Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 13, 2011

BIBIK DAN KOPOK


Kucing ini namanya Kopok. Kucing  yang datang ke rumah saya. Saya rasa dia ada tuannya. Tapi sekarang setiap hari 5.40 pagi sudah datang menjengah dan mahu makan.
Dia antara kucing yang paling berani dan manja. Berani masuk rumah dan mengesel kaki kami.
Qaisara pun sukalah. Kami panggil kopok sebab dia suka makan keropok.
Pagi tadi saya dengar dia datang dan saya dengar bibik bercerita dengannya.
"Assalamuailaikum kopok. Dulu kau Islam ke tidak kopok?"
Ha ha ha pertanyaan bibik sudah buat saya mahu gelak guling guling.
"Sekarang kau masuk rumah orang Islam, kau sekarang Islam tahu kopok. Jadi bibik bagi salam dekat kau."
Dan keropok seperti biasa mengiaulah. Mengiakan kata-kata bibik.  Ha ha ha
Bengong sungguh bibik ni!




Tuesday, April 12, 2011

RAMBONGAN SEKOLAH

Minggu lepas Qaisara mengikut rambongan sekolah ke Balai Bomba, Kilang cokelat dan juga Taman Buurng. Ketika sekolah memberikan buku komunikasi kepada saya yang sekolah mahu membuat rambongan sekolah. Bukan hati saya sahaja yang rusuh. Bibik juga termenung dibuatnya. Yelah mengapa tidak. Qaisara tidak pernah pergi ke mana-mana tanpa saya dan pembantu rumah. Ada tidak ada dia ke tempat membeli belah dengan kakak saya yang dipanggilnya mak long. Itu pun setiap jam saya akan menelefon.
'Qaisara betul nak pergi ni?"
Qaisara sendiri jadi keliru. Sama ada mahu pergi atau tidak. Sekejap dia nak pergi sekejap tidak mahu.
"Teta pergilah ya. Nanti kalau nak buang air, beritahu teacher, teacher nanti bagi makan. Ramai kawan-kawan seronok."
Saya memujuk dia walau sebenarnya saya sendiri tidak mahu dia pergi. Akhirnya Qaisara bersetuju. (sebenarnya saya tanya guru Qaisara sama ada ibu bapa boleh ikut atau tidak. Jawapan guru Qaisara "NO" he he he).
Bila hari yang ditunggu tiba, hati saya jadi pusang. Berbelah bagi sebenarnya. Qaisara nampaknya begitu seronok sekali. Pagi-pagi sudah menyuruh bibik membuat tocang untuknya.
"Kalau nak buang air beritahu cikgu ya sayang, lapar pun cakap..bla bla" saya pesan dia. Qaisara hanya mengangguk sahaja.
Sepanjang hari saya lalui dengan debar. Suami pula risau bila mengetahui yang Qaisara akan melawat kilang.
"Heasy kalau kena hempap barang-barang di kilang macam mana?"
"Kalau ada kayu jatuh macamana? Kalau Qaisara terjatuh dalam kawah cokelat macam mana?"
Heasy..pak cik ni betul-betul menakutkan saya. Saya tidak mahu memikirkannya. Jadi untuk menghiburkan hati saya keluar pergi membeli rak kasut. 
Bibik pula satu hal. Bila tengok jam dia akan berkata.
"Kalau macam ini adik dah ada di rumah umi ya. Mulut dia dah riuh beritahu nak makan itu ini."
Saya tengok bibik menangis. Aduhhh..parah sungguh bibik saya! Yelah mana tidak. Qaisara itu segala-galanya bagi dia. Qaisaralah yang ajar dia berpakaian macam mana, Qaisara yang selalu puji dia baik, cantik dan sebagainya.
Pukul 4 petang saya pergi ke sekolah. Qaisara sudah berada di sekolah. Wajahnya penat tapi sangat riang 
berbercerita. Lega hati saya melihat dia. Bahkan balik sahaja dia terus duduk atas pangku saya. Memeluk dan mencium saya. Bercerita itu ini, terutama dengan hadiah yang dia dapat kerana dapat menjawab soalan.


]
Teacher tanya, kalau rumah terbakar panggil nombor apa? Teta jawablah. Nine nine nine! Teta dapat hadiah puzzle! Tapi puzzle ni bukan dia yang main, umi dengan bibik yang main. Ha ha..

Saya tahu satu masa nanti bila masanya tiba, saya harus melepaskan Qaisara pergi lebih jauh dan ketika itu saya mahu dengan tidak, terpaksa menerima keadaan tersebut dengan rela hati.



