"Umi.."
Qaisara yang sedang bermain dengan patung barbie RM10 yang saya beli di stesen petronas bersuara di belakang.
"Ya sayang..."
"Sabar itu separuh daripada iman ya umi!"
Berderau darah saya mendengar kata-kata Qaisara. Ya ALLAH, macam mana Qaisara tahu apa yang sedang bergelodak di hati saya. Saya pandang Qaisara yang sudah berdiri disebalah saya dan tangannya mendarat di bahu saya.
"Sabar itu separuh daripada imankan umi?"
Melihat saya yang senyap sahaja, Qaisara bertanya lagi.
"Ya sayang..betul tu.."
"Kita kena selalu sabar ya umi.."
Ya Allah, saya rasa mahu menangis sahaja. Saya tidak tahu apakah Qaisara tahu gelodak hati saya, tetapi pertanyaan Qaisara yang tiba-tiba itu benar-benar membuat saya tersentak dan serta merta mengingatkan diri yang sedang marah supaya bersabar.
'Ya sayang memang kita kena selalu sabar.."
Kata pembantu rumah saya, saya seorang yang cukup sabar tetapi kalau saya meletup naga pun takut saya!
"Terima kasih umi ya belikan Teta barbie.."
Qaisara bukan kira anak patung tu barbie ke apa. Semua dihentamnya barbie.
"Sama-sama sayang..."
"Syukur Alhamdulilah Teta ada umi yang belikan Teta barbiekan?"
Saya senyum dan pegang tangannya yang sudah berdiri di sebelah saya. Saya cium tangannya.
"Umi sabar itu separuh daripada imankan?"
Sekali lagi Qaisara mengulangi, yelah perangai budak-budak bukankah selalu mengulangai kata-katanya.
"Ya sayang, mana sayang tahu.."
"Teacher cakap, orang yang baik itu orang yang sabar.."
Terdiam saya. Sampai sekarang saya sering terfikir kenapa Qaisara berkata begitu sedangkan dia tidak tahu perasaan yang bergolak di dada saya. Mungkin ALLAH mahu menyampaikan pesan kepada saya melalui Qaisara kerana sejak akhir-akhir ini mungkin saya seperti sudah kekurangan sifat tersebut.
Iaitu sifat sabar.
5 comments:
Sedih saya baca entry ini. Ya kak, akak seorang yang sangat penyabar dan kesabaran akak teruji dengan hal ini. Za tak suka akak marah sebab bila akak marahkan za, sampai berhari2 kesannya terlalu mencalarkan sehingga boleh demam za dibuatnya. Apa yang akak tegur dan marah itu semua ada kebenarannya. Allah gerakkan Qaisara untuk menyabarkan akak dan alhamdulilah Qaisara yang manis menjadi penawar yang paling mujarab kali ini. Tabahkan hati akak, kita berdoa sama2 agar orang yang tidak menghormati bapanya akan lembut hati dan sedar tentang kasih bapanya.
subhannallah kak...tentunya Allah menegur melalui lidah seorang kanak2...
subhanallah...telepathy kak..ibu dan anak :) bahagianya....
Wah! memang tersentuh hati kita bila anak kita sendiri yg mengigati perkara2 baik mcm ni kan
speechless saya..Allah syg kan akak..He sent signal thru' Teta..Alhamdulillah
sabau byk2 istighfar byk2 kays akak cayang
cheers..!! :)
Post a Comment