Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 15, 2012

BERSAMA ANAK-ANAK DARUL IZZAH

Pada hari minggu yang lepas saya sempat bersama rakan-rakan ke rumah Darul Izzah Bangi bagi melakukan aktiviti kraftangan yang dikelolakan oleh sahabat saya Janira Ain.

Rumah anak yatim yang menempatkan 27 orang anak-anak lelaki yang ceria dan suka mengusik.


Akitiviti, membuat key chain yang dikelolakan oleh Janira Ain.


Akid salah seorang anak yang saya bantu menjahit, walau baru belajar tampak seperti mahir sahaja..(gambar dari Janira Ain)


Ini bukan saya buat, saya pinjam anak-anak punya..he he


Akid ini susah sangat mahu tersenyum tapi kali ini dia mampu tersenyum melihat hasilnya..



Along anak Janira Ain yang paling awal menghabiskan kerja tangannya.

Pemenang key chain tercantik.

Adik yang berbaju merah itu bernama Sharmin, dialah pemenang key chain tercantik. Mempunyai sikap yang cantik juga kerana selepas selesai membuat key chainnya, dia membantu rakan di sebelahnya. Cuma yang paling geli hati Sharmin asyik mengusik kami dengan kata-kata.
"Dah boleh makan tak, dah boleh makan?"

Adibah salah seorang sukarelawan yang banyak membantu anak-anak ini.


Selepas aktiviti membuat kraftangan, penyampaian sedikit kuih raya dan duit raya.


Anak-anak ini menyimpan dukanya kehilangan ibu bapa dengan gelak ketawa. Terkedu saya dan Ain bila ditanya salah seorang daripada mereka, emak ada lagi, dia mengeleng. Ayah ada? Geleng juga. Rupanya ke dua-dua ibubapanya meninggal kerana mati lemas. Allahauakhbar. Pilu rasa hati....



Thursday, August 9, 2012

BERTADARUS DI ULU SEMERA

Syukur ke hadarat Allah yang meminjamkan sedikit tenaga untuk saya. Syukur juga kerana ALLAH telah pinjamkan saya suami, pekerja, bibik dan juga sahabat-sahabat yang baik dan mahu membantu menghulurkan bantuan dari pelbagai sudut. Ramadhan ini saya terlibat dengan beberapa program. Antaranya program tadarus di Sarawak, ummu Sofea di Terong Perak dan juga menyiapkan bungkusan dan mencari dana untuk anak-anak pesakit kanser HKL. Syukur tidak terhingga kerana ALLAH beri saya peluang ini.
Jumaat lepas saya telah berlepas ke Sarawak. Menghadiri program tadarus dan juga pengagihan zakat dan juga program satu rumah satu Al Quran.
Banyak yang saya lihat dan banyak yang telah saya pelajari ketika membuat program ini. Jom kita tengok gambar. Jom kita lihat gambar.

Salah seorang penerima sumbangan Al Quran 

Jalan-jalan keliling kampung. Tidak sampai 50 buah rumah, saya sudah sakit kepala dan muntah beberapa kali. Ha ha..sebenarnya dari semalam saya sakit kepala, mungkin berpanas di India Street mencari baju untuk anak-anak miskin.

Salah seorang penerima zakat...

Antara Al Quran yang kami agih-agihkan.

Bersama salah seorang penerima zakat.


Adik ini mendapat bantuan baju..

Petangnya kami mengadakan penyampaian sedikit barangan untuk peserta yang mengambil bahagian. Barangan tersebut saya bawa dari melayar (semenanjung).

Antara anak-anak yang mengambil bahagian. Qaisara pun sibuk berposing bersama putri anak buah Liza Bujang.

Barangan yang telah disediakan. Antaranya kain pelikat, telekung, jam tangan dan sebagainya.

Cikgu Liza Bujang sedang memberikan ucapan.

Malam itu hujan dan ribut. Ada pokok tumbang dan natijahnya anak-anak ini bertadarus di dalam gelap.

Qaisara suka berada di sini dan mudah mendapat kawan...




Thursday, August 2, 2012

TADARUS DI ULU SEMERA SARAWAK

Syukur Alhamdulilah, esok saya akan berangkat ke Sarawak. Melunaskan tanggungjawab para dermawan untuk mengagihkan Al Quran pada penduduk kampung Ulu Semera, bersama sahabat saya Liza Bujang. Disamping itu mahu menyampaikan sedikit barangan pada para peserta yang sedang mengambil bahagian  dalam tadarus itu. Ada beberapa barangan yang saya bawa dari semenanjung untuk mereka terutama anak-anak yang begitu gigih bertadarus .

Setiap peserta di beri Al Quran dan rehal sumbangan orang ramai.


