Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 21, 2009

SAYUR TERUNG..HENTAM

Sejak akhir-akhir ini nak update blog cukup malas rasanya. Jadi hari ini saya tempekkan masakan Turki yang saya pelajari daripada kak ipar saya. Entah apa namanya saya pun tak tahu. Ha.ha.ha. Saya namakan masakan sayur terunglah!

Ini ramuan wajiblah, bawang putih, bawang merah, minyak zaitun dan tomato. Bawang putih, dipotong halus begitu juga bawang merah. Tomato dipotong 6 atau 8.

Terung, beberapa biji ikut sukalah. Tapi terung di turki tidak ada biji jika dibandingkan dengan terung Malaysia. Terung di sana seperti terung Jepun yang banyak di jual di pasar raya di sini. Terung ini perlu digoreng menggunakan minyak sehingga lembut. Angkat dan toskan.


Timun, biasanya saya buat menggunakan timun cameron atau timun jepun yang hijau dan slim.



Isi ayam, dipotong-potong kecil.


Kentang yang diracik-racik sebegini. Tetapi terpulanglah pada individukan. Kentang ini perlu digoreng dahulu sehingga masak/lembutlah.

Goreng bawang putih, bawang merah menggunakan minya zaitun, apabila sudah lembut masukkan ayam, goreng sehingga ayam masak.

Masukkan timun kemudian masak sehingga separuh masak.

Masukkan terung yang sudah digoreng, kentang dan tomato. Gaul sehingga sebati. Masukkan garam dan juga perasa. Kalau tak ada garam apa pula rasanyakan? Sedap di makan dengan roti. Komen suami..sedap, sedap, sedap.
"Tetapi kenapa kamu letak kacang kecil-kecil dalam terung ni? Saya tak berapa sukalah" suami bertanya saya.
"Mana ada kacangnya hubby?"
"Ini..." dia menunjukkan biji terung.
"Lah..itu biji terung bukan kacanglah.."
"Aik terung ada biji?" ha..ha.ha.
Itu ketika pertama kali saya masakkan sayur ini untuknya. Sekarang dia dah lali dan dah tahu yang terung di Malaysia ada biji.. Macam-macam halkan...
Selamat mencuba....

Friday, July 17, 2009

KAMU KELEDAI

Suami kalau bergurau dengan Qaisara. selalu menggunakan perkatakan.Esek!. Atau pun keledai Saya selalu marahkan dia kerana mengatakan Qaisara Keledai.. Dalam masyarakat melayu memang pantanglah kalau kita dikatakan keledai bukan?

“Awak jangan salah faham. Keledai adalah binatang yang comel. Saya ingat satu masa dahulu masa sekolah rendah. Cikgu mengatakan saya..Esek! Sebab cikgu cakap betapa comelnya mata awak. Macam mata anak keledai.”

Betapa saya tegur, suami tidak pernah mempedulikan kata-kata saya. Bahkan ketika di Turki perkataan itu ditujukan kepada anak-anak kecil rakan-rakannya. Anak-anak itu tampak begitu gembira sekali. Mahu tidak mahu terpaksalah saya telan dan terima sebagai satu budaya orang Turki.

Kalau di luar negara contohnya di UK, Orang-orang di sana kalau melihat anak-anak comel selalu mengatakan so cute like piggy! Bagi mereka anak babi adalah binatang yang cukup comel. Sebab itu ada babi dalam kartun Pooh.


Comel ke keldai ini?

Jadi bila anak-anak kita disamakan dengan anak khinzir jangan marah. Cute kata mereka walaupun jijik bagi kita.

Bagi orang-orang arab pula. Bila kita sebut mereka khinzir. Mereka tidak akan marah sangat. Bagi mereka, babi cuma najis tetapi tidak hodoh atau bodoh. Tetapi cuba sebut himar atau keledai. Mahu bergaduh atau bertumbuk tengah jalan. Bagi mereka, walau khinzir itu najis tetapi yang paling hina, paling bodoh, paling bangang di mata masyarakat mereka adalah keldai.

Dan saya selalu teringat lawak bodoh masyarakat kita. Kenapa babi jalan selalu tunduk sahaja. Jawapannya sebab mereka babi.

Kalau di Malaysia babi jalan tunduk sudah pasti di negara Barat babi jalan mendabik dadakan. Ha.ha.ha..Apa jugalah yang saya repekkan ini.


