BAHAN-BAHAN
1 bungkus kueh teow (rendam air panas dan gaul dengan kicap)
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 ulas bawang merah
2 sudu minyak
2 sudu sos kicap
sekeping dada ayam
Kerang
Udang
Sotong
lobak merah
kobis bunga
Putik jagung (tapi saya tak ada putik jagung)
Sawi /Kailan
2 sudu besar tepung jagung
cili padi
kobis
Stock daging atau ayam/kalau tak ada kuib ayam pun boleh.
garam
CARA-CARA
1. panaskan minyak. masukkan bawang, bawang putih dan goreng sehingga kuning. masukkan ayam yang dipotong kecil2.
2. Bila ayam dah masak, masukkan batang sawi dan sayur yang keras, goreng seketika. Masukkan stok ayam/ air mengikut keperluan.
3. bila dah nak mendidih masukkan kobis bunga, semua sayuran.
4. Kemudian masukkan udang/sotong/kerang.
6. Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow yang sudah disalut dengan kicap.
7. Hias dengan cili api dan limau.
7. Hias dengan cili api dan limau.
3 comments:
aduh kak, sedapnya. dh lama sgt tak makan kue teow ni.
kak, nanti akak letak kat blog, rantai dari daun ubi tu yea... hehe.. teringinlah nak tengok gimana rupanya..
koey teow satuuuuu...siappp..!! hehehe
wahhh menarik nih kalu skali-skal tukau selera..tenkiu2 kak..kasi idea menu utk ari ini hehehehe
dan dan rasa nak p buat..hehe
Post a Comment