Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, July 7, 2010

BALI LAGI

Turun daripada gunung Batur, kami singgah ke Taman Herba. Taman Herbanya macam di Malaysia jugalah. Tetapi anda boleh mencuba kopi percuma dan kemudian boleh membeli kopi, teh dan pelbagai minum yang dijual di situ.
Pak Seyit dengan Qaisara sedang menikmati minuman. Tanaman herba di sini diusahakan oleh keluarga. Tetapi semua tanamannya ada di Malaysia, seperti pokok kopi, daun kunyit, pokok ciku (macam bukan herba aje aik) dan sebagainya. Ha ha..

Kanak-kanak kecil yang ada di dalam gambar ini namanya Komang. Sudah berusia 7 tahun tetapi tidak mahu ke sekolah.
"Kenapa tak mahu pergi sekolah?" tanya saya pada Komang.
"Nggak suka.." jawab dia.
"Pergi sekolahkan ramai sahabat.."
Komang hanya tersengeh-sengeh sahaja. Saya terfikir kenapa ibu bapa Komang tidak memaksa anaknya ke sekolah? Sedih rasanya.. Qaisara ada kalanya menangis tidak mahu ke sekolah. Tetapi sebagai ibubapa bukankah tanggungjawab kita memastikan anak mendapat pelajaran yang sewajarnya.



Di pangku Komang itu adalah bayi. Walau baru berusia 7 tahun Komang sudah pandai menjaga bayi. Agaknya bagi Komang dunianya hanya di situ sahaja dan bila dewasa, berkahwin dan mempunyai bayi sendiri.

Di pertengahan jalan sempat singgah melihat sawah padi yang cantik ini. Tapi di Bali seperti kata pemandu saya. Semuanya berbayar, parkir kena bayar, kencing kena bayar. Hanya kentut sahaja tidak berbayar. Ha ha..Parkir kereta mahu tengok sawah padi ini pun kena bayar? Ya ampunn...




Paling mengejutkan, kami berhenti sahaja. Sudah ramai mengerumuni kami. Pak Seyit melayan mereka ini dengan bertanyakan harga barangan yang dijual. Mengajak mereka bercakap. Saya marahlah dia kerana melayan jurujual ini. Tetapi jawab suami saya yang cerdik ini.
"Honey I tak mau dia ganggu you mengambil gambar, jadi sementara you ambil gambar biar I layan mereka. Bukan nak beli pun!"
Wah..pandai idea suami sayakan. Ha ha ha.. Sebab tu saya sayang dia!







3 comments:

idasm said...

hahaha.. memang bijak mr. seyit akak!

Deeeee said...

Salam Kak Yati,

alo alo alo.. sweeeetnya pak seyit ni!Sayang sungguh namanya tu ^__^

GREENJADE said...

hehe bijak bijak nye Pak Seyit..untung nye akak dpt melepaskan diri hehehe