PETALING STREET DAN CENTRAL MARKET

Lama sungguh saya tak pergi Petaling Street. Kalau tak berbelas-belas tahun dahulu sayalah umat manusia yang lalu situ setiap hari ke Kolej Informatic yang sekarang sudah dipindahkan di jalan Ampang. Hujung minggu lepas saya ajak suami ke sana. Mak aik..melaut sungguh orang.

Memang banyak sungguhlah barangan imitation yang cantik-cantik dan murah-murah. Qaisara yang sekarang gila kasut tumit tinggi tertawan dengan barisan kasut-kasut ini.

Ini kasut yang Teta beli di Petaling Street. Sekarang hobi Qaisara tengah mengumpul kasut-kasut ini. Nanti kalau ada masa saya cerita pasal kasut Qaisara ni.

Masa kami mencelah di dalam ratusan orang ramai, mungkin sama ramai pembeli dengan penjual. Sampai terpaksa mencium bau ketiak pelancong-pelancong asing yang tak mandi. Ha.ha.ha..Teta menjerit-jerit mahukan beg hello kitty. Saya, bibik dan suami saya, mendongak-dongaklah kalau ternampak mana-mana beg Hallo Kitty.
"I cant see any hello kitty beg sayang.." saya memberitahu Qaisara.
"I see umi, i see just now.."
"Are you sure sayang?"
"Im sure umi..i see umi. Please turn back umi.."
Kami pun berpusing baliklah. Mengikut arahan si kenit yang banyak songel ini. Aduh..kena harung lagi lautan manusia. Cium lagi bau ketiak orang. Kami bertiga langsung tak nampak beg Hallo Kitty. Semuanya beg tangan wanita dan lelaki.
Tetapi tiba-tiba Qaisara menjerit dan menunjukkan beg duit ini. Lah....
Harga yang diletak RM50. Suami yang kejam tawar RM15. Tak dapat. Bila angkat kaki, kami ditawarkan RM20. Workmanship dia cantik. Bolehlah RM20.


Kami sebenarnya nak ke Tropicana, rumah sahabat suami. Tapi singgah dahulu di Central Market, mahu membeli kek di Secret Recipe yang ada di situ untuk ke rumah temannya. Lama sungguh tak ke sini. Kalau masa bujang dahulu..muka nilah dok menepek di sini tengok gelagat orang. Wah.food court dia da cantik. Ha..ha..terkenang hal dulu-dulu. Masa bertemu janji dengan seorang insan berlawanan jenis. Dia melamar saya di sini. Tetapi setelah berfikir-fikir saya menolaknya. (pecah rahsia..ha.ha)
"Asal kau tak mahu dia. Kerja dia bagus, rupa boleh tahan" saya masih ingat ada seorang teman bertanya saya.
"Kahwin dengan dia baik aku kahwin ngan teddy bear."
"Kenapa?"
"Aku cakap 20 patah dia cakap sepatah. Pendiam ya amat. Baik aku beli teddy bear, aku peluk. Kalau aku marah, boleh aku cubit2 teddy bear tu." saya memang kejamkan.
Perisitwa itu sudah berlalu hampir 20 tahun yang lalu. Harap-harap lelaki itu sudah beristeri dan berbahagia.

Ada pulak pertunjukkan kebudayaan. Masa tengah-tengah maghrib tu. Masa tu saya tengah bersolat di surau. Bukankah lebih baik di buat agak lambat sedikitkan.

Ini Teta bersama kawannya Rabiah. Anak kepada kawan suami saya. Rantai yang dipakai Teta hadiah dari Lizabujang (tak ada orang pulak nak bagi saya rantai aik..ha.ha)

Thursday, July 16, 2009

MACAM-MACAM SI TETA NI..

Blog saya ni dah macam blog Qaisara pulak. Tapi hari-hari ada sahaja perangai dia. Ada sahaja cerita baru dia. Suami selalu bertanya, masa saya mengandung apa yang saya makan sebab perangainya tak ubah macam ulat tahi yang melompat sana sini tak suka duduk diam. Ada sahaja yang keluar dari mulutnya yang sering membuat saya dan suami terperanjat.

Malam tadi selepas makan malam, kami bertiga berehat di dalam bilik. Si Teta mulalah mengeluarkan semua kerenah dia.
"Umi-umi..umi takut tak hantu?'
"Taklah..."balas saya.
"Kenapa umi tak takut?""
"Umi baca-baca hantu hilanglah. Macam umi baca-baca syaitan hilang dari badan Teta."
"Kalau Teta jadi hantu umi takut tak?
"Taklah.."

