Tak faham sungguh saya dengan hasad dengki manusia ini!
Memang benar-benar tidak faham.
Berdekatan dengan pejabat saya, ada satu kedai, menjual makanan. Makcik, bibik dan pekerjanya semua baik-baik belaka. Mak cik tersebut bertudung litup. Tak ada salah silap.
Tiba-tiba terdengar pembantunya seorang Indonesia muntah darah, melambak-lambak.
Doktor cakap tak ada apa-apa.
Bila jumpa ustaz, ustaz beritahu pembantu rumah itu melangkah di tangga kedai tersebut yang sudah ditanam sesuatu.
Tujuan mahu mengenakan tuan punya kedai, tetapi terkena dengan pembantu.
Benar-benar tidak faham dengan hasad dengki manusia.
Kalau nak berniaga, berniagalah dengan cara yang baik. Rezekikan semua di tangan ALLAH. ALLAH yang menentukan.
Berhasad dengki bukan ada apa pun.
Kaya raya, ini semua daki dunia yang akan menarik kita ke neraka, kalau tidak kena gayanya.
Allahuakhbar. Manusia..manusia..
Benar-benar membuat saya tidak faham...
aku bukan budak baik
9 months ago
9 comments:
Manusia yg mcm tuh, bersekongkol dgn syaitan..tak takut balasan dari Allah..
moga di jauhi musibah2 dan khianat2 manusia yg mcm tuh..
Allahu Akbar..
manusia kak..bersekongkol dengan syaitan...itulah jadinya. Moga Allah lindungi kita dari semua keburukan. Ameen...
masih ada org mcn ni kan dlm dunia yg dah maju ni
diorg lupa agaknya kak rezeki ni dr Allah, bkn dr manusia
hari tu g jenguk booth aka kat pesta buku PKNS tu..tp akak dh balik pulak hehe. nanti kalau ada masa, nak g jenguk akak kat ofis akak la. hehe *out of topic lagi*
cerita hal hasad dengki manusia smpai bila2 pon takkn habes..
tapi bab dengki kat org lain yg meniaga maju,smpai hari ni saya sendri masih tak faham..nape tuhan masih hidupkn manusia berhati iblis gni..sdgkn kita,nk usik brg org sikit pon takut tuhan balas lebih berat pd kita....
entahla akak NB...=(
manusia kak yati...tak penah senang ati dengan kejayaan org lain...mak saya masa berniaga dulu pun macam tu jugak, orang fitnah cakap, mak saya bubuh panties masa masak nasi lemak...tak boleh terima logik akal manusia. sanggup ke kita sendiri nak makan bekas panties kita sendiri...apa jenis manusia la macam tu.penah jugak orang tabur tanah kubur kat depan umah, supaya pelanggan tak nampak gerai mak saya. tapi mak saya rileks je cakap, "takpela, dia mintak benda2 tu semua dengan bomoh, bomoh dia makan nasi macam kita, kita minta dengan ALLAH yang MAHA PEMURAH"
ida pun x faham kak, napelah mesti PHD kan kak. RSMY pun selalu customer tanya, restoran baru ke ni, tak pernah nampak pun sebelum ni..
hehe.. apa maknanya tu.. wallahuaklam.
allah maha besar!!!
Entah la kak , mereka tu tak takut dng hukum tuhan, didunia mungkin boleh lepas , tapi alam sana dah sedia menanti...
Post a Comment