Monday, April 11, 2011

SUAMI KU OH SUAMI KU

KISAH 1
Suami : Honey air cond bilik kita tukan, sejuk sangat. Sampai sakit kepala saya.
Saya: Adjust
Suami: I cuba adjust tapi remote tu macam tak ada tulis apa-apa.
Saya masuk ke dalam bilik saya dan mengambil remote control tersebut. Saya tukar bateri dan remote control berfungsi semula. Saya tunjuk pada suami dan dia tersengeh-sengeh .

KISAH 2
Suami : Honey tombol pintu ni hari itu macam tak adakan? Hai ini dah ada ya (pintu almari baju)
Saya : Hari itu dah tercabut, saya dah beli tombol baru dan tukar
Suami : Oh iye ke..
Saya : Iye Mr Seyit Kara..ha ha

KISAH 3
Suami : Kenapa bilik ini air con dia macam bising ya (ada satu bilik suami suka lepak, baring sambil menonton TV TurkI sambil minum teh di situ. Air condnya baru saya tukar).
Saya : Kipas dia tu..
Suami : Kipas mana saya ada pasang kipas?
Saya ambil remote control air cond bilik tersebut dan saya offkan butang bahagian kipas dan air cond menjadi senyap.
Suami: Wah...senyap aje. Apa you buat?
Saya: Buat magik..

Ha ha ha..suamiku oh suami ku..Adakah suami anda semua seperti itu. Ha ha ha ha..

Friday, April 8, 2011

TELUR PALSU

Rasanya dua atau tiga hari lepas ada keluar mengenai telur tiruan di pasaran. Saya tahu melalui fb. Namun kemudian apabila membacanya saya teringatkan telur tiruan ini sudah lama ujud. Rasanya sekitar tahun 2008 atau 2009 saya ada mendapat email mengenai telur tiruan ini. Ingat tidaklah sampai ke Malaysia cuma di China sahaja. Rupanya sampai ke sini. 

Bahan-bahan membuat telur palsu.

Ini mahu membuat telur kuning.

Tuangkan ke dalam bekas.

Kemudian telur putih,

Kulitnya

Kulitnya dikatakan mudah pecah.

Susah nak bezakan mana betul atau tidak

Dikatakan telur palsu bila digoreng banyak buih. Hairannya kenapa orang nak buat telur palsu ya. Telur bukanlah mahal sangat. Silap-silap buat lagi mahal daripada telur biasa. Manusia-manusia, ada yang original masih mahu membuat yang palsu.

Wednesday, April 6, 2011

HAND SHOWER

Beberapa hari yang lepas shower hand di bilik air tingkat bawah rumah saya sudah rosak. Air meleleh sahaja dari water heater. Jadi seperti biasa, si tukang repair ini pun pergilah ke kedai mejual peralatan bilik air. Terjumpalah shower hand seperti ini. Wahhh..cantik juga fikir saya.


Bila mandi akan keluar lampu. Qaisara punyalah suka. Dah macam mandi dalam disko le pulak. Ha ha ha..


Sebenarnya ada beberapa warna lagi yang keluar. Cuma kalau air kuat, barulah lampu di kepala shower menyala.  Harganya RM99, selepas diskaun pekedai itu beri RM79. Pemasangan percuma oleh Norhayati Berahim. Ha ha ha..


Tuesday, April 5, 2011

DIY

Salah satu dil tingkap gambar dari pak cik google.

Saya ni kalau tak ada kerja, ada sahaja benda yang saya buat. Terutama pasal rumah. Tukar itu, tukar ini. Tampal itu tampal ini.Dua minggu yang lepas saya ke Parkson, ternampaklah film tingkap yang cantik-cantik. Mula-mula rasa nak beli masa itu juga, tapi tidak ada ukuran tingkap walau saya tahu ukuran tingkap di Malaysia ini agak standard. Takutlah tersalah beli nanti. Jadi baliklah saya sampai termimpi-mimpi. Ha ha ha
Esoknya saya ke Parkson semula. Tak boleh jadi, asyik teringat sahaja. 
Film tingkap ini banyak juga kelebihan dia.
Bukan sekadar dekorasi tetapi orang luar tidak boleh nampak kita terutamanya pada waktu malam.
Ada dua ukuran lebar, satu yang 46cm dan satu lagi 92cm. Harganya RM23.90 semeter dan RM49.90 semeter. Saya beli yang 46cm lebarnya
.
 Tingkap kosong. Gambar pak cik google.

