Sambung sedikit lagi mengenai perkelahan saya di Tanjung Bidara. Masa saya datang, saya perasan kawasaan pantai amat kotor sekali. Bersungut jugalah saya melihat keadaan pantai tersebut. Saya kerah anak-anak buah dan juga saya sendiri membersihkan pantai. Buah kelapa, kayu dan macam-macam lagi sampah sarap. Di pantai kami terjumpa penyapu dan menyapulah kami. Rupa-rupanya pantai kotor kerana bersebab. Kata pak cik dan seorang mak cik yang berada di pantai itu, pantai kotor kerana sudah dua hari ribut yang amat kuat melanda menyebabkan ribut ini membawa segala sampah sarap yang datang entah dari mana tengah laut.
Kotoran yang dibawa oleh ribut yang melanda. Jenuhlah saya tengok orang yang bersihkan pantai itu mahu mengemasnya. Banyak juga sampah sarap yang besar-besar.
Tetapi tidak saya ketahui, bersama kotoran tersebut adalah gumplan minyak yang sangat banyak dan tanpa sedar, saya dan anak-anak buah yang sedang membersihkan pantai telah terpijak. Kata pak cik yang arif mengenai laut, ini adalah sisa buangan kapal di tengah laut. Paling menghairankan, selalunya banyak juga kulit siput dan juga remis di pantai itu. Langsung tidak kelihatan.
Aduh..jenuhlah mahu membersihkannya...
Saya dera anak-anak buah saya tolong bersihkan kaki saya dengan pasir. Tetapi tak boleh jalan juga. Baliklah saya memandu dengan kaki yang penuh minyak ini.
Janda/Duda yang kesepian di tepi pantai. Dibawa hanyut oleh angin ribut..ha hah ha..
3 comments:
mesti susah giler nak hilangkan kesan minyak tu ye kak. jenuh sungguhlah ye.
Hahaha...kak. akak boleh jadikan tiap yang dilihat didengar seharian menjadi sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Thanks.
berkelah ya kak...cari ilham...
Post a Comment