Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 6, 2010

QAISARA DI PANTAI KUTA

Ketika bercuti di Bali ini, gambar Qaisara sudah pasti ada. He he. Orang paling seronok sudah pastilah Qaisara. Saya biasa-biasa sahaja. Badan sakit-sakit sebenarnya lepas berurut. Ha ha..Urut Melayu dengan urut Bali sebenarnya tidak sama, saya sudah terbiasa dengan urutan orang melayu. Urutan Bali mengunakan ibu jari dan menekan di urat. Kena salah urat, satu badan saya sakit-sakit. Taubat saya nak berurut lagi. Berpuluh kali berurut dengan orang melayu, tak pernah rasa sakit sebegini. Terpaksa makan panadol!


Qaisara mencemar duli ke pantai. Ha ha..babanya takut anak panas, siap patahkan daun yang ada di pantai Kuta tu dan payungkan si Teta. Satu masa nanti bila Qaisara tengok gambar ini, dia akan mengerti betapa sayangnya baba terhadap dia.




Si Qaisara mana peduli panas ke tidak. Asal dapat tempat bermain. Ketika kami ke pantai ini memang panas sangat. Pantainya biasa-biasa sahaja. Tetapi ramai artis suka ke sini. Kenapa ya? Pantai Kuta tidak ramai penduduk tempatan. Penduduk tempatan lebih suka ke Sanur. Ketika sampai tak ada orang. Terselamatlah saya dari maksiat mata. Alhamdulilah..




Ha ha..apa yang dibuat oleh dua beranak ni! Kata suami Tanjung Bidara lagi best pantainya. He he..yelah, sebab Tanjung Bidara banyak pokok. Banyak batu. Itu yang seronok melepak tu. Bahkan banyak beruk sampai makanan saya berkelah di situ pun pernah kena rampas.



Suka sangat dengan gambar ini. Baba yang sentiasa melindungi anaknya. Qaisara pula sentiasa gembira bersama dengan babanya.




Dah puas ke pantai, Qaisara mandi kolam pula. Di kolam, Qaisara mudah sahaja mendapat kawan. Ini kawan yang sering bermain dengan Qaisara. Bila tanya dia, dia dari mana. Pantas sahaja budak perempuan ni menjawab.
"I borned in Vietnam, but im stay in Australia right now." keh .keh..
Mr Seyit Karalah, suka bertanya dia berkali-kali. Berusia 6 tahun tapi badannya kecil sedikit dari Qaisara. Bila emak dia tengok, dia berkawan dengan Qaisara, terus emaknya tinggalkan sahaja di kolam. Mereka boleh berinteraksi dengan baik.



Si comel ini suka juga bermain dengan Qaisara. Tak tahu siapa namanya, saya tidak bertanya hanya memerhati dari jauh.



Qaisara tak dapat bermain dengan kawan-kawan atau budak-budak. Dengan orang dewasa pun jadi! Ha ha.. Perempuan ini pun suka melayan dia!




5 comments:

Nadiah Sidek said...

pandai qaisara berkawan :)

Leeza said...

Hahaha, ada payung daun si Teta di Kuta. Boleh buat dalam novel ni kak, ending yang baik, kelihatan si ayah begitu prihatin dengan anak.

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

alahai...
comel btul teta ngan baba die..
siap berpayung daun tu..
mmg sweet memory!

i'allah, bile teta besar dia akan jaga umi ngan baba die sama mcm cara die dijaga dan dibesarkan..
AMIN!

idasm said...

seronok tgk kasih sayang ayah dan anak. sapa tak sayang anak kan kak. bertuah qaisara dpt baba dan umi yg sgt penyayang.

bestnyer qaisara main air. kalau ida ada kat sana, sure ida lah yg paling rajin melayan qaisara main air.. hehe...

GREENJADE said...

tersentuhnye hati nengok betapa kasihnye baba pd anaknye..

wahhh cepatnye Teta dpt kwn2...kecik besar semua ada hehehe..mmg peramah :)