Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 25, 2010

BELANGSUNGKAWA

Hari minggu lepas saya ke Mid Valley, masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual pakaian kanak-kanak. Saya membelek-belek sehelai pakaian kanak-kanak. Cantik! Desis hati saya. Saya bertanyakan 3 warna yang sama tetapi sayangnya cuma ada dua sahaja. Jadi saya batalkan niat saya untuk membeli. Sebelum raya yang lepas pun saya ke sogo. Saya mahu membeli 3 gaun kanak-kanak yang sama, warna yang sama. Tapi tak ada yang berkenan di hati. . Jadi saya hurung dulu niat saya membeli dan saya fikir nantilah bila-bila masa saya cari lagi ditempat lain.
Tapi sekarang ada sesuatu yang saya  amat saya sesali.
Mesti ada tertanya untuk apa gaun 3 warna yang sama untuk kanak-kanak?

             Salah satu gambar yang ada di dalam inbox saya. Gambar kembar 3 yang baru sahaja kehilangan bonda tercinta.


Saya kenal ibu anak-anak  Aishah Tawang (dalam FB Aishah Aizul) ini apabila dia menghantar email kepada saya. Kemudian persahabatan itu disambung ke dalam FB. Di dalam hati memang berkali-kali mahu berjumpa dengannya dan menjenguk anak kembarnya. Tetapi ada sahaja halangan. Niat saya tidak pernah saya beritahu pada sesiapa pun kecuali pada pembantu saya. Saya memang tidak suka berbuat janji, kalau saya mahu pergi berjumpa seseorang saya akan berbuat temu janji sehari atau beberapa jam sebelum bertemu. Saya takut saya termungkir janji.

Selalu dia berinbox dengan saya, menghantar gambar anak-anaknya. Bahkan dia pernah meminta nasihat saya bagaimana mahu melayan pembantu rumah. Saya beritahu dia anggap sahaja pembantu rumah sebagai ahli keluarga. Kadangkala kerana kekangan waktu inboxnya tidak saya balas. (beliau mempunyai 3 orang anak lagi selain anak kembar)

Pagi Isnin saya terfikir mahu menulis mengenai kematian. Tidak tahu jiwa saya gelisah pagi itu mengingatkan kematian. Pagi itu saya tahu Aishah masih lagi sihat, ada di FB. Dia kelihatan di FB dalam pukul 4 petang tetapi malamnya. Ada seseorang menulis di wallnya mengenai pemergian beliau, tetapi saya tidak perasan.

Saya hanya tahu apabila seorang teman FB Azahari yang mempunyai anak kembar menulis di wallnya mengenai pemergian Aishah. Saya amat-amat terperanjat dan serta merta saya menangis.

Ya ALLAH, memang berkali-kali saya mempunyai niat mahu berjumpa dengannya. Tetapi ada sahaja tertangguh kerana masalah yang kecil. Saya sesal dengan perangai saya yang menangguhkan sesuatu yang baik. Saya kesal kerana tidak dapat berjumpa beliau.
Semalaman saya teringatkan beliau, rasanya kalau diputarkan semula masa yang berlalu saya tidak akan bertangguh berjumpa dengannya.
Semuanya kuasa ALLAH, ALLAH yang menentukan kematian manusia yanng tidak tertangguh walau sedikit pun.
Doa saya moga beliau ditempatkan di golongan orang beriman. Untuk suami beliau cikgu Zul, saya tahu tidak ada ayat yang dapat mengubat kesedihan di hati beliau. Sebagai manusia hanya boleh saya beritahu beliau, tabahlah, ingatkan ALLAH, ingatkan anak-anak. Saya akan mendoakan dari jauh..
Aishah akak tetap dalam kenangan saya. Satu pengajaran yang saya kutip di sini, jangan bertangguh bila mahu melakukan sesuatu kebaikan.




13 comments:

Affieza said...

Kita hanya merancang..tuhan yg menentukan segalanya...

Sgt sedih kn xberpeluang jmpa ngn dia wlpn dah ada niat ke arah itu...

mizz sue said...

Samelah kite berdoa..su pun baru tahu rupenye opis arwah hanya sebelah ofis su..xsempat nak berkenalan lebih..

yatie chomeyl said...

sedihnya bila fikirkan nasib anak2 arwah seramai 6 orang tu kan kak..smeoga mereka baik2 saja...insya Allah

e.l.i.s.s.m.i.e said...

dia pun ada belog kan.terbaca dr blog mamakembar3 hari tu.Al-fatihah.

Ummi said...

al fatihah utk arwah..masa blogwalking tau kisah arwah..walau tak pernah kenal tp sedih mengenangkan anak-anak yg masih kecil..

Madam Casper said...

kak yati..
alfatihah untuk arwah. dia sakit apa ya kak??
Saya pun masih ada janji yang tak tertunai. X-office mate, sakit brain cancer dah stage 3 dok tertangguh nak jenguk dia..

NisaUsoff said...

innalillah... comelnya anak2 arwah.. uff sedih plak...

ika~~ said...

td BW br dpt tau kematian arwah..
al fatihah~

Ikin Othman said...

betul, perkara yang baik x patut di tangguh2 kan, arwah ayah tinggal kan kami sekeluarga pada 27hb 10 yang lepas. sblm arwah meninggal, kami 6 beradik ada merancang untuk bawa arwah naik flight. sbb die mmg terinigin betul nak naik kapal terbang katanye. dari awal kami rancang dan rancang sampai arwah da mula lumpuh seminggu sblm die menghembuskan nafas terkahir. rasa menyesal x sudah2 sbb x dpt penuhkan impian arwah. apa yang mampu saya buat sekarang, cuma percaya pada ketentuan tuhan. percaya pada qada' dan qadar.

HirumaKecil said...

Saya pon ada pengalaman macam ni... Kawan masa sekolah dulu... Satu dorm pulak tu... Pernah ym ngan dia, cadang nak jumpak bila balik kedah masa reunion, tapi 2 bulan lepas tu dia dah meninggal denggi... Menyesal x jumpa dia awal2, padahal dia kat Shah Alam ja, saya kat Bangi.. Saya selalu juga pegi makan kat shah alam.. Rasa terkilan sebab x ajak dia jumpa... bila teringat balik,walaupon x nangis tapi rasa bergenang jugak la air mata, rasa sebak ja....

kakyong said...

kak,
saya pun kenal aishah dr blog akak.. sedih benar terasa bila tahu dia dah pergi...

semoga suami & anak2 Aishah dpt melalui nya dengan tabah..

saya sellau terbayang2 bgmn lah anak2 sekiranya umur saya tak pjg....

poppycock said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad said...

saya pelajar jpa di india.. sebelum fly arwah ada masa briefing.. saya sempat bergurau dengan arwah sebab nak pinjam pen.. selepas briefing kami bergambar sekali ramai2... sebelum balik arwah ada mintak suruh email gambar tu.. tapi banyak kali saya tangguh sebab tak pasti memang arwah nak atau tak.. tapi baru2 ni baru saya tahu arwah meninggal.. sebak pulak rasa... baru tahu arwah seorang blogger, mungkin dia memang betul2 nak gambar tu.. arwah sempat hantar kami ke airport.. saya pasti arwah seorang yang penyayang.. kesian anak2 yang masih kecil tu.. semoga arwah termasuk dalam golongan yang baik2 di sana... :(