Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, April 24, 2011

KEJUTAN

Pagi-pagi sangat terperanjat apabil Roza Ngah dari dlittlekitchen menghantar kek ini ke rumah saya. Rasa nak pengsan tengok tau! Terlampau cantik sampai Pak Seyit mengeleng-geleng kepala dibuatnya. Ha ha ha..

Anak saya ini pun sangat-sangat teruja. Suruh saya ambil kek ini dalam pelbagai pose..ha ha ha..
Teta..Teta..

Ini kelebihan Roza yang kreatif yang mungkin tidak ada pada kita semuakan.. Jadi rasanya sesiapa nak pergi meminang boleh memesan kek ini sebagai tepak sirih peminangan.

P/S Saya tengah mengusahakan supaya kek ini dibawa ke booth NBkara di pesta buku..


Saturday, April 23, 2011

MATI ITU PASTI


Kelmarin, saya sedikit sesak nafas, mungkin kerana keluar masuk kedai borong. Mencari asam boi untuk hadiah cendera hati bagi pembaca yang membeli asam boi. Tahulah kedai borong berabuk sana sini. Tapi saya mana ada pernah seriknya..h ehe..
Melihat saya yang tidak begitu sihat. Qaisara bertanya saya.
"Umi sakitkah?"
"Iye sayang, Qaisara kalau umi mati malam ni, Qaisara duduk dengan baba tau!"
"Habis bibik?"
"Bibik balik Indonesialah.."
Jawab saya perlahan. Qaisara termenung buat seketika.
"Habis siapa nak buatkan Teta susu?"
'Hmm..babalah?"
Lama Qaisara temenung di pinggir katil saya.
"Baba, buat susu tak ada rasalah umi. Baba letak air banyak sangat.."
Ha ha ha.saya ketawa dalam hati. Anak-anak manalah faham pasal mati.
Bila suami balik. Saya dengar Qaisara mengadu saya sakit.
Entah apa yang dicakap oleh suami. Qaisara datang semula pada saya di dalam bilik dan duduk sebelah saya sambil memegang kepala saya untuk dipicit.
"Umi janganlah mati umi, umi buat susu sedap. Nanti umi mati siapa nak buat.."
Qaisara sudah menangis dan saya peluk dia sambil mencium-cium dia.
Bila suami masuk ke bilik, dia tegur saya yang suka bercakap pasal mati pada anak.
dan
Semalam pesta buku bermula.
Saya seperti biasa akan berkampung selama 10 hari di sana.
Disebabkan Qaisara bersekolah, maka dia tinggal dengan pembantu rumah sahaja.
Namun sepanjang hari saya sangat rindukan anak saya ini.
Bila balik dari pesta buku, suami saya yang memandu terlupa menurunkan brek tangan.
Bila separuh jalan, sudah bau terbakar.
Orang Turki ni kalau dapat stering mana ingat dunia..ha ha
Dia main lanyak sahaja. 
Kemudian suami cakap brek kaki sudah tidak berfungsi dengan baik.
Alamak..fikir saya. Janganlah apa-apa.
Mendadak saya teringatkan Qaisara. Sempatkah saya berjumpa dengan anak saya?
Sepanjang jalan saya berdoa. Dapatlah saya berjumpa dan peluk anak saya.
Kalaulah saya mati, bagaimana keadaan anak saya?
Qaisara anak yang manja
Tiap kali tidur, saya harus temankan dia dan dia harus pegang tangan saya.
Saya akan bacakan dia buku cerita.
Kalau saya tidak ada macam manalah anak saya ini.Macam-macam berada di dalam fikiran saya.
Janganlah saya mati, janganlah. Saya berdoa.
Alhamdulilah, kami selamat sampai ke rumah.
Terbuka sahaja pintu pagar, Qaisara sudah melompat kegembiraan melihat saya.
Dicium-ciumnya saya, Gembira sungguh dia melihat saya. Sampai saya nak berjalan pun susah dan terpaksa mendukung dia.
Malam melihat Qaisara tidur pulas dan tenang.
Saya sebenarnya sedar.
Mengucap perkataan mati adalah mudah, tetapi sebenarnya saya masih belum bersedia...


