Anak dan anak buah saya yang turut sibuk menanti orang bertakbir datang ke rumah. Hari itu baju pak seyit macam dinding rumah. Inilah pula baju Qaisara pemberian mak longnya dah macam langsir rumah. Ha ha ha..
Ini kisah malam raya.
Selalunya kami hidangkan ketupat dengan rendang dan sukut sakatnya untuk dijamu orang ramai yang datang bertakbir di rumah.
Rumah saya adalah rumah yang pertama orang bertakbir dan selalunya apa yang dihidangkan akan dimakan.
Jadi saya fikir dari menghidangkan ketupat dengan bermacam-macam lauk pauk yang agak leceh.
Baiklah saya hidangkan satay.
Tetapi saya lupa, saya sebenarnya berada di Melaka bukannya berada di Kajang, bandar satay.
Jenuhlah dari pagi sehari sebelum raya saya menelefon sana sini, bertanyakan adakah restoran yang menjual satay adakah menjual satay hari itu.
"Nak berapa?"
Bila saya telefon satu restoran besar di Melaka. Saya ditanya dengan soalan tersebut.
"Lima ratus sahaja.."
"Woii..banyak tu. Sampai lima ratus....saya ada seribu sahaja, ini pun dah ada orang order. Tak boleh, tak boleh.."
Ya ALLAH, rasa saya nak menjerit sahaja pada tuan punya restoran itu. Sudahlah budi bahasa kurang. Macam orang tak mahu berniaga aje? Terus restoran itu saya canangkan kepada keluarga saya, jangan sesekali pergi ke sana.
Rasa-rasanya dalam 10 tempat saya menelefon. Semuanya tak berniaga, semuanya tak mampu memenuhi permintaan saya. Itu belum lagi usaha adik dan adik ipar saya yang pergi ke semua restoran menjual satay di bandar Melaka. Semua kedai menjual satay tutup.
Waktu sudahdah tengah hari. Malam nanti orang akan datang bertakbir. Tiba-tiba saya teringat suami yang masih berasa di Kajang..
Begitulah suami setiap tahun. Dia suruh isterinya balik dahulu dan dia akan melepak dengan kawan-kawan untuk menghabiskan masa mengucapkan 'beyram' pada teman-teman.
Bila saya telefon suami, suami beritahu dia sedang bersiap sedia mahu menghantar kawannya ke lapangan terbang. Anginlah dia kerana saya tak beritahu dia awal-awal.
Tetapi angin suami saya. Sekejap aje dan petang itu...
Dia bawakan saya satu kotak besar..berisi satay. Satay dari Kajang..
Kotak macam nilah pak seyit bawak balik. Tapi lupa nak ambil gambar. Cari pak google ajelah.
Alhamdulilah, dapatlah saya menjamu orang yang datang bertakbir.
Kalaulah saya tahu teruknya mencari satay di Melaka.....
Sudahlah lama saya pesan dari Kajang dan tahu seterusnya
Saya sudah tahu bagaimana mahu memesan satay awal-awal lagi.
Alhamdulilah dapatlah kami menghidangkan satay untuk tetamu malam itu..
5 comments:
alhamdulilah kak...niat yang baik pasti ALLAH permudahkan. Lawaklah bila akak kata baju Teta macam kain langsir. teringat kartun Lat , si epit tak mahu naik rumah sebab bajunya serupa dengan langsir rumah orang tersebut.
xpe kak org x perasan baju cam langsir sebab tuan punye baju tuh comel hehehehe
syukur dpt stok satay dr Kajang..seb baik ade hero akak kt Kajang tuh hehehe
tuan punya restoran tu cakap saya ada 1000 aje tp tu pun dh ada yg order. baik tak yah cakap...
baikhati pak seyit... baikhati akak jugak bersungguh2 nak bg makan sate.
NAPA TAK ORDER KAT MUAR KAK.KAT SANA KAN BANYAK ORG BUAT SATAY.
Za itulah, tak mahulah susah masak ketupat ke apa..letak satay senang. Alhamdulilah dapat juga..
Tinie, yelah ada baik juga pak seyit tak balik awal dengan bini dia..ha ha..
betul ida, angin akak dibuatnya. Dalam hati cakap..teruknya orang melayu berniaga..
Nisah..dari pergi Muar yang jauh tu baiklah, suruh pak seyit aje bawak balik. Sebab kat Kajang ni..tak sampai setengah jam..satay dah sedia..he he
Post a Comment