"Asal umi tak takut kalau Teta jadi hantu"
"Hantu comel mana umi nak takut.." saya ketawa, suami saya juga.

"Tengok ni umi. Tengok ni..takut tak?" Qaisara sudah membuat wajah yang konon menakutkan saya.
"Taklah sayang. Tak takut pun..biasa-biasa sahaja.."

"Ini pun umi tak takut?" tanya Qaisara macam tak puas hati sahaja.
"Tak..hantu comel macam Qaisara, mana umi takut.."
"Umi.."
"Hm..."
"Umi baca-bacalah.."
"Baca apa sayang?"
'Baca quran tu. Yang selalu umi buat tu.."
"Untuk apa sayang?"
'Umi tengok Teta hilang ke tidak?"
Huwahh..ha.ha..masa tu rasa nak hantuk kepala saya ke dinding...

Wednesday, July 15, 2009

MOGA KAU SELAMAT BURUNG!

Beberapa hari yang lepas, kucing kurap yang selalu saya bagi makan, menangkap seekor burung yang rajin singgah ke rumah saya (dasar kucing kurap tak sedar diri, sudahku beri makan, nak bergaduh dengan binatang lain he..he.) Burung tersebut tercedera di kepaknya dan tidak boleh terbang.


Lantas saya dengan bibik memungut burung tersebut dan meletakkan minyak gamat dikepaknya dan berharap dia akan dapat terbang.

"Dia tentu lapar ibu" kata pembantu rumah saya kemudian bergesa kedapur membawa sepiring kecil nasi. Lalu disumbatnya ke dalam mulut burung tersebut satu persatu. Saya tak tahulah burung ni burung apa. Kelicap ke atau burung pipit seperti kata Lizabujang..


Tengoklah bibik saya ni, tidak puas disumbat kemulut burung tersebut, ditonyohnya lagi paruh burung itu ke pinggan nasi..ha.ha

"Kenapa burung ini tak mahu makan lagi ibu?" tanya bibik saya
"Kamu tengok burung tu besar mana?"
"Besar nilah ibu.."
"Pinggan nasi kamu tu besar mana?" tanya saya lagi. Bibik sudah ketawa.
"kalau kamu pun badan macam burung ni, kamu sumbat perut dia dengan nasi sampai satu senduk. Mahu perut dia meletup tahu tak?"
Ha.ha..bibik sudah ketawa besar.


Lepas diberi makan saya simpanlah dalam kotak sementara menunggu Qaisara bangun tidur. Saya mahu menunjukkan kepada anak saya burung tersebut. Qaisara tentu gembira nanti. Tetapi apabila Qaisara bangun, burung yang berada di dalam kotak itu sudah terbang.
"Where she go umi?" tanya Qaisara.
Saya diam memikirkan apa jawapan yang patut saya beri pada Qaisara, saya tahu Qaisara mesti kecewa dengan ketiadaan burung yang saya canang-canangkan itu ketika saya mengejutkan dia bangun, tetapi beberapa saat kemudian Qaisara pula bersuara.
"No sadla umi..." Qaisara seperti tahu sahaja perasaan saya.
"she fly to see her fatherla umi.."
"Oh..yelah sayang, you are right!" wah..gembira sungguh saya dengan kata-kata Qaisara.
"She go back see her mother..."
Saya anggukkan kepala saya. Teta sudah mula mengerti kehidupan! Hati saya berbisik.
"Kalau Teta macam burung tu, Teta do same umi..."
Air mata saya seperti mahu menitis. Saya teringatkan burung tersebut dan saya berharap dia sudah berada di sisi emak dan ayahnya, seperti yang diharapkan oleh Qaisara.


Monday, July 13, 2009

PEREMPUAN SEPERTI BUAH

Sudah beberapa kali suami bercerita mengenai seorang kawannya yang kaya raya dan mahu berkahwin lain.

“Saya tak tahu kenapa dia mahu berkahwin lain. Dia mempunyai seorang isteri muda yang cantik dan juga anak-anak yang comel. Saya fikir Mahmet ni 'kuku' atau gila seks.."

