Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, December 31, 2010

UNGKIT MENGUNGKIT

Ungkit mengungkit adalah perkara yang sangat bahaya di dalam sesebuah rumah tangga. Apa yang diberi oleh suami pada isterinya bila diungkit akan menyakitkan hati. Apa yang diberi oleh si isteri pada suami bila si sisteri mengukit akan merobek pula perasaan si suami. Semuanya akan menjadi bekas. Di dalam kes ungkit mengungkit ini ada berapa individu sahaja yang rasanya boleh ungkit mengungkit.

1. ALLAH Taalla
Ungkitannya banyak kalau kita baca Al-Quran.

2. Ibu kita. Ungkitan ibu perlu untuk menyedarkan si anak.
Contohnya, emak besarkan kamu dari telapak kaki kamu sebesar dua jari emak sekarang kau nak berkurang ajar..

3.Ayah
Ayah dah susah payah bekerja supaya kau dapat makan, belajar ini balasan kau..

4. Guru
Saya dah ajar awak penat-penat, sampai saya demam pun saya tak MC..

5. Ketua
Hari itu awak buat silap macam ni..begini begini, boleh tak awak senarai dan perbaiki (tapi cakap kena beralaslah. jangan main tembak pekerja sahaja)

Kadangkala memang tidak dapat dielakkan kes ungkit mengungkit ini. Dalam rumah tangga saya sendiri akui, kadangkala saya mengungkit walau amat-amat jarang.  Tetapi suami saya tidak pernah sekali pun dia mengungkit (mungkin tidak ada apa yang mahu diungkit..he he). Suami saya ini jenis  bila marah kemudian dia akan lupa sendiri apa yang dia marah dan dicakapnya. Tidak macam wanita atau saya. Tetapi sikapnya yang tidak pernah mengungkit itu menyebabkan saya belajar, supaya menjaga lidah saya. Bila saya mengungkit pantas sahaja saya mengingati  perbuataan tersebut tidak seharusnya dilakukan dan diamal di dalam rumah tangga.

Tapi manusia dalam berjaga kadangkala dilakukan jugakan....



Thursday, December 30, 2010

GOL TAK UMI?

Tahniah Malaysia!
Oh..rasanya dah lama sungguh saya tidak meraikan kejayaan Malaysia di mana-mana perlawanan bolasepak.
Kali terakhir, saya tak ingat bila.
Dulu saya rajin tengok piala Merdeka. Semua pemain saya ingat dan kenal. Soh Chin Aun, Khalid Ali, Zainal Abidin dan ramai lagi.
Sekarang ini, jarang sekali saya menonton bola sepak Malaysia
Selalunya English League dan Turki League di Telivisyen (terpaksa sebab suami menonton thru internet atas katil..ha ha).
Malam  tadi berpeluh-peluh saya menonton. Pada mulanya kecewa juga permainan Malaysia yang kehilangan sedikit rentak.
Sekejap saya keluar bilik sekejap saya masuk. Sekejap buka tv sekejap tutup.
Suami tengok  di tingkat bawah saya tengok di atas. Suami kalau tengok bola, sangat cool. Jarang menjerit. Melihat tanpa perasaan walau dia menyokong Malaysia.
Sekejap-sekejap saya menjerit. Suami pula menjerit menyuruh saya relax. ha ha..
"Umi..dah gol belum.?"
Anak dara saya seorang ini sekejap naik tingkat atas, sekejap turun tingkat bawah.
"Gol Teta..gol.."
Teta pun menjerit. Golllllllllllllllllll!
Kemudian kami menonton lagi. Sekejap Qaisara tanya saya.
"Gol dah umi, gol tak?" (masa tu rasa nak cekik-cekik aje dia..ha ha).
"Alamak gollah.." muka saya sudah pucat apabila Nasuha menyaringkan gol untuk Indonesia.
"Gol ke umi? Golllllllllllllllll!"
Teta menjerit-jerit dan melompat kesukaan. Mahu ketawa pun ada, nak marah pun ada.
Aduh..Teta, Teta.. Malaysia punya gol pun dia menjerit suka, Indonesia pun gol pun dia menjerit sama.
Ha ha ha ha ha..
Bila tamat perlawanan, saya lihat dari tingkap bunga api dilepaskan. Rupanya baru saya perasan. Ada skrin besar di seberang jalan rumah saya. Qaisara pun baru tahu.
"Umi kenapa kita tak pergi tengok bola kat padang tadi?"
"Heasy..malulah, semua orang lelaki.."
'Umi ni, bola bukan untuk orang lelakilah. Tadi kat TV, ramai lelaki bawa isteri-isteri mereka?"
Ha ha ha..aduh. Macam-macamlah Teta ni!

Apa pun tahniah pada pemain muda Malaysia yang ada baru berusia 19 tahun. Harap-harap permaianan seperti ini dikekalkan.!


