Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 2, 2010

DULU-DULU

Karbiad-gambar dari google.

Bulan puasa sekarang ini saya rasa kurang meriah.
Tidak macam saya kecil-kecil dahulu.
Masa ini kami sudah sibuk memasang pelita di sepanjang jalan masuk ke dalam rumah.
Berseri-seri rumah dengan lampu pelita yang apinya liang liuk di tampar angin.
Selain dari itu
Kami puas bermain mercun.
Mercun padi dan juga mariam buluh letak karbaid.
Aik..main mercun?
Ya saya masih ingat bagaimana ayah saya beli mercun
Satu dulang besar.
Kami akan letak di dalam unggun api dan bunyinya akan meletup-letup
Memang seronok ketika itu.
Mercun tersebut berwarna warni.
Ada warna merah, biru, hijau, kuning, pink.
Harganya pun amat murah. Kadangkala jiran cina saya bagi kami mercun tersebut.
Selalu juga mereka bermain bersama dengan kami.
Meriam buluh pula letak karbaid dan cucuh dengan api.
Meletupnya dari Kajang boleh dengar sampai ke Kuala Lumpur..
Jauhnya bunyi? Ha ha ha melampau nau! Ha ha ha
Kadangkala dalam buluh tersebut, kami letak putik limau bali.
Meriam itu kami halakan ke pokok atau ke mana-mana bangunan.
Bergegarlah pokok tersebut apabila terkena meriam yang ada putik limau bali.
Hairannya dulu, walau main meriam buluh, walau main mercun.
Tak terdengar pula orang buta mata, putus jari sehingga mercun diharamkann.
Sekarang main meriam sampai terpelanting atas pokok.
Hilang nyawa.
Macam mana ya boleh jadi macam tu?
Apa yang mereka letak dalam meriam tersebut.
Kalau setakat karbaid saya rasa taklah sampai mengancam nyawa?
Hmmm...tak faham saya...



5 comments:

Marina Monroe said...

Akak hanya dpt bermain mercun padi jer, itu pun letak hujung lidi, baru cucuh di pelita, popppp..bunyi halus jer..he he he

Leeza said...

masa kecik the best....saya pernah main meriam buluh kak. sampai sakit pipi, tiup

idasm said...

Pengalaman kita lg mahal ye kak. Ida x pernah main meriam buluh tu tp sempat tgk diorang main dulu. Tp main mercun mmg adalah dulu. Mmg bestkan...

kakyong said...

kak,
saya dulu dgn adik2 main meriam karbad yg korek lubang dlm tanah tu... suka gila bila bunyi meletup2.. mak la yg hangin.. bunyi jer dah buat cam nak meletup 1 rumah... huwahaahaaa... sonok kalo diingatkan kenangan dedulu..

GreenJade said...

yelah tuh stuju tuh kak..saye kecik2 bile bpeluang blk kg..layan gak tengok org main mercun..

tp dulu2 berhemah x macam org skg..main mercun taruk macam2 nk kasi bunyi paling hebat at last putus sekerat tangan...ilang sbelah mata..pelik..pelik