Cerita suami pada saya. Pada mulanya saya hanya mendengar. Malas mahu mencampuri urusan rumah tangga orang. Tetapi baru baru ini dia membawa saya ke rumah sahabatnya. Di salah sebuah kawasan elite di Kuala Lumpur ini. Suami menyuruh saya bercerita dengan isteri Mahmet. Ketika kami sampai di rumah banglo tiga tingkat itu, kami disambut oleh sahabat suami saya yang saya namakan Mahmet dan juga anak-anaknya yang sungguh comel seramai 6 orang.

“Selamat datang..”

Seorang perempuan seperti perempuan Arab muncul tidak lama kemudian. Kami berpelukan buat seketika. Perempuan arab itu adalah isteri kepada Mahmet. Masih muda lagi dan saya ketahui kemudian usianya dalam umur 30 tahun.

Dia berkahwin dengan Mahmet ketika usianya masih muda. Masih belasan tahun.Perbezaan umur dia dengan Mahmet hampir 25 tahun.

“Saya amat suka tinggal di Malaysia..”

Cerita isteri Mahmet yang bernama Mariam itu. Berasal daripada Arab Saudi. Fasih berbahasa Inggeris.

“Saya tidak perlu memakai pakaian hitam, saya boleh memandu. Saya bebas ke sana ke mari. Kehidupan di Arab Saudi amat mengerikan..”

Mariam bersuara. Saya duduk berasing ruang tamu dengan suami jadi Mariam yang sebentar tadi menyambut kami dengan cadurnya, sudah membuka tudung dan cadur yang dipakainya. Tampak dia cantik sungguh!

“Di Arab Saudi, ramai lelaki mempunyai isteri 3-4 orang. Ini sudah menjadi seperti budaya. Mereka duduk serumah. Kalau duduk di sesuatu kawasan itu, kamu akan tahu mereka semua bersaudara. Mereka berkongsi suami, berkongsi bapa mertua, emak mertua…” saya mendengar ceritanya dengan pelbagai perasaan.

“Saya suka di sini. Lelaki melayu jarang yang saya dengar berkahwin lain. Tidak macam lelaki Arab…” begitu rancak sekali Mariam bercerita. Rumah besar itu mempunyai banyak ruang tamu dan terpisah dengan tembok antara satu sama lain. Jadi perbualan kami tidak boleh didengar oleh Mahmet dan suami saya.

“Suami saya sekarang sedang mencari isteri lain. Saya adalah isteri ke lima selepas dia menceraikan isteri keempatnya. Sumpah saya tidak tahu dia pernah berkahwin seramai itu. Perkahwinan saya diatur oleh ayah saya. Sudah banyak lamaran yang saya tolak. Kamu cuba fikir. Semua lamaran tersebut mahu menjadikan saya isteri ke dua, ke tiga dan ke empat. Kalau kamu pun tidak akan menerima. Jadi bila suami saya melamar dan mengetahui dia bukan orang Arab dan tidak beristeri saya berasa syukur.”

Saya terperanjat kerana dia tahu rancangan suaminya mahu berkahwin lain. Hati saya terasa hiba.

“Awak tahu, suami awak mahu berkahwin lain?” Tanya saya, seperti tidak percaya.

“Saya tahu, dia beritahu saya. Dia pernah mahu mencari perempuan melayu. Tetapi tidak ada perempuan melayu mahukan lelaki yang punya 6 anak dan masih beristeri. Jadi dia pergi mencari perempuan Indonesia. Perempuan pertama yang mahu dikahwini oleh suami saya, saya kenal. Saya ajak dia datang ke rumah. Dia datang bersama ibu bapa dan saudara maranya. Saya layan dia dengan baik, saya hadiahkan dia dengan pelbagai barang-barangan. Kami habiskan berpuluh ribu ringgit untuk belikan dia barang kemas. Tetapi dia tarik diri berkahwin dengan suami di saat akhir..”

“Kenapa pula jadi begitu..” ini bukan novel. Ini kisah hidup sebenar yang diceritakan kepada saya.

“Perempuan tersebut berasakan saya mempergunakan dia untuk memuaskan nafsu seks suami saya. Saya tidak ada perasaan cemburu atau marah. Kata dia, satu masa nanti dia akan ditinggalkan kerana suami saya berkahwin dengan dia hanya memenuhi tuntutan nafsu bukannya cinta..”

Hati saya benar-benar basah ketika ini. Saya tahu hati Mariam hancur. Tetapi dia cuba melawannya.

