Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 23, 2010

SUDAHLAH TU ANDAK..


Al-kisahnya. Saya belikan Ojan MP4 ini ketika Ojan masuk asrama. Kata Ojan bosan duduk asrama, tak boleh bawak laptop, tak boleh tengok kartun. Jadi dia minta saya belikan mp3 tapi Mak Andak dia terlebih baik, belikan dia MP4. Masa raya hari itu, saya perasan Ojan beli MP3 baru dan MP4 ini Akim yang gunakan. Sedangkan Akim sudah saya belikan MP3 ketika dia mendapat keputusan UPSR dia dahulu.
"Asal tak pakai MP4 andak beli tu?" saya tanya Ojan.
"Hari itu kena rampaslah andak, tak boleh bawak asrama.."
"Aik kenapa pulak. Mp3 Ojan boleh pulak bawak.."
"Boleh.."
"Tak pula kena rampas?"
"Tak, kata senior..MP4 tu macam telefon. Mungkin itu handphone.."
"Argg? Biar betul. Apa cerdik sangat senior Ojan ni? Masakan dia orang tak tahu, mana ada button hpnya.."
Memang pekeliling mengatakan handphone tidak boleh dibawa ke sekolah dan asrama.
"Entahlah Andak, hari tu nak claim kena bayar RM15, tak pasal-pasal duit Ojan terbang RM15.."
Ojan ini amatlah kedekut tau!
"Siapa senior Ojan tu, Andak pergi jumpa.."
Ini perangai Andak yang tak habis-habis dari dulu sampai sekarang. Tak boleh dengar anak buah/adik kena buli.
"Sudahlah andak, dah bayar dah pun. Dah selesai pun.."
Ojan menjeling saya. Mungkin dalam hati mesti dia cakap. Andak ni kecoh betul! Ha ha ha..
Andak dia pun..bla .la..bla bla..$%%%^^8&&&,, Beritahu Andak, biar andak pergi jumpa senior Ojan, kalau tak..cikgu Ojan, kalau tak guru asrama Ojan..bla..bla bla..
"Heasy..sudah-sudah tu andak. Sudahlah...."
Agaknya Ojan pun pening ada andak yang over macam nikan. Ha ha ha ha..



11 comments:

suriya said...

mak andak dia bebel mengalahkan mak dia..mana tak pening budak tu..keh3..anak buah saya pun panggil saya mak andak jugak kak..tak tau la nasib diorg sama ke tak ngan nasib ojan..kah3..

SyuQ said...

kak...

seronoknya kalau sy dapat pakcik, makcik, nenek or sedara mara yg betul2 ikhlas syg sy mcm akak syg ojan...

sy bknlah keturunan pilihan... mak ayah sy kawin, dpt tentangan hebat kedua belah keluarga. akhirnya yg jadi mangsa, anak-anak. diherdik, dikeji... hanya mampu menangis bila mendengar mak sendiri di caci.

Allah maha kuasa. hidup ini umpama roda, bila hidup dah berubah dan menjadi senang, semuanya datang mengaku sedara... yg x pernah nampak muka pun tetiba jd mesra. yg pandang sebelah mata mula tebeliak. yg tak pernah bertandang mula berkunjung. terasa sungguh yg mereka ini hanya memandang harta dan bukannya kasih sayang

@mumtazah.net/blog said...

Kadang-kadang mereka juga buat silap dan kesilapan itu perlu di betulkan. Banyak kesilapan yang tidak sengaja seperti itu mengganggu jiwa remaja.

yatie chomeyl said...

mesti lah kena fight for Ojan ... isk, kalau saya jd akak pon saya nak gi jumpa senior Ojan tu huhuhu

Rizziela said...

baiknya andak dia....saya nak gak boleh?

Hamizah said...

betul juga tindakan kak yatie tu..
nanti dia tak brani lg kacau Ojan..

Leeza said...

inilah kak Norhayati Berahim....kasihnya tanpa sempadan.Semoga Allah pelihara kak NB sekeluarga...amiin.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kak tie.. along punya mp4 hadiah dr kawan abahnya hari tu pn baru je dpt balik selepas dirampas cikgu disiplinnya. Kesnya kwn dia pinjam terkantoi kat cikgu..dah nak dekat setahun akhirnya cikgu dia pulangkan kemarin..suruh mintak, dia duk bg mcm2 alasan...akhirnya umi ngan abahnya kata..setel sendiri..selesai satu masalah..

marinahunny said...

hahahahaha kalu ikutkan hati mmg nak ajak gaduh je kan kak..hahahhaa

idasm said...

yelah kak. senior tu tak tahu mp4 tu apa. elok jugak klu akak sekolahkan senior tu... hehe...

dlittlekitchen said...

teringat ogy blakon ckp without stop... :-)