Pagi raya yang lepas saya bawa Qaisara melawat pusara emak saya yang sudah meninggal dunia lebih tiga puluh tahun yang lalu. Ini pertama kali saya membawa Qaisara memandangkan saya rasa usianya sudah sesuai untuk di bawa ke pusara. Turut serta suami, kakak sulong saya dan juga abang ipar saya iaitu ibu bapa Balkish.
Ketika saya sedang berdoa saya mendengar Qaisara bertanya saya.
"Umi..nenek kat mana umi?"
"Nenek ada dalam ni. Nenek dah meninggal, bila kita meninggal kita akan dikebumikan macam nilah.."
Sebelum tiba di pusara saya sudah berpesan pada Qaisara. Bacakan nenek Al-Fatihah dan juga surah yang Qaisara tahu. Bahkan di dalam kereta Qaisara sudah praktis membaca surat Al-Falaq dan Al -Fatihah.
Saya lihat mulut Qaisara kumat kamit membaca.
"Umi kasihan nenek ya.."
"Hmm..."
"Kecik sangat tempat nenek. Macam mana nenek nak duduk umi.."
"Memanglah Qaisara, bila meninggal cam nilah.."
"Kecik sangat umi, sian nenek.."
berkali-kali perkataan kasihan keluar dari mulut Qaisara.
'Bila meninggal memang macam ni. Tak boleh duduk baring sahaja.."
Saya beritahu Qaisara, usai sahaja saya berdoa.
"Baring sahaja umi? Sekarang nenek baringlah ya..kasihan nenek ya umi.."
Aduh..memang saya tidak tahu bagaimana mahu menjawab dengan Qairasa. Perkataan kasihan yang tidak putus-putus keluar dari mulutnya membuat saya serba sedikit berasa bangga.
Walau Qaisara masih kecil dan tidak pernah mengenali neneknya, tetapi saya tahu Qaisara masih mempunyai perasaan belas dan sayang pada nenek yang tidak pernah ditemuinya.
Sempat bergambar dengan Balkish dan kakak saya..di pintu masuk tanah perkuburan.
3 comments:
anak2 saya kalau cakap pasal alam kubur..sah2 nangis especially Asmaa'..dia tanak sapa2 mati...huhuhu
Teta memang bijak lah....sebijik umi dia..petah bila berbicara
prihatin sungguh Teta..
Post a Comment