Cuti sekolah sudah bermula. Jadi aktiviti pertama saya bersama anak-anak, iaitu Ojan, Akim, Qaisara, Bibik pergi mnenonton wayang. Kami menonton Ranpunzel Tangled. Tempat biasa kami kalau tidak di Jusco Cheras Selatan sudah pasti di Mines. Panggung di Mines baru selesai diubah suai dan kami mendapat panggung yang terbaru sekali. Tidak ramai orang ketika kami menonton mungkin tidak ramai yang berminat dengan cerita animasi.
Sinopsi Cerita.
Seorang wanita tua bernama Gothel saksi tunggal sinar matahari menyentuh tanah, mencipta bunga ajaib dengan kemampuan untuk menjaga dirinya muda . Berabad-abad kemudian, ratu sebuah kerajaan besar jatuh sakit ketika mengandungkan putrinya. Ratu hanya boleh sembuh dengan meminum air daripada bunga ajaib yang disembunyi oleh Gothel, Pengawal dapat membawanya kepada ratu. Bunga menyembuhkan ratu dan ia melahirkan seorang gadis bernama Rapunzel, yang datang untuk mewarisi sihir bunga melalui rambut panjang emasnya. Suatu malam, Gothel menculik Rapunzel di menara dan kemudian membesarkan Rapunzel sebagai anaknya sendiri. Namun, setiap tahun pada hari ulang tahunnya, kerajaan melepaskan lentera ke undara untuk melepaskan kerinduaan pada puteri mereka yang hilang untuk kembali.
Lapan belas tahun kemudian, Rapunzel yang mempunyai rambut panjang yang sungguh luarbiasa, mengatakan bahawa dia ingin melihat lampu lantera yang terapung di udara yang muncul pada hari ulang tahunnya, tapi Gothel menolak dengan mengatakan Rapunzel bahawa dunia adalah tempat yang berbahaya.
Saksikan cerita animasi yang sangat cantik dan comel. Walau ceritanya agak simple tapi penuh nilai persahabatan dan kasih sayang.
Qaisara sangat-sangat gembira menonton cerita animasi ini. Ojan pula berangan satu masa nanti dia boleh membuat animasi yang secantik begini.
Cerita animasi ini sesuai untuk ditonton oleh semua generasi..
Saya sendiri lebih suka melihat cerita animasi seperti ini, dari melihat cerita propaganda barat yang sejak akhir-akhir ini agak memualkan.
6 comments:
x berkesempatan nak tgk lagi... -.-
ida mmg suker citer yg macam ni. animasi ke biasa ke mmg suker. tp sekarang xde masa nak pg tgk wayang.
Citer ringan..elok utk kanak2
cerita ni memang best, lagi2 tengok 3D.. memang puas sangat
kdg2 film mcm ni lagi best, utk berhibur and take positive vibes from them.
aah, citer ni mmg best...., bdk2 tgk dkampung, kami berdating disini...
Post a Comment