Sebelum bulan puasa gigih penduduk kampung membersih dan mengecat surat di mana solat terawih dan juga bertadarus akan diadakan.

Syukur Alhamdulilah, majlis bertadarus ini dapat dijalankan dengan lancar.

Seramai 44 orang mengambil bahagian dan dibahagi kepada beberapa kumpulan.

Ada beberapa ahli jawatankuasa yang memantau tadarus ini dijalankan.


Pohon doa pembaca blog saya supaya anak-anak yang berusia dari 10 tahun dan penduduk kampung ini terus Istiqamah sehingga penghujung ramadan. AMIN.

Wednesday, August 1, 2012

DOAKAN TETA YA...




Pagi ini Qaisara berpesan pada saya.
"Umi, umi tolong doakan Teta ya umi. Sebab sekarang ini setiap kali nak masuk kelas cikgu akan soal siapa boleh baca doa dan itu tiket untuk Teta masuk kelas.."
Oh..saya sedikit tersentak. Kenapa pula guru buat begitu dengan kanak-kanak yang seusia Qaisara dan juga berpuasa.
"Kalau tak boleh baca macam mana?"
"Tak boleh baca tak boleh masuk kelas. Kena berdiri lama baru  masuk.."
"Ya ALLAH Qaisara, kasihannya sayang..."
Hati ibu sudah pasti risau tetapi Qaisara dengan lembut berkata.
"Umi..umi tak perlu risau, Qaisara boleh jawab umi. Tapi umi doakan ya, takut hari ini Teta lupa.."
Lembut sahaja Qaisara bersuara. Ya ALLAH hiba hati saya, walau Qaisara anak yang sangat manja, kadangkala ada nakalnya, sesekali mengarahkan pembantu rumah itu dan ini, bila keterlaluan saya mendenda dia. Tetapi dalam masa yang sama sesekali pandai menyentuh hati saya dengan tingkahnya yang lembut dan menyentuh perasaan.
Syukur dan terima kasih tidak terhingga pada ALLAH yang mendengar doa saya setiap detik ketika saya mengandung mahukan anak yang sempurna akalnya, anak yang soleh, anak yang bijak dan anak yang kuat ilmu agamanya. Mungkin ini juga berkat tidak putus putus saya mengaji setiap detik ketika terlantar sakit di katil sepanjang mengandungkan Qaisara dan membaca surah Lokman, Yusuf, Taubat dan Mariam tidak putus-putus.
Perlahan saya kini menyedari, kesakitan mengandungkan Qaisara sebenarnya ada hikmah yang tidak terungkap ketika itu...

Friday, July 20, 2012

RINDULAH TU

Isterikan alarm suami, terutamanya di subuh hari. Sepanjang berkahwin dengan suami, tugas saya mengejutkan beliau pada setiap kali bersolat subuh. Kata suami ini adalah warisan keluarganya. Isteri memang kena kejutkan suami..pandailah dia. Sudah beberapa hari suami saya ke luar kawasan. Jadi setiap pagi saya menelefon suami dan mengejutkan dia solat subuh.
Pagi ini apabila saya mengejutkan suami melalui telefon. Qaisara terbangun menuju ke bilik air. Dia kemudian naik semula ke katil dan menyambung tidur semula. Bila dia bangun untuk ke sekolah dan bersolat subuh (solat nak dekat pukul 7 he he he). Dia menghampiri saya.
"Umi..umi telefon baba ya pagi-pagi."
"Yelah sayang.."
'Umi telefon baba kenapa?"
"Kejutkan baba solatlah sayang."
Sambil jari telunjuknya digoyangkan Qaisara bersuara.
"Yelah tu..jangan jangan umi telefon sebab rindukan babakan."
Ha ha ha aduh pandai-pandai sahaja anak saya tukan.

Qaisara masa sukan tempoh hari.



Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa pada seluruh sahabat andai yang pernah saya jumpa atau pun tidak. Saya pohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa. Semoga tahun ini adalah lebih baik daripada tahun yang seterusnya.


Tuesday, July 17, 2012

GELANDANGAN

Ini adalah siaran tertunda. Ha ha ha..pada 7 Julai yang lalu saya, bibik, sahabat saya Balqish, Khamisah dan Kusyi bersama kawan-kawan lainnya,  telah mengadakan projek memberi bungkusan makanan pada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.  Syukur Alhamdulilah, kami dapat membungkus lebih kurang 350 bungkusan makanan.

Biskut tiger salah satu barang yang berada di dalam bungkusan kami.


Kham dan Balqish. Kami melakukan di rumah kham. Sudah macam pasar borong. Ha ha ha

Saya mengambil bahagian dalam bungkus membungkus memandangkan agihan dilakukan pada pukul 10 malam. Ada beberapa kawan yang lain yang mengambil alih tugasan pengagihan.



