Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 24, 2010

KURANG MENGHARGAI

Setiap kali balik kampung, saya selalu menyusuri jalan-jalan yang pernah saban hari saya lalui satu ketika dahulu. Kadangkala saya tunjukkan Qaisara jalan di mana saya sering berjalan kaki ke tempat menoreh getah. Qaisara hanya terkebil-kebillah bila mendengar bibik berkata jauhhhhnya.. Dia bukanlah mengerti sangat apa sebenarnya berlaku, bahkan dia tidak tahu apa itu menoreh getah. Insya-ALLAH jika dia besar sedikit saya akan bawa dia masuk ke kebun atuknya melihat bagaimana atuk dan uminya menoreh supaya dia tahu asal usulnya. Agar dia menghargai kehidupan yang dilaluinya dengan penuh rasa syukur.
"Budak-budak sekarang kurang bersyukur kerana tidak melalui proses kepayahan. Tengok macam nak makan ayam, minta aje umiiii..nak ayam goreng, maka tersedialah atas meja."
Baru-baru ini ketika berada di kampung, saya berbual dengan kakak saya Mijah mengenai banyak perkara termasuklah menyentuh mengenai hal anak-anak yang kurang menghargai apa yang mereka miliki.
"Memang betul pun.." balas saya.
"Proses kepayahan mendapatkan ayam goreng itu tidak mereka lalui. tak ingat macam kita dulu. Bagaimana proses untuk dapat makan ayam begitu seksa sekali"
Sambung kakak saya. Ya.saya masih ingat. Beberapa hari sebelum raya, kami akan bersedia untuk mengejar ayam untuk disembelih. Kenapa saya menyebut raya. Kerana masa raya sahajalah kami dapat makan ayam. Selalunya 4 ekor. bekejarlah kami adik beradik cuba mendapatkan ayam yang kadangkala lebih pantas berlari dari kami. Kalau kaki tersadung akar pokok, kami mencium tanah. Kadangkala bila sudah dapat, disembelih ayam hidup balik dan boleh berlari sana sini .Kalau ingatkan balik memang lucu.
"Ingat kita putih mata, bila seekor ayam yang babah semebelih, tercegat hidup semula dan berlari sana sini?"
Kami ketawa mengingatinya keajaiban tersebut. Kerongkong sudah putus pun ayam tersebut boleh berjalan sana sini dan mati beberapa hari kemudian.
"Itu belum proses mencabut bulut, membakar bulu halusnya. "
"Yelah tahu sahajalah bulu ayam kampung amat liat.." balas saya.
"Proses dan kepayahan untuk mendapatkan ayam ni menimbulkan satu kepuasan buat ketika dan jerit perit untuk mendapatkan seekor ayam ini membuat kita lebih menghargai ayam yang kita dapat. Bukan macam budak sekarang, salah masak aje kadangkala mereka tidak mahu makan.."
Apa yang kakak saya cakap itu memang benar. Anak-anak sekarang tidak melalui proses kepayahan. Semuanya sudah tersedia, namun hendak menyalahkan mereka 100 peratus tidak boleh juga sebab ramai ibu bapa sekarang ini kalau boleh mahu menyediakan semua keperluan anak-anak dengan seberapa baik. Mereka tidak mahu anak menjadi susah macam mereka satu ketika dahulu. Tetapi tanpa mereka sedar mereka membuat anak-anak kurang menghargai apa yang mereka ada.



6 comments:

Leeza said...

Za sudah melalui kesemuanya kak dan sebab itu setiap kali bersyukur dengan kehidupan sekarang. Ayam dulu rasanya lebih sedap dari ayam sekarang....

Fadhilah Maarif said...

salam kak,

saya dulu juga merasa zaman kejar, celur dan panggang ayam nie. seksa rasanya.. tapi seronok.

Betul, budak sekarang tidak menghargai sebab apa yang diminta
senang je dapat.

Rizziela said...

saya juga pernah melalui zaman susah..insyallahl..akan saya ingatkan anak saya..kesusahan itulah yg mengajar kita menjadi lebih tabah & bersyukur

Marzalina said...

MAK INTAN PUN SELALU CAKAP PERKARA YG SAMA...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

mmg kak, anak2 skrg kurang menghargai kerana mereka dah tak rasa mcm mn yg dikatakan susah..

kakyong said...

sama lah kak..
mcm fikri.. suka2 jer request, nak ayam goreng.. bila ayam xde , kena suruh dia jenguk sendiri dalam freezer...

kdg2 saya plak jd stress bila anak2 main 'order' jer nak makan apa.. sbb dlm byk situasi depa ni x reti nak 'tunggu sekejap'.. nak dan-dan tu jugak....