Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, July 14, 2010

MENU HOSPITAL

Minggu ini minggu yang agak sibuk buat saya. Selepas pulang dari Bali ada pesta buku Selangor. Selepas itu pula saya terpaksa pulang ke kampung, memberi sokongan kakak yang dimasukkan hospital kerana menjalankan operasi membuang batu dan juga hempedunya. Duduk hospital mesti dikaitkan dengan makanan yang tidak sedap. Tetapi hospital Pantai di Melaka ni, agak sedap juga makanannya.

Ini meehon sup Aunti di hadapan katil kakak saya. Dia tidak mahu makan jadi adik saya nurul tukang perhabiskan.



Nurul adik saya. Dia yang banyak membantu kakak saya ke bilik air selepas kakak dioperasi. Orang sakit tak makan orang sihat makan. Mesti dia marah saya sebab sabatoj dia. Ha ha.ha ha



Ini makanan kakak saya. Bubur, ayam masak kicap dan sayur. Sedap juga sesekali makan macam ni. Saya yang tukang perhabiskan. He he..


Ini mee sup di cafe hospital. Cuma RM3.50 sahaja, macam-macam sayur ada di dalamnya. Duduk di hospital bosan juga, kenalah berjalan-jalan dan merayau-rayaukan. Hendak dikatakan hospital ini dah macam tempat saya. Sebab beberapa kali ayah dan kakak saya masuk di sini. Cuma tak seronok nak parking berebut!

Makan di cafe hospital juga. Chong Chong Fun. Selalu tengok orang berbangsa cina makan, letak kacang lagi. Bukan main berselera mereka makan. Kebetulan yang masak orang melayu. Dapatlah saya merasa apa sedapnya Chong Chong Fun ni (ejaan betul ke tidak). Meenya macam laksam. Sedap jugalah.

14 comments:

SyuQ said...

selagi boleh mkn, kita mkn kak... nnt da sakit x lalu mkn, br teringin itu ini...

sy selalu jg n pantang makan. ini x boleh, itu x boleh. byk lemak la. kalori tinggi la. sekali kena food poisoning, amikkk. hidu meggi je pun x larat. nak muntah.

balik labuan merungut, asyik mkn coklat. pada hal diri sendiri yg beli. he he he. bila da sakit cam ni, ferrero rocher tu paling nikmat sekali dimakan :-)

AuntieYan said...

Salam Pn. Yati,

Makanan hospital swata ni rasanya tak ada masalah lah sebab, selalunya di order kat cafee saja.

Berlainan dengan hospital gomen.
Auntie pernah masuk wad 2 kalidi Hospital Putrajaya dan duduk agak lama (selain drp. masa bersalin)

Makanan dia ok saja. Tak lah sampai tak boleh nak makan, cuma masa kali kedua masuk tu Auntie di beri diet without salt..apa nak rasa kalau semuanya tawar!, nampak sedap, bila masuk mulut...arggggHHH.
Tapi, Auntie seronok pulak dok kat spital ni...rehat-rehat, relax-relax best!!

Nor Azlina Yusof said...

Murah gak ek..makanan kat hospital swasta..Aween pnh mkn kat hospital temerloh..sorang makan ja RM 10 lbh..ambil nasi campur yang lauk besa2 ja..Semoga akak Kak Yati Cepat Sembuh

Nor Ramli said...

Hospital ni berdepan dengan king's hotelkan kak yati..kawan am pharmacist di situ..
Chong2 fun tu bukan hor see fun ke kak? Nampak sodap plak..hihihi...

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yatie...

Moga akak yatie cepat sembuh...
Emak mertua june pun baru aje menjalani pembedahan membuang hempedu sebab penuh dgn batu...

Sama2 kita berdoa semoga orang2 yang kita sayang cepat sembuh...InsyaAllah.

Leeza said...

Lapar za tengok makanan...sedap.

idasm said...

semoga kakak kak yati cepat sembuh. bz betul akak yea.

teringin pulak nak rasa chong2 fun tu.. mcm sedap..

Rusiah_Hazri said...

Mokde ada dgr kat durian tunggal org yg boleh ubat cara tradisional u lg mokdekeluarkan batu dalam buah pinggang @ sebagainya..tak ada pulak no org tu..tapi dh operate kan? kalau tau hr tu lg ok jugak...tak pe, semoga berjaya...

ieda said...

makanan hospital swasta mesti sedap kak.hosp gomen biasalah..saya dulu makan kat hospital...alahai dlm 4,5 kali on call adalah satu menu yg sedap..lain2 tu isi perut jer.

fzzh said...

Salam Kak Yati
Pembetulan kak yati. Makanan cina tu chee cheong fun bukan chong chong fun.
Moga kakak kak yati cepat sembuh.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Syuq sakit ke? Ha ha..akak cokelat memang tak minat. Tapi kekadang syuq kena juga jaga makan, tak jaga macam dipam2lah badan kita dan penyakit pun banyak..

Auntie Yan, kalau makanan tak garam memanglah, dekat kedai mamak pun kita rasa nak marah aje mamak tu ha ha. Tetapi sebenarnya yatie suka makan bubur Auntie Yan, cuma nak masak kat rumah, suami tak makan, bibik tak makan. Kita makan seorang2..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Aween, itulah murah makanan dia. Dia punya chicken chop pun murah aween, karipap dia pun sedap..he he

Am betullah tu, iye kawan Am ada di situ? Hmm..rasanya dah 4-5 kali akak bertandang ke hospital itu, ayah, kakak, pak sedara..he he..

Junes mak mertua dah okay tak? Orang tua lambat sikit sembuhnyakan, kakak yatie..Alhamdulilah, dia da masak dah..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha ha..tengok aje za

ida, alah macam laksam aje, letak kuah kacang, cili dengan sos hitam tu..

Mokde, iye ke? Tapi kalau batu karang ada, batu hempedu jarang ada orang boleh keluarkan. Sebab batu karang boleh keluar dari ari kencing..wawahuallam mok de..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ieda..tak pernah makan hospital gomen le pulak, tapi kalau dah sakit semua tak sedap..

Fizzh, ha ha iye ke namanya cam tu. Akak tanya budak tu apa benda ni, dia cakap chong2 fun, aku pun ikut aje..ha ha..thanks fazzh..