Memasangnya,  tidaklah susah sangat, hanya memerlukan air yang dimasukkan ke dalam botol penyembur dicampur dengan dua titik shampoo bayi. Bersihkan tingkap dahulu, kemudian barulah sembur permukaan tingkap dengan air yang bercampur shampoo baby. Kopek film tingkap ini dari plastiknya dan tampal (Terlebih dahulu ukur dan gunting). Kemudian hendaklah dikesat dengan pembersih cermin atau kain supaya rata dan tidak bergelembong.
Tapi disebabkan permukaan film tingkap yang saya beli ini memang sudah sedia macam mengelembung, jadi mengambil masa juga meratakankan.
Saya lakukan ke semua tingkap bilik di rumah termasuk bilik pembantu rumah. Suami pun suka melihatnya. Suka sahajalah, tapi tidaklah dia menolong saya.
Seperti kata bibik.
"Di Malaysia ini hairan sayalah, orang perempuan buat kerja rumah macam ni." Ha ha ha
-
-

-

-
Ini hasil tingkap bilik saya. Selamat mencuba ya...


SAMBAL KERANG NAJWA- 2 CERITA DALAM 1



SAMBAL KERANG NAJWA
Mesti seronok melihat kerang yang banyak. Toleh kiri kerang, toleh kanan kerang. Wah..mesti tidur pun atas kerang dan makan kerang sambil berbaring. Najwa memasang senyum!
“Najwa jom kita pergi rumah Seng! Kita pilih kerang dan bakar. Cicah dengan kicap dan air asam. Mesti sedapkan?”
Firdaus sudah menelan liur. Padanlah mereka berdua! Suka sangat makan kerang! Mawar suka juga makan kerang tetapi tidaklah keterlaluan. Kalau ada dia makanlah, tapi tidakalah sampai menelan liur macam Firdaus.
“Kau orang berdua nikan! Teruk sungguh. Esok-esok kalau kau orang berkahwin. Aku dengan Seng buatkan kau pelamin dari kerang!”
“Aku tuntut janji kau!”


AKU BUKAN RABAITUL ADAWIYAH

“Ingat, Mazwin. Awak selalu kata, nak jadi seperti Rabiatul Adawiyah. Hah, sekaranglah masanya. Rabiah insan yang mudah memaafkan… Jadilah seperti itu, Mazwin.”
Mazwin menggeleng-geleng. Dia tidak boleh melupakan kelukaan di hatinya kerana dipaksa melupakan Badrul selepas 10 bulan lelaki itu pergi menghadap Ilahi.
Oh, dia tidak boleh menjadi seperti Rabiatul Adawiyah. Dia gagal. 


P/S Novel bukan sekadar untuk dibaca, di situ seharusnya ada ilmu yang boleh digali, ada cerita yang boleh dikongsi bersama dan suka duka kehidupan yang boleh dijadikan panduan. Akan muncul di Pesta buku Kuala Lumpur di PWTC.




Monday, April 4, 2011

TASIK SHAH ALAM

Sejak akhir-akhir ini macam terkejar-kejar sahaja saya membuat kerja. Padahal kerja tak adalah banyak sangat pun. Ha ha. Blog pun macam nak tak nak sahaja update. Padahal banyak sungguh cerita yang mahu dikongsi. Hari Sabtu lepas saya ke Tasik Shah Alam, sengaja nak menukar angin. Orang yang paling gembira tentulah Qaisara dapat bermain di sana.

Di sebabkan banyak sungguh gambar Qaisara di dalam kamera si Khamisah yang menanti saya di Shah Alam. Jadi saya letaklah gambar dia sahajalah di sini.


Gaya kucing gedik..ha ha. Suka sangat buat gaya macam ini sebenarnya


Memanjat. Kalau tidak bermain dan memanjat bukanlah Qaisara namanya.

Ini gaya apa ya? Poket penuh gula-gula. Masa melalui tol Kajang, ada orang beri gula-gula bersama broucher entah apa. Gula-gula kami ambil, broucher tu entah ke mana. Amat malang orang yang bagi gula-gula itu. Ha ha..


Saya suka gambar ini. Qaisara suka melakukan pelbagai pose. Tapi depan orang yang dikenalinya. Jangan suruh Qaisara jadi model ya? Sudah berapa kali Qaisara dipanggil casting tapi saya tidak mahu. Biar anak saya ini bebas dengan caranya.



Rambut sudah diikat, Qaisara sudah kepenatan sebab di sini ada jual belon yang ditiup dan dilepaskan udaranya. Dia main sampai belonnya pecah dan beli lagi.

Ini wajib selepas main-main. Botol pink yang harus dibawa ke mana-mana. 


Ha ha ha ini lagilah tak boleh tinggal!


Saturday, April 2, 2011

MURTABAK KUCAI KHAMISAH


Jom kita buat murtabak kucai. 


BAHAN-BAHAN
Kucai
Bawang
Cili merah
lada hitam
unjur/ udang kering
perasa, garam
telur
kulit popiah
(semuanya main agak-agak sahaja)
Cara membuatnya.