Friday, April 22, 2011

SEJAM RM.250


Dia seorang wanita yang bebas, bukan bebas pergaualan tetapi bebas memilih, bebas berfikir dan bebas menentukan hala hidupnya sendiri.
Dari Texas ke Ulu Saritan di salah sebuah kampung di Sarawak
Dia melihat kehidupan yang tidak jauh bezanya.
Anak-anak yang bebas, salah laku, penjualan arak yang berleluasa
Menyebabkan hatinya rabak dengan pelbagai perasaan.
Dia memperbaiki diri, dalam masa yang sama cuba memperbaiki kehidupan anak-anak Ulu Saritan.
Disitu dia bertemu Hussin
Hussin yang cukup menyayangi emak dan adik-adiknya
tetapi berdendam dengan ayahnya sendiri.
Dengan kuasa RM2.50, Wafa berjaya mengubah wajah Ulu Saritan.
Kuasa wang memang ajaib
Tetapi kuasa kasih sayang mengatasi segalanya.


JUMPA DI PESTA BUKU DI LOT B62-63 BERDEKATAN DENGAN TANGGA BERGERAK KE DEWAN 4 (PEPAMER ANTARABANGSA) BUKAN DI SEBERANG SUNGAI YA!


Thursday, April 21, 2011

SIAPA YANG MENIKAM MELAYU SENDIRI?

"Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba"


Saya bukan mahu mengheret pembaca blog saya dalam masalah politik. Tetapi saya kesal kenapa prajudis terhadap bangsa lain masih tebal sedangkan terus terang saya katakan orang melayu sendiri sudah berpecah belah, tidak bersatu, fitnah memfitnah sesama sendiri. Senario yang jelas kita lihat sekarang. Adakah orang cina memfitnah orang melayu dalam video seks? Tidak bukan? Orang melayulah yang memfitnah orang melayu. Orang cinakah yang membuka pekung orang melayu? Tidak bukan, tetapi orang melayu itu sendiri. Bahkan dari pengalaman saya sendiri, yang menikam saya di belakang adalah orang melayu sendiri, yang memusnahkan kehidupan orang melayu adalah orang melayu yang mengaku mereka orang Islam.


Karya terbaru saya, SAMBAL KERANG NAJWA adalah sebahagian daripada cerita benar, bagaimana orang melayu menganiaya orang melayu sendiri. Orang yang sering membantu orang yang dianiaya ini adalah orang berbangsa cina. Ketika menulis perkara ini saya benar-benar tidak perasan kerana saya diburu emosi yang keterlaluan dan rasa kecewa dengan sikap orang Islam sendiri dan apabila sudahnya cerita ini, baru saya sedar. Sikap orang melayu yang membunuh semangat orang melayu sendiri.


Jelas sekali dalam ayat Al Quran kita tidak boleh berlaku tidak adil pada orang-orang yang bukan Islam. Tetapi kenapa isu ini tidak habis-habis timbul dan tidak ditangani dengan baik dan sempurna. Bukannya menyalahkan orang-orang bukan Islam ini?


Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. 
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (Qs 60:8)
Ayat Quran di atas mengingatkan kepada setiap umat Muslim agar berlaku baik dan adil biarpun terhadap seorang bukan Islam. 
Kepada sesiapa yang mahu memahami apa yang saya maksudkan. Carilah buku ini di Pesta Buku. Jumpa saya di sana. Selamat berpesta!








Wednesday, April 20, 2011

TAJAAN ANAK-ANAK PALESTIN




Aman Palestin Cawangan Pulau Pinang kini sedang menjalankan kempen bagi mendapatkan penaja bagi anak-anak yatim Palestin. Semua anak yatim Palestin ini telah kematian bapa yang dibunuh oleh Yahudi Zionis. Mereka kini tinggal bersama ibu masing-masing di rumah yang amat daif. Mereka amat memerlukan bantuan daripada rakyat Malaysia.
Aman Palestin telah menyediakan pakej yang amat berpatutan untuk rakyat Malaysia membantu mereka. Tajaan setiap orang anak yatim ialah sebanyak RM150 secara bulanan untuk tempoh setahun. Bayaran boleh dibuat secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan. (setahaun RM1800)
Bagi sesiapa yang berminat menaja anak-anak yatim ini adalah amat dialu-alukan. Maklumat lanjut berkaitan kempen ini boleh didapati dengan menghubungi En. Budiyanto bin Unggun, Pengurus Aman Palestin Cawangan Pulau Pinang di talian 019-5235592.amanpalestin

Di bawah adalah antara anak-anak yang memerlukan tajaan pembaca semua.