Wednesday, December 29, 2010

MEREKA MEMANG BIADAP

Apa perasaan anda semua, tiba-tiba ada orang datang ke rumah anda dan beritahu.
"Saya nak kahwin dengan anak anda dan sekarang saya nak bawa dia pergi?"
Oh..sudah pasti kita bergaduh bahkan bertumbuk dengan merekakan.
Ini sedikit lebih kurang yang saya alami Isnin yang lalu. Walau bukan bab meminang, tetapi bab yang lebih teruk lagi. Rumah ayah saya akan diambil dan dirobohkan atas alasan membuat jalan.
3 orang wanita dari pejabat penilaian datang ke rumah ayah saya dan beritahu begini.
"Kami nak ukur dan buat penilain kerana tanah dan rumah ini akan dirobohkan untuk dibuat jalan?"
Biadap atau beradapkah mereka. Tanpa apa-apa surat, tanpa perbincangan terus sahaja datang menerjah dan memberitahu rumah kami akan diambil dan dirampas.
Bukan rumah ayah saya sahaja, rumah abang saya juga begitu.
Tanah ini dahulu adalah kepunyaan arwah emak saya dibahagi2kan kepada anak-anaknya. Sekarang ayah saya dan adik saya berlainan emak yang tinggal. Tempat kami berkumpul adik beradik. Tempat kami bermesra dan bergelak ketawa.
Saya hairan sungguh,  yang mereka dengki sangat dengan keluarga kami. Saya benar-benar tidak faham.
Dahulu surau mahu diambilnya? Tetapi bila kami buat solat hajat, baca yassin..mereka mula tukar fikiran  . Rumah keluarga saya dan rumah abang saya mahu diambilnya dengan alasan dibuat jalan.
Tak cukup lagikah jalan yang ada di Melaka tu, jalan yang orang luar komplen paling banyak trafik light dan menyesakkan nafas.

Tuesday, December 28, 2010

ORANG PUTIH

"Ibu-ibu hari Natal tu apa?"
Balkish bertanyakan ibunya di hari krismas yang lalu.
"Oh hari raya orang-orang kristian.."
Jawab ibunya yang juga kakak saya Maznah.
"Orang kristian tu macam mana ibu?"
Balkish dengan Qaisara ni sama aje. Banyak sangat tanyanya. Balkish, dalam usia 5 tahun dia sudah boleh membaca dengan baik.
"Orang cina, orang India, orang putih.."
'Aik orang putih?"
Muka Balkish macam orang ada seribu masalah yang tidak terungkai..
"Yelah Balkish?"
'Tetapi kenapa Teta tak sambut krismas umi, diakan orang putih?"
Ha ha ha ha...Balkish, Balkish..ada-ada sahaja budak-budak ni.


Monday, December 27, 2010

SIPUT KHIN...

Pernah jumpa tak siput rupanya seperti ini.
Pertama kali saya menengoknya.
Jumpa di hutan Serian, di Sarawak.
Adakah siput khinzir ini cacat atau memang sebegini rupanya.
Teringat kalau ke Indonesia.
Siput ini dibuat satay.
Jadi berhati-hatilah dengan mana-mana satay di sana..
ha ha ha..

Saturday, December 25, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN..

Gambar dulu-dulu di lapangan terbang Narita.
Selamat ulang tahun perkahwinan kita suamiku yang handsome!
You are great husband Mr Seyit Kara ..
You always told me, when you wake up in the morning, you think how lucky you are to have such a wonderful wife and such a happy marriage.
You never failed to wish
"Good morninng honey! How are you today?"
You always, put your arm around your wife while she's sitting next to you (he he..sayalah tu..blush)
If you are in the wrong, you always admit it
You always open and honest with your wife about everything, you never hide anything.
You never forget our special occasions even you buy nothing for my bday or our anniversay. (kalau nak beli kek pun akan tanya. Honey..you nak kek ke tidak?)..ha ha..

I love you more, when you never mentioned my weight..muah muah muaha (suami selalu cakap saya kecil disebelah dia.)

Oh ..awak selalu beri ruang saya bersama kawan saya, adik beradik dan ibu bapa saya.
Bahkan bila saya bercuti dengan kawan saya, awak yang menghantar dan menjemput  saya dan kawan saya dari lapangan terbang.
Oh..banyak lagi yang saya mahu tulis..
Tapi cukuplah. Awak suami yang hebat di mata saya.
I love you so much Mr Seyit Kara
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA..



UDANG PAYAK

Udang berkulit keras ini memang banyak terdapat di Sarawak. Dalam RM8 sekilo. Orang Sarawak panggil udang ini payak. Hmm...nama sedikit lebih kurang macam asam payak/ asam  kelubi aje (agaknya sebab kulitnya keras kot)

Bakar sahaja pun sedap. Masa kami di Sarawak, si Khamlah tukang membakarnya. Saya part membakar dengan mengoreng jangan beri saya. Malas saya berdiri lama-lama. Masak benda lain tak apa.

