Ingat tak masa kecil-kecil dahulu. Macam-macam permainan yang kita mainkan menggunakan sumber alam dan barangan yang kita dapat di sekeliling kita. Semuanya tidak perlu dibayar, asal kreatif kita boleh main apa sahaja yang kita suka. Kanak-kanak dahulu bukan sahaja kreatif tetapi juga aktif. Pantang sahaja masa terluang sudah pasti tidak lekat di rumah. Saya sendiri semasa kecil, waktu hujan adalah waktu yang saya tidak suka. Hujan bermakna saya terpaksa duduk di rumah, tidak ada aktiviti. Tetapi kadangkala bila terlepas ketika hujan, seronok juga. Seronok dapat mandi dari cucur atap!
Salah satu permainan yang saya suka adalah membuat aksesori wanita. Kadangkala buat kerongsang daripada plastik yang dipecah-pecahkan, membuat rantai dari daun ubi dan sebagainya.
Macamana nak buat rantai daripada daun ubi? Mudah sahaja. Apa yang diperlukan daun ubi sehelai. Dahulu banyak daun ubi berbatang merah, tapi bila balik kampung tak jumpa saya daun ubi berbatang/beranting merah ni.
Kemudian patahkan berseling seli jangan sampai putus (batang daun ubi ini mempunyai selaput yang agak keras)
Sekarang sudah boleh dipakai. Kalau rajin guntinglah daun ubinya selang seli, pendek panjang atau semuanya pendek. terpulang pada kesukaan kita. Ha ha ha..ada berani mencuba, pakai rantai daun ubi ke majlis makan malam?
13 comments:
tima kasih kak. baru tahu mcm ni rupanya rantai kayu ubi. mmg tak pernah buat masa kecik2 dulu.. hehe...
wah...klasik!
hehehe kak yati..lucu pulak..mmg unik la..
teringat masa kecik2 dulu :)
betullah..mokde masa kecik dulu selalu main benda ni.. ingat lagi buat keris dengan daun kelapa, cucuk bunga yg kecik2 dengan rumput halus buat rantai..seronok ye panjat2 pokok..
betullah..mokde masa kecik dulu selalu main benda ni.. ingat lagi buat keris dengan daun kelapa, cucuk bunga yg kecik2 dengan rumput halus buat rantai..seronok ye panjat2 pokok..
hahahah intan ingat kak yatie...masa kecik2, sementara menunggu turn mengaji kami selalu kenduri daun pucuk ubi kat tepi rumah guru mengaji tu kak yatie, lepas siap rantai dok berangan sape jadi puteri..eweah....hahahahha
salam kak Yati...tetiba rasa rindu sangat dengan masa kecik2 dulu.
Inilah permainan kami orang kamopung. ya lah kan nak toy dulu2 mana mak ayah ada duit kan..kalau pakai pokok ubu gajah getah dia pulak lekat kat baju, balik jer kena ketil ngan mak...
ahahaaa....budak sekarang jangankan rantai daun ubi, silap2 pokok ubi pun tak kenal kan...
kecit2 dulu slalu buat rantai nih berlayer2 gitu siap satu set gelang cincin & siap berangan jd princess wakakaka
haha.. terkenang zaman dolu².. pastu, kami adik beradik ada jugak buat rantai dengan buah jelai.. best la zaman tu, sekarang taktau mana nak dapat dah buah jelai tu.. dulu siap tanam lagi kat rumah..hehe
mainan saya masa kecik dulu...hehehe..seronok meneroka khazanah alam..semua benda boleh buat main.
hahahaaa... sungguh nostalgik rantai daun ubi ni....
hmm nostalgies tul..teringat kecik2...
Post a Comment