Gunung Merapi berterusan menyemburkan awan panas selepas meletus lagi pagi semalam.
YOGYAKARTA - Lahar sejuk yang mengalir deras selepas Gunung Merapi meletus pada tengah malam kelmarin membanjiri sungai-sungai di sekitarnya dan menyebabkan penduduk di kota itu cemas.
Gunung Merapi terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar ini yang dihuni kira-kira 400,000 penduduk.
Hujan lebat yang turun semalam membawa lahar sejuk yang mengandungi lumpur, pasir, belerang dan abu volkanik melimpahi tebing Sungai Code di sana semalam.
Seorang pegawai tempatan berkata, amaran berwaspada sudah dikeluarkan tetapi sama ada banjir lahar sejuk itu bakal membawa kemusnahan banyak bergantung sama ada berlaku hujan lebat pada hari ini.
Terdahulu, lahar panas yang mengalir deras sejurus selepas letusan Gunung Merapi pada tengah malam kelmarin telah memusnahkan tujuh buah dusun di sekitar lerengnya selain padang Kelab Golf Merapi.
"Tujuh dusun sudah hancur dibakar lahar panas selama dua hari dari Jumaat hingga Sabtu," kata seorang pegawai tempatan, Heri Suprapto, di Sleman.
Dalam perkembangan berkaitan, angka kematian keseluruhan sejak Gunung Merapi mula meletus pada 26 Oktober lalu kini meningkat kepada 138 orang..
Seorang pegawai di Hospital Sardjito di sana, Sigit Priohutomo berkata, sekurang-kurangnya 94 orang terbunuh dalam letusan Gunung Merapi kelmarin.
Sejumlah 44 lagi terkorban dalam letusan pertama gunung berapi berkenaan.
Mengetahui merapi meletus terperanjat juga saya....
Mei lepas saya baru mendaki merapi ini bersama dengan keluarga saya termasuklah, ayah dan emak tiri saya. Pemandangan ketika itu memang aman sekali. Kelihatan banyak sungguh lori-lori pasir yang berebut memengumpul lanar dan pasir hitam untuk di bawah turun. Bahkan di sepanjang perjalanan turun, ada beberapa lori yang pancit tayarnya kerana muatan melebihi keupayaan tayar lori.
Taburan lori-lori yang sedang mengangkut pasir hitam digunung merapi ini.
Sepanjang perjalanan ke merapi, sana sini orang berjualan. Begitu aman sekali. Saya tahu banyak ladang yang musnah di lembah merapi ini akibat letusan lanarnya. Sedih mendengarnya tetapi semuanya ketentuan ALLAH, Lanarnya yang maha panas sehingga 600c tidak memungkin mana-mana makhluk ALLAH di muka bumi ini akan hidup. Ianya hangus begitu sahaja apabila terkena lanar tersebut.
Ini lanarnya yang sudah mengering, menjadi baja yang cukup ampuh untuk pelbagai tanaman. Mungkin satu masa nanti saya akan cuba menjelajah lagi Gunung Merapi ini. Saya memang sukakan gunung dan saya rasa tidak serik menaiki ke mana-mana gunung.
Kalau nak mati..atas katil pun boleh matikan?
2 comments:
mcm2 dugaan..gunung berapi...tsunami..moga sabar atas dugaan ini...
mcm2 bencana..mungkin dunia makin hampir ke penghujungnya...subhanallah
Post a Comment