Jom main bunga api..
Raya ni Qaisara mendapat perhatian. Ramai yang memuji dia comel macam anak Mat Salleh. Tapi Qaisara biasalah, buat tak tahu sahaja apa sahaja komen yang keluar dari mulut orang. Pada raya ke dua, bapa saudara saya datang berkunjung bersama anak-anaknya yang sudah berkeluarga. Salah seorang sepupu saya mendapatkan saya.
"Lah saya mati-mati ingatkan anak akak tak tahu cakap melayu.."
Dia memberitahu saya.
"Aik kenapa pulak. Mak diakan melayu.." jawab saya sambil ketawa.
"Tadi bagai nak raklah saya tanya dia "What is your name?""
Sepupu saya sudah tergelak-gelak.
"Tiba-tiba anak akak cakap ngan budak-budak. Jom main bunga api! Lah..tahu cakap melayu rupanya.."
Saya sudah ketawa besar. Perkara ini bukan petama kali berlaku, acap kali. Bila orang melihat muka Qaisara yang seperti Mat Salleh, pasti mereka akan bercakap bahasa Inggeris dengan Qaisara. Sedangkan Qaisara boleh berbahasa Melayu dan Indonesia dengan baiknya.
7 comments:
hihihi...masa mula-mula jumpa qaisara nisa pun fikir aku nak ckp bahasa apa ngan budak-budak ni eik...bahasa melayu ker english...
camne pulak teta boleh ckp Indon gak kak? belajar dgn bibik ke sbb tgk sinetron kat tv?
Nisah itulah..orang jumpa dia mesti cakap inggeris sedangkan mak dia dok terponggok depan dia Melayu..ha ha..
Yatie.bibiklah ajar, sampai sekarang..kalau naik kereta..dia akan tanya, umi kita lewat mana ya..ha ha..
kita kena cakap masya allah comelnya.
haha
kalau sy jumpe qaisara pun mesti saya tanya die dalam english.
muke die mmg betul2 mcm orang putih. haha
ntah2 suatu hari nant qaisara pandai menulis novel bm macam mak die plak. hehe
lg cantik drp anak mat saleh la..diorg kulit xlawa cam teta..
hehehe mesti tekulat2 terpisat2 org yg betanya in English tuh tp di balas Teta in pure 'melayu' gitu ihiks :p
Post a Comment