“Yang kedua pulak, saya tidak kenal. Suami mencarinya sendiri di Indonesia tetapi kuasa ALLAH. Perempuan itu sekampung dengan pembantu rumah saya. Pembantu rumah saya beritahu perempuan itu, saya orang yang bagaimana dan berapa anak saya. Jadi perempuan tersebut tidak sampai hati mahu berkahwin dengan suami saya walau suami sudah membayar wang hantaran sebanyak RM6 ribu.."

Saya melihat wajah Mariam yang kelihatan tenang sahaja. Saya tanya perasaan Mariam. Sekadar ingin tahu.

“Sedih, saya fikir saya mahu lari dari orang-orang Arab dan berkahwin dengan orang Turki. Tetapi malang, perangai mereka sama kerana suami saya dibesarkan di Arab. Berkahwin ramai sudah membudaya dalam dirinya. Tetapi saya yakin, saya serahkan diri saya pada ALLAH. Kalau Allah tidak mengizinkan suami saya berkahwin lain. Allah tidak akan lakukan. Saya tidak mahu melarang suami mahu berkahwin. Lelaki kalau semakin dilarang semakin menjadi-jadilah dia.”

Kasihan wanita ini. Sudah penat melahirkan anak seramai 6 orang, sudah penat menjaga badan untuk suami. Tetapi suami tidak menghargai perasaannya.

“Betul kata awak. Tetapi bukankah itu mencari masalah. Sekarang setiap hari dia tidur dengan aman, hanya memikirkan satu rumah. Esok-esok kalau dia berkahwin lain, bukankah dia akan pening memikirkan rumah yang lagi satu? Apa alasan dia berkahwin lain?” saya bersuara dengan perasaan yang sukar digambarkan.

“Kata suami saya, perempuan ibarat buah. Ada macam-macam rasa, ada macam-macam jenis. Jadi dia ingin merasa buah anggur, strawberi, epal dan sebagainya..”

Hati saya menggerutu. Rasa marah teramat sangat. Saya menyumpah-yumpah dalam hati. Ketika mahu balik, Mariam memeluk saya erat.

“Sila datang lagi. Saya suka bercerita dengan awak..” saya dapat melihat mata Mariam yang basah. Dalam hati saya berdoa supaya hidup Mariam dirahmati dan dipermudahkan. Saya berdoa supaya Mariam tabah bersama anak-anak.

“Lelaki macam Mahmet itu memang suka mencari masalah. Saya tahu Mahmet sekarang mengalami masalah dalam perniagaa. Beberapa puluh peratus dari sahamnya terpaksa dijual kepada orang lain. Saya rasa ini balasan ALLAH pada Mahmet kerana mempunyai niat tidak baik pada isteri dan anak-anaknya. Orang yang menganiaya isteri akan disekat rezekinya oleh ALLAH.”

Balas suami saya apabila saya menceritakan perbualan saya bersama Mariam dengan suami. Saya berharap saya tidak akan jejakkan kaki lagi ke rumah Mahmet. Namun saya tidak akan berhenti berharap yang Mariam akan dilindungi dari perbuatan suaminya yang tidak menghargai pengorbannya.

"Apalah saya ni..dapat kawan miskin pun 'kuku' dapat kawan kaya pun 'kuku'. Orang-orang di Turki di sini ramai yang 'kuku':

Saya ketawa mendengar kata-kata suami. Syukur..suami walaupun orang Turki tetapi tidak sakit jiwa seperti rakan-rakannya.


Kuku=Someone who is equivalent to a retard/mental problem


Saturday, July 11, 2009

HARI BERATUR SEDUNIA


Saya ke genting lagi. Naik cemuih rasanya ke Genting. Tetapi sebab membawa Bezya berjalan-jalan semasa summer break ni (ain, dia dok ngan akak masa summer break aje, ari tu lupa nak jawap soalan ain). Biasa saya tinggal di Theme Park Hotel, tapi kali ini gatal pulak tukar di First World Hotel. Hotel yang mempunyai lebih 6000 bilik ini. Nak check in pun satu kerja.
Nak ambil nombor untuk check in pun kena beratur. Nak check in lagilah beratur. Aduh..letih sungguh. Check in di mesin IC saya tak diterima. Jadi kenalah beratur panjanggg.....


Kemudian bila sarapan pagi, memang cafenya cukup besar. Orang pun memang ramai. Bayangkan untuk 6000 bilik dan satu bilik selalunya untuk dua orang. Jadi mestilah masa sarapan pun kelam kabut. Tengok gambar di atas, orang beratur hanya untuk mendapatkan sebiji telur.


