Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, November 19, 2010

HARI RAYA KORBAN

Hari raya korban tahun ini,  dilalui seperti tahun-tahun lepas. Tetapi ada peristiwa kecil yang sedikit mencalarkan hari raya korban kala ini. Selepas berbelas-belas tahun mengadakan korban di surau ayah saya. surau itu mungkin dirobohkan dan  ada satu karektor yang tidak berpuas hati dengan bahagian yang didapati. Tetapi kami ambil pendekatan, tak mengapa. Ambillah bahagian kami sesiapa mahukan.
Bila saya bercerita dengan suami perkara yang terjadi suami ketawa. Kata dia berpuluh tahun dahulu, dia mengadakan korban dengan dua orang lagi sahabatnya. Tetapi cuma yang datang ketika korban diadakan, seorang sahaja . Bersama sahabatnya nan seorang ini suami dengan beberapa pertolongan jiran menguruskan korban ini.
Selepas disedekahkan mereka ambil bahagian masing-masing termasuklah mengenepikan bahagian pada seorang kawannya yang tidak hadir.
Bila segalanya selesai barulah kawannya itu menampakkan wajahnya dan bertanyakan, kenapa dia tidak dapat daging batang pinang. Kata suami sudah diberikan pada jiran tertangga.
Maka mengamuklah kawan ini dengan macam-macam perkataan yang tidak seharusnya keluar, memaki hamun suami dan seorang lagi sahabatnya..
"Mereka tidak menghayati konsep korban itu.."
Saya beritahu suami. Kita berkorban bukan mahu merebut bahagian tetapi sebenarnya daging korban itu harus diberi kepada fakir miskin. Namun senario sekarang jika dilihat, orang kaya dan berada pula berebut-rebut mahukan daging tersebut.
Suami mengiakan sahaja, Kata suami manusia yang tamak ini susah mahu mengerti apa konsep korban ini.
Bagi saya pula, setiap tahun saya mengadakan korban sebanyak 3 bahagian. Daging yang saya dapat itu, biasanya saya pack kecil-kecil. Saya suruh pembantu rumah memberikan pada rakan-rakannya yang jarang dapat makan daging lembu di rumah majikannya. Sehingga ada kawan-kawannya bertanya apakah saya tidak marah kerana pembantu rumah saya memberikan mereka daging? (rata2 di kawasan saya ini setiap rumah ada seorang pembantu rumah)
Selebihnya saya masak dan saya jamu pengawal keselamatan yang menjaga kawasan rumah saya.
Itu rasanya lebih afdal, dari saya beri jiran tertangga yang mempunyai tiga biji kereta dan tiga  buah rumah...


9 comments:

Marina Monroe said...

korban sekarang di agih2kan pada org2 yg 'mampu' org2 'senang' di taman2..

Kak Aya said...

betul....orang tidak begitu memahami konsep korban....

Fazlinil Irma said...

dah 3 tahun sy berhari raya di london. kat sini takde korban. hanya solat sahaja.

nampaknya, korban di msia dah berubah sedikit. tak mcm dulu.

Hamizah said...

afdhalnya sedekahkan brg yg plg kita sayang atau suka,kan?

yatie chomeyl said...

dah kaya pastu tamak pulak isk3x...semoga di jauhkan sifat ini dari diri kita

slmt hr raya kak yati :)

Rizziela said...

baguslah akak ni

Sekarang ni memang dah jadi trend..mereka yg ada pangkat & kaya plak dapat bahagian yg banyak..yg miskin kadang kala x dapat langsung..pelik kan?

Haiza said...

Salam,

Saya bersetuju dgn aper yg kak yati nyatakan...mmg konsep korban kini telah disalah ertikan..korbankan lembu seekor...diri sendiri dan sahabat2 yg berkemsmpusn ysng dapat...tepuk dada tanya selera...

p/s : Kirim salam kak mijah yer..

NB KARA said...

kak nani betul sangat, lepas tu ada yang gaduh tak dapat. Yatie beritahu suami, jangan ambik daging korban kecuali bahagian kita yang kita korbankan. Kalau kat kg dia bagi kupon, suami dapat kupon itu dan boleh tukar dgn daging. Yatie suruh bagi sahaja pada sesiapa.


Kak aya, dah lari dah konsep korban tu sebenarnya.

Fazlinil..sekarang ramai orang mengadakan korban, orang dah bertambah senang..

NB KARA said...

Mizah..memang benarlah, skrg ramai dah buat korban tiap tahu tapi masih berebut daging..

selamat hari raya yatie, itulah. Sebenarnya korban ni ada tatacaranya yang harus diikuti tetapi orang lupa agaknya..

Rizziela..itu kira hubungan dua hala dengan pengawal keselamatan juga tu. Dia akan selalu jenguk rumah kami, bila kami tak ada..he he..

Haiza memang betul tu, bila beri kepada pembantu rumah yang akak kenal dan baik, nampak sangat mereka benar-benar gembira. Kasihan menengoknya..