]
tumbuk unjur (udang salai sarawak atau undang kering) sehingga lumat.


Kucai, cili, bawang besar dipotong halus. Campurkan lada hitam, garam, perasa, undang kering dan juga telur.

Masukkan ke dalam kulit popia, lipat dan goreng seperti mengoreng mertabak dan sedap dihidang panas.


Credit to Khamisah yang mengajar  memasaknya di rumah saya ketika sambutan hari jadi tempoh hari. Bukan senang nak tengok anak dara ini memasak.

Friday, April 1, 2011

DOA UNTUK SAHABAT..

Cermin mata yang saya pakai itu adalah cermin mata Qaisara. He he he..


Ada seorang kanak-kanak yang sering di hantar oleh ibunya ke rumah saya apabila emaknya bekerja dan tidak ada orang yang menjaga.. Biarlah saya namakan J sahaja. Namun perangai budak ini tidak berapa saya sukai. Apabila dia tidak ada kawan, dia akan berkawan dengan Qaisara. Namun apabila berada dipadang, dia mempunyai kawan-kawan Qaisara langsung tidak dipandangnya walau dengan sebelah mata. Pernah sekali, Qaisara menghampirinya dan mengajak dia bermain. Dia menjerit pada Qaisara mengatakan tidak mahu bermain dengan Qaisara. Menangis-nangis Qaisara dibuatnya.Sehingga ada beberapa orang pembantu rumah di padang ketika itu, memarahi Qaisara.
"Qaisara ni comel, ramai orang lagi nak berkawan dengan Qaisara. Kenapa budak tu yang Qaisara kejar?"
 Bibik dan saya puas jugalah memujuk Qaisara (yelah budak itu selalu datang ke rumah bermain dengan dia jadi dia sudah menganggap sebagai kawan)
Saya rasa J ini ada masalah jiwa. Pernah  dia yang berada di padang hadapan rumah saya, menekan loceng rumah saya dan masuk ke dalam rumah. Pada fikiran Qaisara dia mahu bermain dengan Qaisara. Tetapi J menolak sambil berkata.
"Saya tak mahu main dengan awak. Saya cuma nak minum air sahaja.." (ya ALLAH berlagak macam rumah sendiri sahaja)
Sudah tentu perbuatan anak yang selalu makan, minum, dimandikan oleh bibik itu mengecewakan Qaisara apatah lagi bibik. Tetapi sebagai ibu masakan saya mahu mengajar anak memberitahu yang jangan berkawan lagi dengan budak itu .
Sejak akhir-akhir ini apabila ibunya mahu menghantar anak itu ke rumah kami. Bibik sendiri memberi pelbagai alasan untuk menolak kerana rasa sakit hati apabila anak itu menjerit pada bibik, mengatakan orang Indon tidak baik, mengada-ngada dan sebagainya.
Pada satu malam seperti biasa sebelum tidur Qaisara berdoa seperti yang saya ajar.
"Ya ALLAH ya tuhanku berilahan aku kesihatan yang baik, berilahan kesihatan yang baik pada umiku, babaku, bibiku, kak Alin, Abang Ojan, Abang Akim, Abang Irfan, Abang Adil, mak long, pak long, pak lang, mak lang, pak ngah, mak ngah, atuk, nenek.(ha ha..semua orang disebutnya)."
"Umi, kalau Teta doakan untuk J boleh tak?"
Saya tergamam. Hendak saya katakan tidak, mesti Qaisara akan bertanya kenapa?
"Bolehlah umi ya, dia juga kawan Tetakan? Berilah kesihatan yang baik pada J"
Belum sempat saya menjawab, Qaisara sudah menjawab. Saya rasa mahu menangis sahaja. Terharu dengan sikap Qaisara yang langsung tidak berdendam, bahkan masih mengingati kawannya itu walau kawannya sudah membuat dia menangis beberapa kali.
Namun tahukan pembaca, apa doa saya? Saya berdoa supaya Qaisara melupakanm J, paling kurang pun tidak menghiraukan J kerana saya risau. Qaisara mendapat kawan seperti J yang seperti ada masalah jiwa. Saya tidak mahu Qaisara terpengaruh dengan sikapnya yang sombong dan angkuh dan hanya berkawan dengan Qaisara kerana terdesak. Bahkan sikapnya yang menjerit pada bibik mengatakan orang Indon semua tidak baik dan mengada-gada, seperti anjing yang mengigit tangan orang yang melepaskan dia tersepit.
Syukur Alhamdulilah, beberapa hari ini, Qaisara tampaknya tidak menghiraukan J, apabila J memanggilnya Qaisara hanya tersenyum dan mengangkat tangan,  walau malam tadi sebelum tidur dia masih tetapi menyebut nama J dalam doanya.