Ini pula siap bawak pinggan, menunggu mee goreng. Mee gorengnya cuma diletak kucai dengan taugeh. Tetapi laris macam goreng pisang panas. Itu tanda-tandanya makanan yang lain tidak mengancamlah tu...

Masa balik kami berhenti di awana nak naik cable car. Pun kena beratur hampir 1 jam. Betul-betul hari ini dan semalam adalah hari beratur sedunia.


Masa saya beli jajan masuk ke bilik, Qaisara tanya saya. Umi beli penyapu kenapa umi? Penyapu? Bila masa saya beli penyapu. Kemudian dia keluarkan benda ala ni dari plastik barangan yang saya beli. Saya dan bibik ketawa haha..ha.ha... Mungkin lidi kelapa yang dibuat mencucuk satay ikan ini sama dengan penyapu di rumah. Bibik saya suka makan ini..

"Umi sedaplah penyapu ni.." Huah.ha.ha..
Saya tak makan pun dia dok pakat makan dengan bibik.


Ini nasi lemak basi. Harganya RM4.60. Hanya telor sebelah. Apalah orang berniaga sekarang ni, nasi basi pun dijualnya..

Kali ini ke Genting Teta tak banyak bermain dia ajak saya shopping. Dia rembat tali pinggang berkepala gitar ini. Hacus anakku! Masa beratur untuk menaiki cable car..ada pula yang menegur tu.
"Wow...abang tengoklah budak tu, comelnya. Tali pinggang dia cantik.." ha.ha.ha
Saya hanya senyum-senyum sahaja. Qaisara malu-malu berdiri di belakang bibik saya...



Thursday, July 9, 2009

PEMILU DAN SURAT SUARA

Hari ini pembantu rumah saya dapat surat. Rupanya dari kedutaan. Dia suruh saya membukanya. Memang semua surat yang Sari dapat dia akan suruh saya baca. Selalunya saya baca sekali lalu sahaja. Malas saya mahu membaca surat orang. Dia pula akan beria-ia bercerita isi surat tersebut. Kadangkala malas mendengar, tapi kasihan saya dengar dan selalu cakap iye..iye..iye..ha.ha.


"Oh..ini kamu kena mengundi ni Sari"
"Mengundi? Apa tu ibu"
"Yelah..pemilu. Suarat Suara.."
"Oh..pemilu, surat surat untuk apa ibu?"
Sari ni memang blur sikit. Kalau tanya penyanyi Indon, jangan harap dia tahu. Pelakon pun jauh sekalilah. Cerita Nabila, Mutiara Hati pun dia tak tahu. Padahal..dia menonton depan TV. Ketawa terkekeh-kekeh. Tetapi kekadang tanya, cerita apa. Dia tak tahu.
"Presiden dengan calon presiden.."
"Ibu undilah...


Aik..saya pula dah jadi Indon. Ha.ha.ha..apalah bibik ini.
"Tak kuasa saya.."
"Ibulah. Ibu sahaja tanda-tanda mana ibu suka.." keh.keh..keh..kelakar betul pulak pembantu rumah saya.
Saya pun belek-belek, pandang satu muka ke satu muka.
"Ini wakil presiden SBY ni handsome. Muda pun muda. Tak mahu undi.."
Si NB pilih yang handsome sahaja. Cover buku nak lelaki handsome, mengundi kat Indon pun suruh si bibik pilih yang handsome. Ha.ha.ha..
Khairul adik saya yang sedang minum, menyokong untuk mengundi SBY (sebutan indon SBYEH)
"SBY tak mahulah.." pulak dah. Saya hulurkan pada dia kertas undi tu. Dia belek-belek beberapa kali.
"Ramai-ramai lelaki, ada perempuan seorang. Kita undi perempuanlah ibu aik.."
Ha.ha.ha..lantaklah Sari. Pentingnya lepas dia mengundi. Esok saya poskan. Terlepaslah tanggungjawab dia sebagai rakyat Indonesia. Dan terlepas tanggungjawab saya sebagai majikan...

Wednesday, July 8, 2009

RENCAM SEMALAM

Semalam memang agak sibuk buat saya. Pergi printing untuk Buku Billy Malligan. Tukar lagi printing sebab nak cuba printing ni okay ke tidak.

1. Sempat menyelit-yelit ke Sogo dan sempat beli satu lagi kamera(dasar umat yang sengaja nak membazir membuang duit sedangkan sudah ada beberapa buah kamera lain).Nasib suami tak tanya apa yang saya beli..he.he..