Nama Yatim Syahad Muhammad Abdullah Hasanain
Tarikh Lahir 30/12/2007
Warganegara Palestin
Jantina Perempuan
Tarikh Kematian Bapa 16/5/2007

Status Tajaan: Belum Ditaja

Nama Yatim Sina' Abdul Rahman Muhammad Abdul Hadi Syihab
Tarikh Lahir 6/12/2006
Warganegara Palestin
Jantina Perempuan
Tarikh Kematian Bapa 1/3/2008

Status Tajaan: Belum Ditaja


Nama Yatim Ibrahim Mus'ab Abdul Karim Al-ja'beer
Tarikh Lahir 12/10/2007
Warganegara Palestin
Jantina Lelaki
Tarikh Kematian Bapa 26/11/2007

Status Tajaan: Belum Ditaja

Nama Yatim Muhammad Ibrahim Muhammad Al-hayyah
Tarikh Lahir 10/2/2004
Warganegara Palestin
Jantina Lelaki
Tarikh Kematian Bapa 20/5/2007

Status Tajaan: Belum Ditaja


Nama Yatim Raid Hani Audah Abu Suwaiwin
Tarikh Lahir 28/10/2001
Warganegara Palestin
Jantina Lelaki
Tarikh Kematian Bapa 7/11/2005

Status Tajaan: Belum Ditaja

Rasanya kalau ada yang berlebihan wang sebulan tu, apa salahnya menaja ya tak? RM150 kadangkala tidaklah begitu besar bagi kita. Sekali berbelanja pun lebih RM200 apa salahnya kita ketepikan untuk membiayai anak-anak yang memang memerlukan pembiayaian ini. Para pembaca yang sudi menaja, saya doakan dimurahkan rezeki dan limpahan rahmat ALLAH sentiasa bersama anda. Terima kasih.

Monday, April 18, 2011

BILA MASA DIA BUNTING?

Gambar dari pak google.

Kenapa pula anjing ini ada dalam blog saya ni? Ha ha ha..nak ketawa dahulu sebelum bercerita.
Jiran sebelah rumah saya ini, ada seekor anjing.
Sentiasa berada di dalam kawasan rumah, di kurung dan diikat oleh jiran saya ini.
Anjing ini pandai dan baik. Kalau orang lain selalu disalaknya.
Tapi kami dia kenal, bila kami balik dari mana-mana mesti dia berdiri di pintu pagar menjengukkan mukanya dan saya akan tegur.
"Hallo, how are you? Are you okay?"
Bibik pula akan bertanya.
"Hallo apa khabar, dah makan tak? Sihat tak?"
Ha ha ha..
Satu hari, saya dengar bunyi bising di rumah jiran saya ini. Bunyi anak anjing.
Riuhnya boleh pekak telinga saya. Hesy..bila masa rumah jiran sebelah ada anak anjing?
Mungkin uncle sebelah rumah jumpa agaknya.
Uncle ini ada satu masalah besar. Dia suka kutip kucing dan kucing itu kalau dijaga tidak mengapa jugalah tetapi dicampak di rumah saya. Tapi tak apalah kucing, kalau anjing mahu pengsan saya dengan bibik. ha ha..
Satu hari saya terserempak dengan uncle tersebut. Saya tanya mana dia dapat anak-anak anjing itu.
Uncle beritahu, anak anjing itu adalah anak pada anjing dia.
Saya dengan bibik berpandangan dan sampai sekarang musykil.
Macam mana anjing dia boleh beranak, sedangkan anjing itu sentiasa saya lihat dikurung sahaja. Tidak pernah keluar. Ada tidak ada uncle itu yang membawanya berjalan dengan tali yang diikat dilehernya.
Hesy..dalam kurung-kurung begitu pun boleh bunting ya?
Ha ha ha (nak tanya uncle tu seganlah pula)


Sunday, April 17, 2011

LAWATAN RAMAH MESRA

Semalam bersamaan pada hari Sabtu, saya dan kawan-kawan sempat mengunjungi rumah Limpahan Kasih di Puchong, menghantar sedikit bantuan buat anak-anak di dalam rumah tersebut. Ada dalam 15 anak-anak perempuan di rumah ini dan anak-anak lelaki di rumah yang berlainan. Paling kecil adalah Adib yang berusia 1 tahun 2 bulan (yang didukung Khamisah tu)


Antara yang datang, Kusyi, Aween, pekerja saya Suraya.

 Hidangan yang kami bawa dari rumah, antaranya nasi beryani, karipap, kuih muih, kek dan sebagainya.

