Minggu lepas ketika balik kampung sempatlah saya bawa dua orang anak dara ini bershopping di Parkson Melaka yang kebetulan ada membuat jualan murah. Anak dara berdua ni kalau bershopping kalahkan orang tua tau! Cuba semua benda yang mereka nampak. Saya pun tak mencuba, hanya tengok-tengok sahaja.
Umi beg ni cantik tak! Dua-dua mereka mengacu beg yang berada di situ. Dah macam anak dara besar ke dua-dua mereka. Bila saya cakap tak cantik. Mereka letak dan cuba beg lain pula. Hairannya promoter yang ada di situ tak marah pun. Hanya ketawa sahaja melihat gelagat mereka berdua.
Udahnya berebut kerana mereka tertarik dengan beg yang sama. Jadi riuh Parkson yang agak sunyi kerana saya ke sana pada hari Jumaat. Di Melaka hari Jumaat tidak ada cuti umum untuk Nuzul Quran.
Lepas cuba beg, mereka tertarik dengan beg duit yang pelbagai. Wow! Cantiknya...Qaisara kalau warna seperti ini sudah pasti WOW....
Biasalan budak-budak perempuan. Beg warna merah jambu tetap menjadi pujaan. Lepas cuba beg cuba kasut pula. Saya terlupa mahu mengambil gambar mereka mencuba kasut. Semua kasut tumit tinggi diturunkan dari rak. Dicuba dan diletak balik. Kata kakak saya yang ikut sekali...
"Perangai siapa yang diikutknya kalau bukan perangai kau.." ha ha ha..
Saya memang suka bershopping tapi sebenarnya saya jarang mencuba beg tangan dan kasut. Biasanya saya hanya tengok sahaja. Kalau berkenan barulah saya cuba dan bertanya sizenya.
Eosk-esok anak berdua ini bila besar macam manalah ya?
7 comments:
kak yati kecik-kecik teta dah pandai nak bershopping.. dah besar nanti silap=silap kopaklah duit umi dia.. takpelahkan teta pun sorang je anak kak yati... :)
Takpe2...mudah2an ada jodoh teta dengan orang kaya yang baik2 :P
wah ah wah, sakan anak dara 2 org ni shopping
seronok tgk budak2 ni shopping..kalah umi diorang ya hehehe
haaaa ni shopping kat parkson melaka Mall yek......
amboi.. teta.. mcm anak dara dah belasan tahun...
hamoi2 anak2 dara akak tuh..kemain
banyak ke kopak $$ nye kak? tengok dua2 boleh thn high taste gitu..auww
keh keh keh
Post a Comment