Kemudian beli baju Qaisara. Biasalah ke sogo kalau tak beli baju Qaisara tak sahlah.Di kaunter ketika membuat pembayaran membeli baju Qaisara ada dua makhluk tuhan yang menyangkakan dirinya seksi.

“Saiful..kau pakai macam ni, kau make up macam ni..garenti Rahim gilakan kau..”

Salah seorangnya bersuara yang bernama Saiful tersipu-sipu malu. Macam menrenyam aje nampaknya.

“Astaghfirullahulazim.”.dalam hati saya berdetik. Tapi saya tak campurlah. Nanti tak pasal-pasal kena cepuk.



2. Suami suruh saya topup dia punya touch n go, suami saya ni berchatting, main komputer cukup pandai. Tetapi bab teknologi tak tau. Kalau komputer terpeliut sikit, sayalah yang terjerit-jerit dipanggilnya. Kadangkala streamyx problem pun dia suruh check sana sini. Ahh..apatah lagi nak upload touch n go di mesin ATM. Lagilah dia tak tahu..saya letak RM300 sebab dia buat marketing. Di Kuala Lumpur mana-mana pergi mesti ada tol.

“Wah..duit tol sahaja nak macam gaji saya sebulan umi..” pembantu rumah saya menegur.

“Kalau saya ..makan tol sahajalah hari-hari..” sambung pembantu rumah saya lagi.

Ha..ha.ha..saya gelak besar dengan kata-kata bibik saya itu. Ya..tak yah juga. Banyak negara saya pergi, Malaysialah banyak tol. Sana sini tol. Kalau dekat Turki. Di Kayseri satu tol pun tak ada. Istanbul seingat saya satu tol sahaja. Saya rasa di negara Asean yang saya pergi. Malaysia boleh digelar King of Tol jangan satu masa nanti jadi King of Toyol sudah. Sebab selalu telan duit rakyat.


3. Balik dari sogo pergi ambil bezya ditempat dia tuisyen bahasa Inggeris di Taman Desa. Dia sudah lesap entah ke mana-mana, telefon berkali-kali tak jawab. Nasib suami telefon kawannya. Kawannya beritaiu dia pergi ke cyber café. Aduh..Taman Desa sudahlah sesak, hujan lebat, parking tak ada. Dia pergi merayap. Sedangkan di rumah ada internet 24 jam dan ada komputer sendiri. Apa lagi kena marah kaw-kaw dengan baba dia yang panas baran. Saya yang tak suka dengar..urut-urut belakang suami saya suruh bertenang. Dan penghabisan saya juga yang kena marah sama..ha.ha.ha.

“Bukan badan Qaisara sahaja ada syaitan, dalam perut tu pun ada syaitan tau. Sebab tu perut tu besar..” saya mengusik suami yang kepalanya sedang berasap.

“Ini mesti jenderal syaitan ni.Cuba buat mengucap, beristighfar..” saya menyuruh. Dan akhirnya suami ketawa saya pun ketawa. Bezya yang dibelakang pun mengekeh ketawa. Suka sebab saya tolong dia!


4. Balik singgah Tesco sebab bibik berpuasa. Kata bibik dia dulu-dulu tak pernah puasa. Sejak bekerja dengan saya dia rajin berpuasa. Saya selalu suruh dia ganti puasa yang lepas-lepas. Esok kamu mati siapa nak ganti puasa kamu. Itu saya selalu nasihatkan dia. Alhamdulilah..dia makan nasihat saya. Dari tak bertudung pakai seluar pendek dia sudah bertudung. Saya selalu belikan dia seluar panjang dan baju lengan panjang. Kata saya esok-esok kalau tak kerja dengan saya pun. Pakailah tudung, puasa, solat. Saya bergesa naik tingkat atas Tesco mahu bersolat maghrib kononnya. Auwah..ha..ha.ha sebaik sahaja beri salam, baru azan dari masjid Kajang kedengaran. Akhirnya solat lagi sekali..


