KISAH menarik perlu dihayati bakal penghuni syurga adalah seperti sabda Rasulullah SAW kepada sahabat, “Sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk.” Mendengar khabar itu semua mata btertumpu ke pintu masjid. Dalam fikiran sahabat, terbayang watak orang yang luar biasa.
Tiba-tiba masuklah seorang lelaki yang mukanya masih basah dengan air wuduk. Penampilannya biasa saja. Ia bukan orang terkenal iaitu Abu Umamah Ibnu Jarrah. Keesokan harinya, peristiwa serupa berulang, demikian pula hari ketiga. Sahabat menjadi hairan, amalan apa dimiliki orang itu hingga Rasulullah SAW menyebutnya calon penghuni syurga.
Di kalangan sahabat, Abdullah bin Amr bin ‘Ash, meminta izin kepada Abu Umamah untuk menginap tiga hari di rumahnya. Tiga hari tiga malam, Abdullah memperhatikan, meneliti bahkan mengintip tuan rumah. Namun tidak ada satu pun yang istimewa. Hari dilalui tidak jauh berbeza dengan sahabat lain. Ibadatnya pun biasa saja.
Pasti ada sesuatu yang disembunyikan. Aku mesti berterus terang kepadanya, ujar Abdullah. Ia pun bertanya, amal apakah yang engkau lakukan sehingga Rasulullah SAW memanggilmu calon penghuni syurga? Jawapan Abu Umamah sungguh mengecewakan, “Apa yang engkau lihat itulah.”
Ketika Abdullah hendak pergi, tiba-tiba tuan rumah berkata: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku tidak pernah iri hati dan dengki terhadap nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. Sebelum tidur, aku selalu bersihkan hati daripada ujub, takbur, dengki dan rasa dendam.”
Hanya orang bersih hati yang akan memasuki syurga tertinggi, juga bertemu dengan Al-Khaliq, Allah Azza Wa Jalla.
aku bukan budak baik
9 months ago
3 comments:
Wajah yang bersih belum tentu bersih akan hatinya, tapi yang bersih terkadang terlindung disebalik keburukan rupa, biar insan hanya menilai dari luaran yang mengetahui tetap DIA. Siapalah kita untuk menghukum sedangkan diri sendiri belum tentu sempurna dimata ALLAH apatah lagi dimata INSANI.
saya ni bila susah xde duit ni.. irihati juga tgk org... irihati sebab x mampu nak sediakan utk keluarga sendiri.. ntah lah...
terima kasih berkongsi kesah ni kak..
mmg Tuhan jadikn syurga satu tempat utk hambanya..Bukan susah utk masuk,tapi kita ni yg tak mau belajar dan tak mau beramal dgn cara mudah nak masuk Syurga mcm yg Tuhan beritau tu..
mai la kita saling mngingatkn..
timakasih akak NB =)
Post a Comment