Selesai membungkus. Di dalamnya ada roti, biskut tiger, buah, air mineral dan juga toiletries.

Terima kasih pada penyumbang yang menjayakan usaha kami ini. Insya-ALLAH pada 9hb August nanti sekali lagi kami akan memberi makanan untuk berbuka puasa bagi gelandangan di kawasan Kuala Lumpur. 

Doakan usaha kami berjaya ya para pembaca.

Thursday, July 12, 2012

TAK PANDAI

Cerita Qaisara lagi. Anak saya ini semua benda dia mahu dia boleh buat. Semua benda bagi dia, dia mahu yang terbaik walau saya sudah beritahu dia hakikat kehidupan bukan begitu. Malam tadi saya pantau dia buat kerja rumah (buku yang saya belikan di kedai buku). Dapatlah dia buat buku Bahasa Melayu 6 muka surat dan sains 3 muka surat.  Tapi bila tiba di satu muka surat dalam buku sainsnya, Teta jadi meradang kerana dia tidak pandai melukis apa yang disuruh buat.

Ini dia muka surat yang buat Teta bengang dan menangis. Saya sendiri sebenarnya susah nak fikir metal products ini sampai terpaksa berbincang dengan Liza Bujang. ha ha ha

"Kenapa Teta nak marah, buatlah baik-baik."
'Teta tak pandai nak lukis. Lukis sudu pun tak tahu."
Saya sebenarnya  betulkan sudu itu dan mungkin Teta menganggap sudu yang dilukisnya tidak betul.
"Okaylah tu sayang.."
Qaisara sudah mengamuk-gamuk dan beritahu dia nak tidur. Sebelum dia naik ke katil, dia mengunjukkan saya buku sains yang dikerjakan sebentar tadi.

Tulisan Teta yang memberitahu dia tidak pandai. Aduhh..ha ha ha mahu ketawa pun ada, mahu menangis pun ada.

Qaisara bersama sepupunya Balkish yang orang selalu salah anggap mereka adik beradik.

Bila dia bangun pagi saya beritahu dia.
"Kenapa tulis macam tu?"
"Teta memang budak tak pandai.."
"Alah Teta memang tak pandai pun.."
Usik saya.
"Kenapa umi cakap macam tu.."
Qaisara tampaknya marah .
"Yelah kalau Qaisara dah pandai, tak payahlah umi hantar pergi sekolah lagi. Orang dah pandai!"
Qaisara tersenyum lebar mendengar kata-kata saya.
"Sebab tak pandai umi hantar pergi sekolah supaya Teta pandai. Teta umi ambil masa 30tahun untuk jadi sedikit pandai. Itu sedikit tau, bukan pandai banyak.."
"30 tahun umi wah..... lamanya.."
Teta menepuk dahinya. Kami sama-sama ketawa.
Anak  baru seorang sudah buat umi pening kepala. Ha ha ha






Tuesday, July 10, 2012

MENGADU DOMBA



Apa makna status, adakah dituju pada sesiapa.
Hairan saya sejak hari minggu saya sangat sibuk. Hari Sabtu Qaisara sukan. Hari minggu  saya ke Batu Pahat melawat Ojan. Anak teruna saya tu makin handsome saya tengok. ha ha ha..
Kami lalu Ayer Hitam, teringat dahulu Ayer Hitam tempat syurga membeli belah untuk majlis perkahwinan. Yelah..adik saya akan berkahwin tidak lama lagi. Jadi entah macam mana tercetuslah idea status seperti diatas.