 Melihat anak-anak ini makan. Berkali-kali saya cerita pada Qaisara di dalam kereta. Anak-anak ini adalah anak-anak yatim. Saya terangkan apa itu anak yatim. Saya harap Qaisara mengerti hidup tidak semuanya indah. Tidak semua perkara akan didapati dengan mudah.



Sempat berbual dengan ustaz Usamah. Saya sempat bertanya kenapa anak-anak ini tidak diambil sebagai anak angkat oleh individu. Kata ustaz itu kadangkala ibu bapa yang mengambil anak angkat ini suka membuat komen yang tidak sepatutnya pada anak-anak angkatnya. Bahkan kadangkala orang sekeliling tidak memberi kerjasama.
Saya amat memahami. Mempunyai seorang anak angkat dalam keluarga kami, masalah bukan datang daripada keluarga tetapi datang dari luar. Saya cukup marah bila orang akan bertanya.
'Oh..ini angkat yang kau ambil itu ya?"
Kenapa perlu diungkit, anak itu anak angkat? Teringat cerita Kusyi, kata dia ada satu keluarga yang mengambil anak angkat, hanya mahu memberitahu status anak angkat itu apabila anak itu sudah berusia 12 tahun. Namun apa yang terjadi, apabila dia berusia 7 tahun dan memasuki darjah satu, guru yang melihat surat kelahiran anak itu terus sahaja bertanya.
"Oh..awak anak angkat ya?"
Bayangkan, satu kelas anak itu mendengar, menyebabkan ibu bapa anak angkat itu marah dan sehingga menukarkan anak itu ke sekolah lain.


 Kusyi sedang membahagi-bahagikan buku tulisannya pada anak-anak ini. Mereka memang suka membaca.

 Bergambar dengan anak-anak yatim. Kadangkala saya berangan untuk menubuhkan rumah yang sebegini. Tetapi saya fikir saya perlukan sokongan suami, namun suami tampak tidak begitu berminat dan saya terpaksa hurung niat saya. Hanya bantuan sebegini yang dapat saya hulurkan.


Taukeh kek yang beri Adib makan kek..Roza datang bersama 4 orang anak-anaknya.


Part ini yang paling lawak. Aduh..saya lupa nama adik yang berbaju hitam sepasang ini. Saya tanya dia minat membaca tak? Dia beritahu saya, dia minat. Dia suka membaca novel dari Norhayati Berahim dan dia sebenarnya tidak tahu yang bercakap dengan dia adalah Norhayati Berahim. ha ha ha

Syafiqa antara penghuni yang tercomel di sini..

Qaisara yang agak lambat panas kali ini. Mungkin terlalu ramai kawan dia menjadi sedikit keliru. Kanak-kanak yang paling kecil di rumah ini berusia 7 tahun (selain daripada Adib)

Anak-anak ini memang  suka membaca buku.

Salah satu hidangan, sudah pasti dari taukeh kek Roza Ngah..

Adib yang jinak-jinak merpati. Makan sedikit dah cabut lari. Ha ha

Ini anak dara mana ni? ha ha inilah Aween yang hatinya sedang ada taman sekarang ini. Berbunga-bunga.
Di doakan Aween cepat mendapat jodoh. Nanti kami boleh serang rumah Aween makan nasi minyak.

Di akhir majlis ada sedikit sumbang yang kami hulurkan. Kami sangat berharap kunjungan ini bukanlah kunjungan yang terakhir, insya-ALLAH kalau ada rezeki dan masa kami akan datang lagi. 

Friday, April 15, 2011

BERSYUKUR

Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Ada golongan yang kaya dan ada juga golongan yang miskin.
Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia kelihatan begitu miskin, pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.
Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, “Ya Nabi Allah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya.”
Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT.
Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, ” Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, sedangkan aku jarang dapat makan, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu pasang ini saja! “.
Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Tidak lama kemudian ada seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.
Ia berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Nabi Allah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, kadang kala aku merasa terganggu dengan hartaku itu.”
Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT.”
“Ya Nabi Allah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya”, jawab si kaya itu.
Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT



