Gambar ini hanya hiasan sahaja. he he he
Minggu lepas saya pergi ke kedai perabot di Melaka bersama dengan kakak saya yang bosan duduk di rumah. Meninjau-nijau perabut untuk adik-adik saya. Ketika kami berada di dalam kedai perabot itu, tiba-tiba masuk seorang perempuan bersama pembantu rumahnya. Dia menunjuk-nunjuk barangan apa yang mahu dibelihya.
"Ini tiga buah, itu tiga buah. Banglo I tu baru siap. Baru pasang air cond. Bila you boleh hantar?"
Wanita yang membawa beg tangan berjenama, memakai cermin mata versace dan tampak bergaya itu bertanya pada jurujual yang ada melayannya.
"Dalam masa seminggu.."
"Oklah, hmm..rumah banglo I tu ada banyak bilik. Tapi tak apalah, I beli untuk tiga bilik dululah.."
Juru jual yang berada di kedai itu yang rata-ratanya orang melayu menganggukkan kepalanya.
"Kau pernah jumpa tak orang senang beli barang macam aku. Tunjuk aje, itu ini. Terus angkut.."
"Ada, dua tiga orang pernah saya jumpa. Beli barang berpuluh ribu.."
Jelas jurujual yang melayan. perempuan tersebut.
"Ada?"
"Ya ada.."
Saya tidak mendengar lagi perbualan tersebut kerana sibuk meneliti perabot yang mahu saya beli. Kemudian saya tiba di kaunter bayaran kerana telah memilih perabot yang saya mahu.
"Akak kena letak deposit satu ribu."
Saya terdengar jurujual bersuara pada perempuan yang bergaya itu tadi.
"Ahh! Sampai seribu depositnya.?"
Perempuan yang bergaya itu menjerit.
"Mana aku ada duit?" sambung perempuan itu lagi.
"Kad tak ada ke?" tanya jurujual. Saya lihat wajah jurujual yang macam cemuih sahaja dengan perempuan tersebut.
"Nanti kau antarlah aku bayarlah. Masa tu aku dah ada duit. Aku tunggu duit ni. Bila-bila masa aje duit aku masuk.."
Jawab perempuan itu. Saya lihat dia menelefon sana sini. Saya sudah selesai membuat pembayaran. Kakak saya yang duduk di kerusi di ruang pameran pun sudah bangun membuntuti saya.
"Kau dengar perempuan tu tadi?" Saya tanya kakak saya.
"Dengar, kecohnya dia. Bukan main bergaya lagi tapi takkan seribu tak ada ya?"
Jawab kakak saya.
Ha ha saya ketawa. Aduh..manusia memang lucu.....
14 comments:
aduhai ada gak org macam tu ye kak...
adoi..ingtakan kaya la sgt. apa motif dia bgtau banglo dia ada byk bilik?? uhuhu..
Salam Pn.Yati,
Memang ramai yang berperangai macam tu. Nak, nak nya bila dia tengok kita yang tak vogue ni ada sama...lagi kuat tone suaranya...kenkadang tu cakap orang putih berterabur...he!...he!...macamlah kita ni teruk sangat.
Donia!...donia!!
hahhaha...berlagaknya perempuan tu...
Berlagaknya perempuan tu...mgkn dia harap duit dia masuk..tapi kalau x masuk mcm mana?
ya allah...berlagaknya manusia itu kak...tapi kejadian begitu memang selalu berlaku...pakai kemain smart, siap dgn yang berjenama mahal2..tapi bila bayar kalau tak pakai kredit card nak buat eazy payment...
kalau org negeri sembilan kato itu org yg 'jobo' tak tontu arah...kelakor boto oghang tu, memang tak somonggah...ha..ha..
hahaha... bergaya aje lebih org ni yea. ish2.. ordernya bukan main lagi laju. sapa tak boleh, pakai air liur aje.. hahaha..
hehehe sure gelabah tak ingat akak vogue itu kans..?
sabor aje lah labuuuu...uhuhuhu
agak2 kalau kita gelakkan dia masa tu dia hangin tak??
kot saya kat tempat bebudak yg jual tu mau kena ayat ni.."takde duit takleh hantar barang kak..."heh...padan muka..
ibu ayu, ada itulah yang akak jumpa..ha ha ha
Nadiah, banyak lagi yang dia cerita pasal banglo dia tapi akak tak cerita..ha ha
Auntie Yan, memang..dengan cakap mat salleh dia lagi, saya senyum-senyum ajelah. Dah muak sebenarnya dengan orang seperti ini..
umie, dia masuk aje..tengok kuku kaki dia berwarna warni kita da boleh kenal wanita tu macamana orangnya,
Rizziela, itu juga akak terfikir. Aneh sungguh orang membeli belah tanpa duit ni..he he
Intan..ha hah..pakai kredit kad tu satu hal, yang pakai eazy payment tu yang kelakarkan..ha ha
Mokde, memang tak somonggah, orang melaka pulak tu..ha ha ha
betulahlah idasm, kita pun boleh order pakai air liurkan..ha ha
Tinie, berkali2 dia cakap..mana aku ada duit. Nanti aku bayar semualah. Akak rasa pelik sungguh!
ieda, jurujual tu senyum-senyum dekat akak tau sambil angkat kening sebab akak dah biasa dengan jurujual tu..ha ha
Post a Comment