"Umi, umi macam mana nama dia jadi rambutan, umi."
Sekarangkan musim rambutan. Jadi banyaklah buah rambutan yang saya bawa balik dari kampung. Jadi Qaisara mungkin hendak tahu bagaimana buah rambutan diberi nama.
"Oh..ada ceritanya.."
ha ha entah iye ke tidak umi si Qaisara ni.
"Ceritalah umi.."
"Pada satu hari, ada seorang budak bernama Atan. Dia sering membantu ayahnya ke hutan, mencari kayu."
"Kayu buat apa umi?"
"Dulu, tak ada dapur gas. Jadi pakai kayu api untuk memasak.."
"Oh.."
Itu jawapan Qaisara, dalam hati berasa syukur kerana dia tidak bertanya lebih lanjut pasal kayu api. Kalau tidak parahlah juga saya mahu menerangkan.
"Lepas tu umi.."
"Ketika balik dari hutan, Atan terjumpa satu pokok yang berbuah amat lebat. Berwarna merah. Ayah..ayah, buah apakah ini. Buah ini macam rambut Atanlah. Maka si ayah pun memetik buah tersebut dan cuba memakannya. Wahh..sedap sungguh buah ini, kata ayah Atan. Atan pun mencubalah. Atan pun bertanya apakah nama pokok tersebut. Kata ayah Atan, oh..namanya ayah tak tahu, tapi baiklah kita panggil rambutan kerana buah ini macam rambut Atan."
Qaisara yang duduk di celah ketiak saya tersenyum-senyum sambil menganggukkan kepalanya.
"Sebab itu nama dia rambutan ya umi. Rambut Atan.."
Wah..Qaisara sekarang sudah faham. Baguslah, detik hati saya.
"Umi, cerita macam mana dapat nama buah orange, buah strawberi, buah pisang umi ya."
"Arghhhhh? Heasy budak ni!" Ha ha ha..
Pitam umi dia dibuatnya.
9 comments:
parah umi nak kena cerita semua sejarah buah.. hehehe...
qaisara mmg bijak!!!
Hahahaha.....memang tak boleh nak jawab. cakap je tak tahu, senang.
haha..ingatkan stop sampai situ..suruh cerita psl buah lain pulak. kalau nadiah pengsan dah! ahaha..
hahhahaha..klakarnya..saya pun nak gak kak..cerita la mcm mana dapat buah durian pulak kak..hihihihihi
hahahha...jawab kak yatie..jawab... Qaisara cerdik..itu sebab macam2 dia tanya, naluri nak tahu dia kuat...hadif pun gitu, "Allah ciptakan pasir ye mama?" kalau jalan raya sape yang ciptakan?" hahhahaha mama pun separa pitam nak menerangkan...tapi kena terang jugakkan kak...proses dia belajar...
hahahah..menjawablah umi qaisara nampaknya...
:D
uik...ada cerita rupanya erm...baru lah den tahu....
hahaha...sib baiklah umi qaisara ni penulis novel..boleh jugaklah mereka cerita...
tapi agaknya budak dlm cerita buah oren tu nanti apakah namanya yek..
huhhuuhhh.. pandai akak mereka cerita. penulis novel lah katakan.. kalo saya,... kantoi... jenuh berpeluh2 nak cerita.. kalo takde idea... 'okeh, kita sambung esok.... '
Post a Comment