Payak yang sedang dibakar. Satu landas dibakas habis, dua landas bakas habis. Sampai Lizabujang anginlah juga. Ha ha ha.. Dia ingat boleh kumpul sebesen itu semula dan makan sekali hadap..ha ha ha..
Rupa-rupanya insan yang kebulur ini tak sabar-sabar menanti..

Friday, December 24, 2010

BERJALAN DENGAN ANAK-ANAK

Minggu lepas saya balik kampung. Bila cuti sekolah dan balik kampung, satu perkara harus adalah membawa anak-anak buah berjalan-jalan. Kali ini kami pergi makan-makan, berbelanja sedikit beli alat tulis dan menonton wayang. Orang paling seronok adalah Qaisara. Saya seronok juga sebab dapat merasa mempunyai anak ramai macam ni. Ha ha ha..


Oh..kalau saya seorang bawa rasanya tak laratlah. Kena ada pembantu rumah, yang besar boleh menjaga diri yang kecil asyik berlari sana sini. Itu belum saya bawa Haji dengan Atmam lagi. Kalau tidak, ada 10 orang anak saya..he he he


Masing-masing membeli alat tulis yang digemari sebelum menonton wayang. Ketika membayar barangan di kaunter ada orang menegur saya..
"Wah..seorang satu dapat kak. Ramainya.."
Lalu saya beritahu mereka, itu semua anak buah dan anak saya seorang sahaja.  Saya tak dapat bayangkan kalau anak saya seramai itu. Kecoh agaknyakan? Oh..saya sangat kagum pada ibu bapa yang mempunyai anak ramai.


Lepas tengok wayang, makanlah apa lagi. Tengah menunggu makanan sampai.. Ifran itu sebenarnya Irfan. Saya tersalah tulis. He he..jangan marah Irfan.



Thursday, December 23, 2010

PANDAI ANAK UMI!

Cuti sekolah ini tidak lama lagi akan tamat. Saya suka juga kalau cuti sekolah dibuka. Tidaklah Qaisara asyik memekak di telinga saya, dia kebosanan tinggal di rumah. Walau sepanjang minggu ada aktiviti tapi anak dara nan seorang itu, ada sahaja tingkahnya.
"Bosanlah, boringlah. Jom jalan-jalan umi!"
Ayat kegemaran Qaisara itu akan keluar dari mulutnya sentiasa. Semalam suami mengajak dia ke pejabat.  Ketika itu kami sedang makan di meja.
"I will teach you how to become the big boss."
Ajar Mr Seyit Kara sambil bercekak pinggang dan berlakon seperti marahkan pekerja. Orang Turki ni kadangkala memang bila berlakon ada terlebih sedikit. Ha ha ha..
"Baba baba..wait, wait baba.."
Qaisara yang sedang makan mengangkat tangannya.
"Why?" Si baba yang terawang-awang tanganya mengerutkan dahinya.
"Baba, I just children baba. I dont want become big boss.  I want play, i want eat. I dont want angry like you do baba.."
Kah kah kah. Saya rasa nak gelak guling-guling sahaja. Saya pandang muka suami yang tersengeh-sengeh. Dalam hati saya berkata. Pandai anak umi..ha  ha



Wednesday, December 22, 2010

TRAGEDI VAN ROSAK

Kami ketika di Sarawak, berjalan mengunakan Van yang dipinjam dari abang LizaBujang. Pemandunya adalah Sharif. Saya cuba jugalah memandu tetapi apabila berlatih, gearnya susah masuk. Tahulah selama ini saya ke sana kemari dengan kereta auto. Hampir 10 tahu rasanya tidak memandu kereta manual begini.


 Hari kedua kami ke Serian. Mandi air terjun di hutan reakrasi di Serian. Dalam perjalanan balik hujan lebat. Sharif ni hujan tak hujan, membulan-bulan dia membawa van. Betul-betul di Jambatan Ulu Semera, Van ini berhenti secara tiba-tiba. Ambik kau!. Semua terpaksa turun dan bertekad untuk jalan kaki sahaja. Tengok masing-masing tersengeh lebar kena turun dari van. ha ha. Lama sungguh tidak merasa naik van/kereta rosak.
Qaisara yang sempat lagi berposing sakan.Setiap orang menyelamatakan barang masing-masing, tidak ketinggalan Qaisara. Saya pun tak ingat apa yang Qaisara selamatkan.. Mereka yang lain ketawakan saya, sebab saya bukan bawa turun barang berharga tetapi udang yang dibeli ditepi jalan.



Maka berjalan kakilah kami, macam askar baru balik berlatih.


Tinggal Sharif dan Atan berbincang apa yang perlu dibuat dengan Van ini? Sebenarnya Van ini tidak ada masalah, cuma apabila melalui lopak air, van harus dipandu perlahan supaya plugnya tidak terkena air. Jadi Van ini harus diberhentikan buat seketika dan dihidupkan semula. Alhamdulilah selepas 5 minit, Van ini berjaya dihidupkan.


Kalau tidak van tersebut rosak, tidaklah kami mengambil gambar di jambatan yang cantik ini.