Jumpa Ojan di UTHM Batu Pahat bawa mangkuk tingkat. Ha ha ha

Hari isnin pula sibuk dengan pest control yang membuat pencegahan anai-anai di rumah Melaka. Petang saya bawa anak-anak ke Jusco bermain. Buat status pun melalui tab sahaja tak ada masa nak selongkar orang punya wall bagai.
Tiba-tiba hari ini suami yang berada di Johor menelefon.
"You ada buat status perkahwinankah?"
"Ada kenapa?"
"Delete please, delete.."
Saya terpinga-pinga kenapa saya harus delete status tersebut. Status itu adalah status menasihati. Bahkan ada beberapa inbox yang saya terima sebelum ini dari adik-adik pembaca bertanya. Boleh tak mereka berkahwin dengan membuat pinjaman. Biasanya saya menasihati jangan. Jangan mulakan perkahwinan dengan duit riba. Buatlah kenduri ala kadar asalkan permulaan perkahwinan itu diberkati.
"Kenapa?"
"Ada kawan I telefon beritahu yang awak sindir mereka?"
Argh! Saya menjerit kuat. Saya sindir mereka?.
Sebenarnya saya tahu ada satu majlis perkahwinan orang Turki sebab pagi Ahad itu suami menyuruh saya membungkus hadiah untuk kawannya dan dikirim pada kawan lain melalui kawannya yang pergi.
"Awak ada sebutkan nama mereka?"
"Astaghfiruallah mana adanya.."
Balas saya cepat. Suami yang mula tadi agak keras suaranya mula mengendur.
Lama saya berfikir, selama ini memang suami tidak suka saya berjumpa dengan kawan-kawan dan isteri mereka.
Saya sendiri pun tidak begitu suka. Baru berjumpa mereka akan bercakap dan memburukan suami sendiri. Pening kepala saya.
Bagi saya apa sahaja kebaikan suami saya akan beritahu dan kekurangannya saya akan simpan.
Jadi bila saya dituduh menyindir mereka saya sangat marah.
Siapa mereka mahu menuduh saya?
Adakah saya kenal mereka?
Saya tidak pernah berjumpa, tidak pergi ke majlis tersebut.
Akhirnya hari selasa hari ini saya periksa sana sini saya dan saya teliti.
Saya tahu siapa orang yang menjadi dalangnya.
Manusia yang bermanis mulut (hati hati dengan manusia ini di FB)
Tetapi biarlahlah dia, moga sisa-sisa hari yang tinggal sebelum dia dijemput oleh ALLAH, dia sempat bertaubat dari mengadu domba.
Pada kawan yang menyampaikan pada suami juga terima kasih, selamat menyambut Ramadhan dan muhasabahlah diri kita supaya menjadi manusia yang lebih baik . AMIN.








Thursday, July 5, 2012

KENA DENDA


Balik sekolah Qaisara rancak bercerita.
"Umi umi tadi Teta kena denda.."
Tanpa rasa bersalah Qaisara memberitahu.
"Arghh? Kena denda cam mana?"
Qaisara lalu menunjukkan bagaimana dia didenda. Jari dia pegang telinga kawannya, kawannya memegang telinga dia dan mereka dipaksa berdiri sebelah kaki.
"Hesy..ada cikgu denda anak umi sampai macam tu sekali. Tak boleh jadi ni. Umi nak jumpa cikgu.."
Saya pura-pura marah. Qaisara mengeleng kepala dan kemudian jari telunjuknya digoyangkan.
"Sudah sudah jangan nak marah cikgu, Teta yang salah..cikgu dah cakap siapa bising dalam kelas kena denda. Cikgu dendalah..salah Teta, bukan salah cikgu pun.."
"Habis umi tak boleh jumpa cikgulah?"
"Dah jangan nak mengada-gada jumpa cikgu.."
Marah Qaisara. Ha ha..Alhamdulilah Qaisara sedar kesilapan dirinya tetapi hairannya dia tanpa rasa bersalah bercerita dengan saya, dia didenda dan beritahu kenapa dia didenda. Kalau saya dahulu kena denda, haram saya akan beritahu, saya simpan sampai ke tua. Ha ha ha

Wednesday, July 4, 2012

PROGRAM BERTADARUS BERSAMA ANAK ULU SEMERA



Tidak lama lagi ramadhan akan menjelang. Sayang jika dibiarkan ramadhan berlalu tanpa aktiviti yang bermanfaat. Kali ini mengambil inspirasi dari tulisan saya sendiri dari novel sejam RM2.50 saya bersama kawan saya Liza Bujang dan bersama beberapa AJK surau Darul Ikhlas di Ulu Semera Sarawak, mengadakan projek bertadarus bersama anak-anak dan penduduk Ulu Semera. Kami memerlukan bantuan pembaca semua, menyumbang sedikit sumbang berbentuk wang ringgit untuk membeli.
1. Al-Quran dan Rehal
2. Bantuan kepada surau kerana baru-baru ini surau mengalami banjir, hanya beberapa naskah al quran sahaja dapat diselamatkan. Beberapa perabot telah rosak teruk.
3.Sedikit sagu hati dan barangan akan diberi pada setiap perserta di pagi raya.
4 Sedikit sagu hati kepada AJK surau yang memantau tadarus itu dijalankan.

Surau Darul Ikhlas..

Sebahagian daripada anak-anak yang akan mengambil bahagian dan AJK surau yang akan memantau tadarus ini dijalankan.


Email kami di nbkara@yahoo.com atau di elleezb@yahoo.com atau masukkan ke dalam akaun  Maybank Norhayati Berahim 164267408855. Jika sudah dimasukkan tolong beritahu supaya kami dapat merekodnya.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KASIRA