Hari ini disekolah rendah Datuk Demang Hassan, Badrul dia dimarahi oleh gurunya kerana mencarut di dalam kelas dengan menyebut f**k.
Lalu Cikgu Bedah pun mendenda Badrul dengan berdiri di atas kerusi. Selepas loceng habis kelas dibunyikan. Cikgu Bedah menyuruh Badrul turun daripada kerusinya.
"Badrul ! kenapa kamu mencarut tadi?" tanya Cikgu Bedah. Dengan perasaan marah
"Erk, saya mencarut ke Cikgu?" Badrul mengarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Habis kamu cakap apa tadi?"
"F##K aje cikgu..?"
"Itu tak mencarut ke namanya?"
"Tapi ayah saya selalu cakap cikgu.."
"Hah..ayah kamu selalu cakap? Kamu tahu tak apa maknanya?"
"Tahu cikgu. Maksud dia...kereta lain, potong kereta abah saya cikgu!"
Kali ini Cikgu Bedah pulang mengarukan kepala.
Moral cerita ini, berhati-hatilah bercakap di hadapan anak-anak. Terutamanya ketika memandu. Kadangkala dalam memaki hamun pemandu lain, kita tidak sedar terkeluar perkataan yang tidak-tidak.
4 comments:
hehe.. mmg lawak. tp bahaya betul kan..
hahaha..kesian si anak jd mangsa..
Tapi memang betul pun. Anak-anak memang suka ikut cara perbulan dan perbuatan ibu bapa mereka.
Kena sentiasa berhati2 bila kita bercakap
lawak yg berbisa gitu hehehe
tu la kans ye kak..kdg2 org dewasa nih bcakap ikut sedap mulut..x sedar si cilik2 cepat belajar dr amali2 dorang tuh..ye dok?
Post a Comment