5. Kami makan nasi ayam. Bezya sekarang tengah diet kononnya. Budak 16 tahun memang mungkin terlalu memikirkan penampilan diri (berkali-kali saya cakap dengan dia, dia dah cukup cantik. Tapi dia tak yakin..). Dalam kereta dia cakap mahu makan nasi ayam, tapi bila kami dah duduk. Dia nampak KFC (turki KFC jarang tak macam di Malaysia merata-rata) Dia cakap dia tidak suka nasi ayam, dia pergi makan KFC seorang diri. Saya suruh babanya tegur, biadap kita makan ramai-ramai dia bangun pergi makan KFC. Suami hanya diam kerana saya memang jarang bersuara bab anak-anak ini. Bila habis makan KFC, dia datang semula pada kami, bedal saya punya nasi separuh dengan ayam, tie pie serta soya cake. Huwahh..ha.ha..diet apakah ini?


6. Balik suami masih tidak puas hati dengan Bezya yang merayau tanpa memberitahu..

“Ojan macam ni ke?” Suami tanya saya..

“Tidak. Ojan kadangkala di marah uminya kerana malas keluar rumah. Tapi Hakim macam tu suka merayau-rayau tanpa beritahu. Biasalah hubby budak-budak usia macam tu..” saya menenangkan suami.

Saya teringat Lizabujang yang menjaga 4 orang anak buahnya. Semuanya nakal-nakal belaka. Mesti dia tension. Apa si Lizabujang tak garang macam harimau betina..ha.ha..gelak guling-guling..







Monday, July 6, 2009

DOA UNTUK QAISARA


Sejak akhir-akhir ini Qaisara agak nakal. Suka menendang dan memukul kalau kemahuannya tidak diikuti. Pada mulanya saya nasihat tetapi tidak jalan, pantas sahajalah tangan saya mencubit.

Bila kita cubit dia, dia menangis. Meraung-raung macam orang putus cinta. Saya tahu masalah Qaisara adalah masalah terlalu dimanjakan. Kalau saya marah, dia akan pergi ke pada pembantu rumah. Kalau pembantu rumah marah dia akan pergi kepada babanya.

Biasanya kalau dia bermasalah dengan baba atau bibiknya dan mengadu pada saya. Saya akan cakap pada dia.

“Umi tak mahu campur, Qaisara bergaduh dengan baba, Qaisara kena minta maaf dengan babalah kenapa nak datang ke umi. Umi tak campur!.”

Memang saya tidak pernah memujuknya kalau saya rasa dia dipihak yang salah.

Cuma yang bermasalah pembantu rumah saya, dia terlalu memanjakan Qaisara kerana bagi dia Qaisara terlalu cantik atau comel untuk dihukum atau dimarahi.

Semalam Qaisara meradang dengan pembantu rumah saya kerana pembantu rumah saya sibuk, tidak melayan dia bermain. Jadi ditendangnya pembantu rumah saya. Bila saya tegur tempiasnya kenalah pada saya. Saya ditendang dan dipukulnya. Saya tidak melawan. Tetapi saya bacakan dia ayat Kursi dan juga Al-Fatihah. Saya sembur ke mukanya. Lantas saya beritahu Qaisara.

“Alhamdulilah, umi dapat lihat beberapa ekor syaitan sudah keluar daripada kaki dan tangan Qaisara..”

Qaisara terpegun mendengar kata-kata saya. Dia tahu apa itu syaitan kerana ada CD yang selalu ditontonnya. Dan bagaimana mahu mengelakkan daripada syaitan menakluk kita. Iaitu melalui doa.

“Tapi ada lagi beberapa ekor syaitan dalam badan Qaisara. Sekejap umi baca lagi..”

Saya bacakan lagi Ayat Kursi dan saya sembur ke kepala dia. Mendadak sahaja Qaisara menangis dan memeluk saya.

“Sorry umi, sorry umi..” dia memohon maaf dengan suara yang mendayu-dayu.sambil menyembabkan kepalanya di dada saya.

“Alhamdulilah syaitan sudah pun keluar. Tetapi syaitan akan masuk balik kalau Qaisara marah, tendang-tendang orang dan pukul-pukul orang…”

Qaisara memeluk kejap saya sambil memohon maaf. Saya cium dia beberapa kali. Saya bersyukur sudah dapat caranya bagaimana mahu mengatasi marah Qaisara. Tetapi saya tahu cara ini mungkin tidak akan berkesan pada satu peringkat . Dan ketika itu saya akan mencari jalan lain untuk menyelesaikannya.

Cuma sebagai ibu saya tidak pernah putus berdoa supaya Qaisara menjadi anak yang baik.AMIN

Dan saya tahu cabarannya terlalu besar untuk saya sebagai seorang ibu...