Tajuk entry saya agak kurang sopankan. He hehh..he..
Dua hari yang lepas saya ke padang membawa Qaisara bermain. Di padang yang ramainya pembantu rumahlah, membawa anak-anak majikan bermain. Saya tegurlah seorang dua pembantu rumah yang biasa berbual dengan pembantu rumah saya.
“Sari bila balik buk..”
Tanya salah seorangnya. Dia nampak segan dengan saya, sebab saya perasan dia memakai baju yang saya suruh bibik sedekahkan pada kawan-kawannya.
“Insya-ALLAH minggu depan. Kamu tak balik raya?”
“Balik tahun depan buk. Habislah buk tahun depan. Tak datang lagi.” Lemah sahaja suara pembantu rumah tersebut.
“Kenapa pula macam tu, dua tahun sahaja dapat kumpul duit?”
Tanya saya, pembantu tersebut hanya termenung sahaja.
“Kamu kerja dengan majikan ini okay tak?”
Saya tahu dengan siapa pembantu rumah ini bekerja. Seingat saya sejak saya berpindah hampir 5 tahun di kawasan perumahan ini, majikan tersebut mempunyai lebih dari 10 pembantu rumah.
“Entahlah buk..”
“Makan okay tak?”
Mata pembantu rumah itu sudah terkebil-kebil mahu menangis. Akhirnya dia bercerita bagaimana dia bersahur dengan hanya sesudu dua nasi. Saya tahu pembantu rumah itu tidak berbohong, kerana 2 pembantu rumah dari majikan yang sama sebelum ini sering datang ke rumah saya, mengadu dan saya berikan mereka makan.
“Sebab itu saya tak betah buk. Saya sudah bertahun-tahun di Malaysia, tapi majikan ini paling teruk buk..”
Saya mengeluh. Saya terbayangkan majikan pembantu rumah itu. Orang Islam, memakai tudung nampak lemah lembut tapi ceritanya tetap sama. Kedekut dengan bab makanan dan apa yang diambil dan dimakan harus ditolak gajinya. Bahkan kata pembantu tersebut dia cemburu dengan pembantu rumah saya yang sering bercerita makan pizza hut, mac Donald dan sebagainya. Sedangkan kalau majikannya pergi makan anak-beranak, tidak pernah sekali pun dia dibelikan.
Bagi saya, dari majikan rumah tersebut harus mengeluarkan RM5,000 setiap kali mahu mengambil pembantu baru, lagi baik dia bermurah hati dengan pembantu rumah yang sedia ada. Berapa sangatlah mereka makan dan sampai sekarang saya tidak faham. Selepas lebih 10 pembantu rumahnya berhenti, tidak pernahkah dia mengambil pengajaran dan muhasabah diri daripada apa yang berlaku?
9 comments:
bayangkan berapa ramai majikan sebegini..bayangkan berapa ramai mereka yg pulang (dengan selamat) ke negara mereka dan mengkhabarkan hal ini..bayangkan perasaan marah yg terkumpul sekian lama..mana tak meletupnya marah org2 kat sana ye..
betul kata akak tu. tp ida heran ngan majikan dia yg kedekut giler tu. berapalah sgt org gaji makan... bukan boleh kaya pun...
manusia camtu kak yati namernyer dh berduit, berakal tp buduh, sumbung n kedekut... depa tu kene dah terantuk, berdarah, bengkak baru ler sedar
saya ingatkan hanya cerita dogeng...rupanya realiti pun masih ada insan mcm tu kan? x kan x ada perikemanusian langsung sesama kita ?
Entah la Kak Yati.. Saya pernah menggajikan maid dari Indonesia. Saya layan dia macam ahli keluarga saya sendiri. Sakit pening dia, cepat-cepat saya bawak ke klinik. Kalau saya balik lambat, saya risau dia tak makan, saya suruh dia masak sendiri. Masa Raya, saya belikan dia baju kurung dan kasut baru. Tiap 3 bulan saya hantar duit gajinya ke kampung.
Kalau keluar makan kat luar, tak pernah saya bagi dia sisa yang kami makan. Dia duduk sekali makan sama-sama.
Tapi akhirnya, dia lari tengah malam. Lari ikut lelaki Pakistan. Dan tinggalkan bil telefon (landline) beribu-ribu.
Nak kata serik, memang serik. Tapi saya memang perlukan seorang pembantu rumah. Kalaulah saya dapat meyakinkan suami saya semula, nak jugak saya ambik pembantu rumah yang teraniaya tu. Biar dia tau, disebalik hujan akan timbul matahari dan pelangi.
mmg x mkn di ajar majikan beliau itu..
kena ada somebodi yg bley kasi ayat "power" yg ala2 'silent killer' kasi beliau tesedau akan sifat durjana beliau itu..
hmm.. apa jenis org camtu.. setakat makan makan, apa sgt lah berbanding kerja & bakti pembantu rumah tlg uruskan rumah, bersihkan rumah, jaga anak2...
takutnya.. semoga Allah jauhkan saya dr sifat hati kering ni..
kesian pada mereka yg teraniaya...
betul tu kak yati...sedih lak saya bca kisah bibik tu....knp nk berkira sgt....pada saya biarla bibik tu mkn byk mana di nak..janji dia sihat..dpt jga ank kembar 3 saya dgn baik...saya pun ada ckp dgn bibik saya....keje lain x buat sgt pun x pe...janji fokus kat kembar...tp setakat ni saya blik keje..umh saya x bersepah...bju kemas berlipat...tp nk puji lebih2 pun takut...dia pun baru keje lg dgn saya...dgr bibik org lain lari takut gak saya...huhu
Post a Comment