya. Dia bukan sahaja marah tetapi sedih. Kata jiran saya, kawan dia juga duduk satu taman perumahan dengan kami memfitnah dia. Banyak kata-kata kawannya itu menyakitkan hatinya.
"Di hadapan I, bukan main manis mulut lagi. Tetapi di belakang I, ada dia cerita macam-macam pasal I. Cakap I ada boyfriend. Umi..umi tak nampak ke, I pergi hantar anak sana sini. Setiap masa I sibuk. Mana ada masa nak simpan boyfriend.."
Pasal menghantar anak itu saya tahu. Sebab kadangkala bila dia sakit, saya yang hantar anaknya. Saya sendiri kadangkala penat tengok jiran saya itu. Pagi hantar anak yang bersekolah pagi, tenghari anak bersekolah petang. Malam anak di hantar ke tuisyen. Kalau saya sendiri pun memang tak sanggup.
Saya tahu fitnah itu benar-benar mengores perasaan jiran saya. Yelah..kawan baik menikam dari belakang, apatah lagi cerita itu sampai ke telinga suaminya. Nasib suami jiran saya ini jenis yang percayakan isteri.
"Sabarlah. Orang macam tu sekejap sahaja tuhan balas.."
Saya beritahu jiran saya.
"Huh! Umi..I baru kenal dia, dia dah fitnah I macam-macam. I kenal umi dah lama dah..tak ada apa pun. Kadangkala sama satu bangsa pun dengki mendengki. Sakit hati I."
Benar apa yang dikatakan oleh jiran saya itu. Bangsa bukan menentukan manusia itu baik dan terlepas dari hasad dengki.
Saya sebenarnya lebih ramai jiran cina daripada jiran melayu, tapi setakat ini kami tidak pernah berbalah. Paling penting hidup berjiran ini, saling hormat menghormati dan apa sahaja masalah perlulah diselesaikan.
Bukan cakap belakang dan menyebarkan pada orang lain.



4 comments:

idasm said...

apalah motif org tu buat fitnah kat jiran akak tu yea.
sib baik suaminya jenis yg percayakan isteri. kalau tak boleh gaduh besar tu...

nurkass said...

salam kak yati..
kesian jiran akak..kdg2 bangsa sendiri lebih teruk dr bangsa asing..nauzubillah..

Hunny said...

salam kak yati,

tak sangka boleh jumpa u dalam blog. last time saya jumpa u di pesta buku di PKNS. ada tangkap gambar sama. Rupanya blogger juga.Salam singgah dan follow u di sini. Selamat Hari raya haji. Rupanya Teta dalam buku cerita tu, anak u..:P. Citer betul ke tu kak?

kakyong said...

Alhamdulillah, jiran2 saya belum ade yg mulut mcm ni.. minta2 dijauhkan dr perkara mcm ni..