Thursday, April 14, 2011

AWARD



Tidak habis-habis dengan cerita Qaisara. Ha ha ha
Yelah abis siapa lagi saya nak cerita ya tidak?
Semalam ada sambutan hari jadi di sekolahnya, untuk kawan-kawan dia yang menyambut hari jadi pada bulan April. Rupanya diadakan juga sambutan penyampaian hadiah untuk suku pertama tahun ini.
Bila Qaisara balik, macam-macam goodies yang dibawanya pemberian ibu bapa yang anaknya menyambut hari jadi.
Qaisara pula asyik bercerita mengenai badut yang kelakar. Bila saya selongkar beg Qaisara, saya terjumpalah satu pencil warna yang membuat saya tersentap dan rasa mahu menangis.
"Tah..pensil warna ni siapa beri?"
"Cikgu.."
Qaisara macam tidak kisah sahaja.
"Oh ramaikah yang dapat?"
Qaisara termenung sambil mengelengkan kepalanya.
"Tak ramai umi ada beberapa orang sahaja, termasuk Farisya."
Farisya adalah kawan Qaisara yang berusia 6 tahun. Farisya ini agak cantik orangnya dan sungguh pandai membaca. Baik bahasa Inggeris atau bahasa melayu. Bahkan Farisya begitu lembut dan sopan.
"Oh..Qaisara tahu tak Qaisara dapat award?"
Walau award tersebut bagi ibu bapa mungkin tidak apa-apa, saya sangat teruja. Tahun lepas saya ingat saban hari kalau mahu ke sekolah, Qaisara meragam dan tidak suka. Tahun ini bila ditukarkan ke sekolah. Dia amat teruja. Dia sudah boleh bersolat dengan bacaan yang sempurna. Sudah bolah menghafal ayat lazim dengan sebutan yang betul, bahkan sudah boleh membaca dengan dua suku kata. Penggunaan bahasa inggeris juga sudah semakin baik.
"Oh iye ke.."
Muka Qaisara macam tak apa-apa. Saya cium Qaisara.
'Umi proud of you sayang.."
Qaisara  hanya ketawa-ketawa sahaja seolah-olah langsung tidak kisah dia dapat hadiah ke atau tidak? Sedangkan uminya rasa  sangat teruja, bukan gembira kerana award tersebut tetapi gembira kerana tahun lepas saya selalu mengadu pada kakak saya seorang guru, tentang Qaisara yang macam acuh tak acuh sahaja tentang pelajaran. Apatah dia paling tidak suka menulis. Namun Alhamdulilah tahun ini dia nampak berubah. Seperti kata kakak saya Mijah, tahap Qaisara belum sampai. Bila sampai masanya dia akan suka bersekolah dan belajar.
Syukur Alhamdulilah...



Wednesday, April 13, 2011

BADUT


Malam semalam Qaisara bertanya saya.
"Umi esok sekolah tak?"
"Hesy esok hari rabulah sayang, mesti sekolahlah. Kenapa?"
Wajah Qaisara keruh sahaja. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak menyenangkan dia.
"Esok ada sambutan harijadilah umi kat sekolah untuk kawan-kawan lahir bulan ini."
'Oh iye ke, seharusnya Qaisara gembirlahkan?"
Qaisara diam. Termenung lama ketika itu kami baru sahaja membaringkan badan di katil.
"Esok ada clownlah umi.."
Oh sudah! Patutlah Qaisara macam malas nak datang ke sekolah rupanya ada clown. Qaisara sangat takut dengan clown kerana tahun lepas, ketika dia berada di Pavillion bersama suami, seorang clown menyergahnya dan dia ketakutan yang teramat sangat.
"Hesy apa nak takut dengan clown. Cuba bayangkan clown itu baba atau abang Ojan atau abang Akim. Qaisara takut tak?"
"Tak.." pantas sahaja anak saya menjawab.
"Jadi apa Qaisara nak takut. Dia cuma manusia juga. Cuma mukanya sahaja yang diawarnakan. Nanti kalau senang-senang umi warnakan muka Teta macam clown nak tak?"
Ha ha ha Qaisara ketawa kecil. Berkali-kali saya yakinkan Qaisara yang clown itu manusia bukan orang jahat, bukan hantu bukan ahli sihir.
 Esok pagi nampaknya Qaisara masih teruja pergi ke sekolah dan balik sahaja dari sekolah, Qaisara begitu riang sekali bercerita betapa kelakarnya clown di sekolahnya. Bahkan dia membawa balik 4 biji belon yang sudah dibentuk.
"Magik umi..magik. Dia buat magik. Kelakar gila umi"
Lega hati saya apabila mendengar kata-kata Qaisara yang sebegitu. Sekurang-kurangnya dia sudah dapat menghilangkan rasa takutnya terhadap badut yang ditakuti selama ini.