Qaisara memang seorang yang agak bermurah hati. Satu hari ketika seorang kawannya datang ke rumah, saya terdengar dia bertanya dengan kawannya.
"Kasut awak dah teruk. Awak nak kasut kita tak?"
Saya dapat menangkap perbualannya . Qaisara ni kasut manalah yang hendak diberikan kepada kawannya? Saya terdengar kawannya berkata.
"Nak.."
"Hey..itu jangan. Itu kasut yang saya nak, ..Awak ambik yang ini.. Umi bolehkan..."
Bergesalah saya keluar bila Qaisara memanggil saya.
Ini kasut dari Tesco murah harganya. Enggan diberi oleh Qaisara kepada sahabatnya.
'
Kasut ini yang diberi oleh Qaisara kepada kawannya.
Bibik terkebil-kebil bila melihat kasut yang hendak diberi Qaisara kepada kawannya. Sebab itu adalah kasut yang agak mahal, ratusan ringgit. Dia sayangkan kasut ini. Tapi saya perasan Qaisara tidak gemar sangat memakainya, kerana kata dia panas.
Saya pujuk bibik, saya kata tak apalah.
Paling kurang kasut itu tidak buruk di makan panas matahari.
Ada orang memakainya.
Bibik pula beritahu saya, simpanlah untuk anak buah saya yang bakal lahir. Manalah tahu dapat anak buah perempuan.
Aduhai..lamanya lagi mahu menunggu. Ha ha ha.
Dua anak buah saya bakal lahir, tapi dari pengamatan saya..mungkin anak buah lelaki lagi.
Seorang dari adik saya
Seorang dari kakak ipar saya.
Macam mana saya tahu?
Hmmmm.......kalau tekaan saya benar. Allah maha mengetahui
Kalau tekaan salah, Allah juga maha mengetahui..
10 comments:
Alhamdulillah. bagus qaisara. bagi kasut yg paling baik utk kawan dia.
kalau saya yg dah besar ni pun sayang nak bg barang kesayangan yg mahal. fikir sampai 2-3 kali.
Anak2 kecil memamg macam tu...bagi depa yang penting selesa..harga?..ada depa kisah..hehehehe...kita sayang sebab kita yang keluarkan duit beli barang dia...Anak2 saya pun macam tu ..yang mahal tak berpakai tapi lebih seronok pakai selipar yang selesa...yg tak selesa simpan sampai dah tak muat pakai...baik jugak Qaisara pemurah bagi kat orang daripada simpan kat rak kasut...
Uwaaaaaaaaaaaaa menangis saya terkejut sebab sayapun sukakan kasut itu. Itu kasut mahal yang dibeli di The Spring, Kuching. Tapi kalau Qaisara tak suka memakainya nak buat camner, biarlah kawannya pakai...uwaaaaaa.
Baiknya Teta..kasut yg cantik itu dibaginya pada kawan
Sayangnyer..
Tapi niat dia memang baik kan?
kak yati
kata orang kalau nak sedekah sesuatu ..kalau dapat beri yg paling kita sayang lagi besar ganjarannya??? betul ka??
sandal pink qaisara tu mmg cantik..sesuai dgn kaki gebu dia.
Alhamdulillah, Mulianya hati Teta. Saya pun suka sangat dekat kasut yang Teta bagi kawan dia tuh.
Kalau tak keberatan, Kak Yati beli dari mana ya?
Mulia hati Qaisara.. secomel dan secantik wajahnya..
baik sungguh hati qaisara, semoga sifat itu berkekalan sehingga dewasa kelak..
baik macam ibunya juga..hehe
si teta yang baik hati......alhamdulilah.....
murah nya hati teta... ke mana tumpah nya kuah kalau tak ke.... ;)
Post a Comment