Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, November 26, 2010

RAHSIAKANLAH PERTUNANGAN

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair).

Tetapi sejak akhir-akhir ini saya lihat di mana-mana sahaja terutamanya di FB, majlis pertunangan diadakan dengan begitu gah sekali. Siap pelamin dan berandam seperti mahu berkahwin.
Di dalam Islam sebenarnya ikatan pertunamgan bukanlah jaminan seseorang itu akan menjadi suami isteri satu masa nanti, ianya satu ikatan yang  amat longgar dan berisko akan terputus bila-bila masa sahaja. Bahkan lelaki dan perempuan yang bertunangan ini masih berada di dalam batas syarak, tidak seperti mana suami dan isteri.

Kenapa pertunangan harus di rahsiakan?
1. Bagi mengelak perasaan hasad dengki orang lain terhadap pasangan ini. Faham-faham sahajalah manusia ini, bila mendengar kawan sudah bertunang dengan orang itu orang ini. Mulalah terbit rasa iri hati dan cemburu.

2. Menjaga maruah seorang perempuan. Bayangkan ketika bertunangan tiba-tiba pertunangan itu putus. Sudah cantik menghias diri di hari pertunangan, mengambil gambar di pelamin dan dimasukkan ke dalam FB, tag orang sana tag orang sini. Tiba-tiba pertunangan itu putus. Bagaimana mahu diletak muka apabila semua orang bertanya kenapa pertunangan ini putus. Paling tertekan atau malu kalau ada orang sekeliling yang suka memfitnah membawa bermacam-macam cerita yang tidak benar, . Sudah pasti menambah beban kecewa seseorang yang putus tunang. Sudahlah putus tunang itu membebankan perasaannya campur lagi fitnah. Mahu merana berminggu bahkan berbulan-bulan.

3. Memberi ketenangan pada pasangan yang bertunang ini, memperbaiki diri dan mengenali pasangan masing-masing. Ketika inilah bakal isteri dapat mengetahui dan melihat sama ada bakal suami seorang yang beriman, rajin beribadat dan bertanggungjawab tanpa dipengaruhi oleh orang sekeliling.

Di dalam Islam, sesuatu perkara yang ditegah mempunyai alasan yang sebenarnya untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Tetapi berapa ramai yang mematuhinya. Terutama di zaman sekarang ini? Ramai yang beranggapan pertunangan adalah tiket untuk pasangan lelaki perempuan ini untuk ke sana ke mari, bergambar melekap pipi untuk diletak di FB. Sebab itu pertunangan yang terlalu lama tidak digalakkan supaya ruang untuk membuat maksiat dapat dielakkan.

Jadi pada yang mahu bertunang itu, tak perlulah digembar gemburkan pertunangan dan berkahwinlah secepat mungkin selepas pertunangan dijalankan....


6 comments:

Marzalina said...

salam kak NB

terima kasih atas ingatan ini..intan pun selalu sangat berfikir perkara yg sama seperti kak...sekarang ni orang bertunang dah mcm orang kawen..ambil gambar berdua..lekap2 pipi...ishh..intan mmg tak suka n tak setuju...intan selalu kata dlm hati..kalaulah aku bertunang..aku taknak letak gambar kat FB..hehe..insyaallah...dan seboleh2nya intan tak nak heboh2kan sebab kalau tak menjadi buat malu muka aja...lagipun pak MGM tak pernah ajar buat mcm tu hehehe.

Insyaallah..mudah-mudahan jika jodoh semakin dekat...kita semua dapat mengamalkan syariat agama islam supaya keberkatan itu ada dlm perhubungan.

KATA HATI.... said...

http://ombakbirulaut.blogspot.com/2010/11/pertunangan.html

Ana Rashidah said...

kak yati, saya setuju sangat-sangat. lately ni orang bertunang berebut-rebut nak gah siap berpelamin bagai, upah photographer mahal, berpakaian mahal sedondon, berhantaran mewah, berkenduri-kendara pasang khemah. daripada membazir duit bertunang, kenapa tak terus langsungkan je pernikahan. saya tak faham konsep pertunangan sekarang. orang dulu2 bertunang bertujuan untuk saling kenal-mengenali antara pihak lelaki dan perempuan selepas berta'arufan. bagi saya tak relevan pertunangan zaman sekarang ni sebab pasangan masing2 dah lama saling bercinta. kenapa tak mereka buat yang wajib saja. kenapa perlu bertunang setahun dua, sedangkan mereka dah tahu yang at the end of the day derang nak juga buat persiapan perkahwinan. kenapa perlu nak bazir duit dengan bertunang yang bagi saya persiapan mewahnya mengalahkan majlis pernikahan.

bagi saya tak de masalah nak bertunang, tapi biarlah dalam majlis yang sederhana yang dihadiri oleh saudara-mara terdekat sahaja. ini majlis pertunangan pun siap jemput saudara-mara jauh dan sahabat handai. kalau dah meriah macam tu, baik jangan membazir teruskan dengan majlis pernikahan je. sebab nak buat majlis kenduri sekarang ni pun bukan setakat belanja seribu dua. kalau dah nak sewa khemah dan kelengkapan, sewa pelamin, upah mak andam, sewa pakaian, hantaran, door gift pun ada pulak tu, mau juga makan hingga 2-3 ribu.

lagi satu saya tak berkenan masyarakat islam sekarang terlalu mengikut konsep perkahwinan bangsa asing sebagai contoh, pre-wedding photo session. bergambar mesra, berpelukan, berpegang tangan dan sebagainya sedangkan masing2 belum lagi sah diijab kabul. buatnya di hari yang dijanjikan, salah seorang mungkir atau dijemput pulang olehNya, bagaimana pula nak berhadapan dengan hakikat?

mira said...

mohon share entry ni. :)

Unknown said...

kak,
la ni bertunang dah mcm kenduri kahwin..

adik ipar saya (adik suami) pun baru putus tunang.. sian plak saya tgk bakal biras saya tu.. nampak baik budaknya, bukan mcm saya yg agak lantang/lancang... masa harijd adib tu, bakal biras ni pun ade.. rupanya dia dtg nak pulangkan balik cincin... sbb saya nampak dia tenang mcm biasa, xde la nak pk apa2.. saya gurau2 biasa je la dgn dia.. lepas dia dah balik baru saya tahu hal sebenarnya...

masa bertunang tu siap buat photobook bagai.. tak sampai 4 bulan dah putus..

Anonymous said...

Kak, nak minta share entry ni kat FB boleh?