Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, September 27, 2010

TAMAN TASIK

Ahad lepas ketika orang masih sibuk beraya, suami mengajak saya ke Taman Tasik katanya. Saya ingat Taman Tasik di mana? Rupanya Taman Tasik Ampang Hilir. Oh..satu ketika dahulu, sebelum taman tasik ini dijadikan tempat rekreasi, saya hari-hari lalu di situ. Ketika itu saya tinggal di Ampang sebelum pindah ke Kajang. Kehidupan di Ampang agak sibuk dibandingkan dengan Kajang yang serba relax. Apa tak relax, depan rumah Mac D, giant, Tesco, bahkan pejabat saya depan rumah sahaja. Tak perlu berebut dan mengharung jam seperti di Ampang dulu.  Jalan kaki ke pejabat pun boleh.


Aktiviti di Taman Tasik ini memberi ikan makan. Kebanyakkan ikan di sini adalah sepat ronggeng dan juga ikan puyu. Kami beli roti kering sebungkus 50 sen.



Tengok tu bukan main khusyuk dua beranak ni memberi makan ikan.


Di situ ada sebuah gerai kecil yang dipanggil kudap2. Ada jual aiskrim dan serba macam produk felda. Oh..saya memang suka dengan produk-produk felda. Qaisara sudah menukar baju kerana mahu bermain di padang permainan yang ada di situ.


Pak Seyit perasan jadi model. Ha ha ha..

Tengah-tengah membaling roti di tengah tasik ini. Ada sesekor memberi lintas hormat. Saya tak pasti ianya biawak atau ular. Tetapi rasanya biawak. Ngeri juga saya melihat tetapi apabila melihat kami berada di tepi tasik beramai-ramai, boleh pula binatang ni buat u-turn. Ha ha ha..


Qaisara yang hyper. Melompat sana sini. Tengah-tengah bermain, Qaisara rasa mahu membuang. Pergi ke tandas yang berada di situ. Tandas kunci! Ya ALLAH. Punyalah bengang saya. Kasihan tengok Qaisara yang menahan perut.
"Macam mana kita nak selesaikan kes ini umi.."
Tanya Qaisara. Ini mesti pengaruh geng bas sekolah. ha ha..
"Entahlah Ta, pakai pampers nak?"
"Heasy..tak mahulah. Kita selesaikan dengan pergi Tesco, suruh baba pecut dan Teta pergi toilet kat Tesco.."
Tesco memang tidak jauh daripada situ. Jadi kami pun bergesa ke sana. Jam pula tu, nasib baik Qaisara boleh tahan. Tapi memang saya sakit hati sungguhlah di tasik ini. Ada surau, surau ditutup. Ada tandas pun berkunci, sedangkan itu tandas awam. MPAJ..tolong tengok sikit.!

Kami meninggalkan Taman Tasik Ampang Hilir ini ketika matahari sudah mula turun dan mahu menutup tirai siangnya.


Salah satu produk felda yang saya beli di situ. Suka bungkusan dia yang cantik. RM20.


15 comments:

Rizziela said...

Comellah Qaisara ni..geramnya

idasm said...

alahai kesian pulak kat Teta. nasib baik boleh tahan. ayat teta siap ada kes... pengaruh GBS .. hehe...

yatie chomeyl said...

lawa packaging tat nenas felda tu..mesti sedap kan kak

BHMB said...

kak NB..ni la tmpat lepak ita sekolah2 dulu..ada kg mengkudu situ..tapak PPR ampang hiliran tu..kt situ dulu ada perkampungan setinggan..ita tgal kt situ..ujung thn 1999 dh pindah taman melati..sekrg taman tasik tu dh cntik..dulu lombong terbiar je..seberang jln yg umah ada kubah biru tu..used to be umah mazuin..now dh org asing beli n duduk rasanya..bagusla diorg dh cantikkan lombong ni..kami dok situ tau la sejarah lombong tu..hehe..ramai dh 'arwah' kt situ..

Mama Nazhan said...

CANTIK LA GAMBO MATAHARI TERBENAM TU... sapa yg ambil gambo tu kak yati??

Hamizah said...

tergiur tgk tart nenas tu..mesti sedap,kan..

azwani said...

tandas dan surau kunci kak..emm ni mesti tak bagi orang buat maksiat dalam tu...

zura said...

jangan sangka air yang tenang tiada buaya.. huhu

NB KARA said...

Ziela jangan puji2 kembang hidung dia..ha ha..

Ida, itulah dalam nak membuang pun sempat cakap cam tu..ha ha

Yatie akak tak rasa, akak beli sebagai buah tangan kalau pergi open house, ada banyak lagi akak beli..tunjuk satu aje..ha

NB KARA said...

Ita..akak dulu duduk bukit Indah, jadi balik kerja dgn kereta mesti lalu. Memang ramai orang memancing di situ dahulu dan akak tahu ada rumah setinggan di situ. Kawan pernah duduk. Oh..rumah2 di situ dah tak ada lagi ke?
Lama sungguh tinggalkan ampang, dah 11 tahun..pantasnya masa berlalu..

Bai..akak le mengambilnya, pak seyit nak ambik. Idak le dia. On camera pun tak tahu..ha ha

NB KARA said...

Mizah..akak tak tau apa rasanya, ha ha..sebab beli untuk buah tangan aje..

Azwani tak mungkin buat maksiat, jangan prasangka. Masuk ke tasik tu ada pintu besar yang akan dikunci bila waktu malam. Ada secuirty. Bahkan dekat situ ramai keluarga dan kanak-kanak yang masuk. Tak ada pun couple akak tengok.

yelah zura..itu bukan buaya itu biawak..ha ha

kakyong said...

saya pun tensi kalo toilet & surau di tmn rekreasi awam di kunci cam tu...

kalo fikri maunya dah melompat2 menahan...

BHMB said...

xde dh kak..side umah ita tu clear awal thn 2000..pastu yg belah tasik tu around tgh tahun 2000 tu rasanya..1st pemindahan kena antar kt PPR gombak setia..yg 2nd tu kena antar g PPR bandar tun razak..tp pas PPR hiliran ampang tu siap..kami dpt offer dok situ balik..tp syg nk tgalkan umah sekrg..jd ada yg pindah..ada yg stay kt taman melati tu..oo..bukit indah..dulu2..salu g situ sbb study group kt umah kawan..hehe

mohd faizal Babh said...

Lombong ski ke ni weiii ooo lawanya.skang tp bawah DBKL bkn MPAJ.sini tempat aku belajar berenang selepas lemas dan hampir maut kt BKT Belacan tq Kawan lama aka ManKuda.dulu duk KG Pasar Bahru sebelah Pasar minggu.urm tu ikan arapaima agigas tu.dulu ikan tu ah kita ingkatkan sibuaya katak aka urban legend kt tasik hiliran ampang aka lombong ski.hati2 lombong ski masih menanti mangsa

mohd faizal Babh said...

Lombong ski ke ni weiii ooo lawanya.skang tp bawah DBKL bkn MPAJ.sini tempat aku belajar berenang selepas lemas dan hampir maut kt BKT Belacan tq Kawan lama aka ManKuda.dulu duk KG Pasar Bahru sebelah Pasar minggu.urm tu ikan arapaima agigas tu.dulu ikan tu ah kita ingkatkan sibuaya katak aka urban legend kt tasik hiliran ampang aka lombong ski.hati2 lombong ski masih menanti mangsa