Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 13, 2009

AKAN TERBIT NOVEMBER


“Dalam mengerjakan umrah, ada beberapa tawaf. Tawaf Ifadah. Iaitu tawaf yang menjadi rukun di dalam mengerjakan umrah..”
Ustaz Rahmat menerangkan kepada mereka yang hadir.
“Lepas tu ada tawaf Qudum..iaitu tawaf selamat datang dan juga tawaf wida iaitu tawaf selamat tinggal...”
Sambung lagi ustaz Rahmat. Teta mendengarnya dengan begitu tekun dan teruja sekali. Barulah dia tahu, tawaf sebenarnya ada tiga dalam mengerjakan umrah.
“Tapi sejak dahulu lagi ada lagi satu Tawaf yang sudah ditokok tambah oleh jemaah yang mengerjakan umrah ini. Iaitu Tawaf kidai...”
Tawaf kidai? Aneh bunyinya. Teta mahu bertanya dengan umi apa tawaf Kidai. Tetapi Ustaz Rahmat sudah menyambung.
“Tawaf dari satu kedai ke satu kedai..”
Kata-kata Ustaz Rahmat itu disambut dengan gelak ketawa para hidirin. Ustaz Rahmat memang kelakar. Sebab itu apa yang diajar cepat sahaja masuk ke benak semua bakal jemaah.


Monday, October 12, 2009

KEMAHIRAN BERFIKIR

"Komputer saya hang, bagaimana nak off computer?"
Pagi itu saya menerima SMS dari kawan baik saya. Alamak..detik hati saya. Masakan masalah sekecil ini pun tidak dapat diselesaikan. Dan saya pun menjawab.
'Off power dan keluarkan bateri."
Namun kemudian saya sedar, kadangkala dalam keadaan kritikal begitu kita tidak dapat berfikir dengan betul dan hilang punca. Biarpun masalah yang perlu diselesaikan adalah amat mudah. Kadangkala saya sendiri panik juga kalau berlaku sesuatu diluar jangkaan. Keadaan yang diluar jangkaan ini memerlukan kita mempunyai kemahiran berfikir demi menyelesaikan masalah.
"Honey something wrong with my car, the tyre slowly flat "
Itu suami saya ketika tayar keretanya mula pancit. Suami saya ini penyelesaian masalahnya adalah isterinya..he.he. Saya sudah lengkapkan dia dengan kad AAM dan cuma menelefon sahaja tetapi yang ditelefon adalah isterinya juga..auwahh..(saya selalu cakap dengan dia, kalau saya mati nanti macamanalah awak ni).
Kemahiran berfikiran dan penyelesaian masalah memang banyak saya pelajari ketika kecil. saya masih ingat bagaimana arwah emak bercerita mengenai seekor gagak yang menjumpai takar air yang airnya jauh sekali ke dasarnya. Bagaimana gagak mahu minum, sedangkan leher gagak tidak sampai ke dasar takar. Arwah emak saya bertanya. Bagaimana gagak mahu menyelesaikan masalah?
"Angkatlah takar tersebut dan tonggang.."
Itu penyelesaian masalah saya untuk gagak. Emak ketawa. Masakan gagak, seekor burung yang kecil gagah mengangkat takar tersebut.
"Gagak mengambil batu, satu persatu lantas dilemparkan ke dasar takar itu. Apabila batu banyak memenuhi takar jadi air pun naik ke atas permukaan takar dan dia dapatlah minum.."
emak menerangkan. Nah..bayangkan gagak yang dikategorikan tidak berakal mempunyai kemahiran berfikir dan dapat menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikiran sebenarnya perlu ada di dalam setiap diri kita dan di situlah kita dapat menyelesaikan masalah.
Seperti menulis novel, kemahiran berfikir memang amat-amat diperlukan. Kemahiran ini mengajar bagaiamana seorang penulis menjadi kreatif dan tampak bijak di mata pembaca. Tetapi bukan sahaja penulis yang memerlukan kemahiran berfikir tetapi pembaca juga memerlukannya kemahiran tersebut.
Namun kadangkala ada juga buku-buku yang tidak logik dan tidak boleh diterima akal masih menjadi sanjungan pembaca. Apakah penulis tidak ada kemahiran berfikir atau pembaca yang sudah tidak tahu bagaimana berfikir? Entahlah..saya tidak ada jawapannya.
Cuma yang saya tahu, kepala saya kadangkala sakit sungguh kerana selalu menggunakan otak untuk berfikir..mungkin otak saya sudah menjadi tua kerana terlalu banyak berfikir



Saturday, October 10, 2009

JOM MASAK, MASAKAN KITAR SEMULA!

Sejak dulu lagi, keluarga saya cukup menitikberatkan tentang tiadanya pembaziran makanan. Saya masih ingat, arwah emak saya seboleh-bolehnya cuba mengelakkan makanan dibuang begitu sahaja. Contohnya roti canai ataupun tepi roti (yang keras). Biasanya makanan ini emak akan recyle supaya rezeki ini tidak masuk ke tong sampah. Ini adalah salah satu resipi arwah emak supaya makanan yang tidak habis dimakan boleh di kitar semula.
Bwang, putih, bawang merah, roti canai yang sudah keras dan tidak mahu dimakan lagi (tepi roti yang keras pun boleh), telur dan cili (cili terlupa nak ambik).
Mesin cili, bawang putih, bawang merah dan tumis sehingga garing.
Kemudian masukkan telur dan roti canai yang sudah dipotong kecil. Sedapkan dengan garam atau perasa. Kalau mahukan sayur, boleh juga diletak sayur.
Tada! Roti canai yang sudah jadi seperti kueteow goreng. Cubalah..memang sedap.

Wednesday, October 7, 2009

SERUPA TAPI TAK SAMA

Siapa artis ini? Saya pun tak kenal. "Airis Yasmin mahu jadi pelakon serba boleh tidak putus terima tawaran berlakon. Itu yang saya baca di Harian Metro hari ini." Beliau ini adalah model berstatus janda. Cantik lagikan. Saya tidaklah tertarik dengan apa yang mahu diceritakan tentang artis ini. Tapi saya tertarik dengan baju yang dipakainya. Macam pernah ku beli...

Airis Yasmin
Ini model mana le pulak? Baju hampir serupa aje..ha.ha..

Potongan lengan baju ala Siti Nurhaliza dengan taburan batu ini sama aje yang dipakai oleh model di atas. Keh.keh..


Kalau model Airis Yasmin bergaya di celahan pokok. Model kecil ini bergaya di bawah kerusi meja sambil makan nasi ayam. Waalla...nak buat camana dan tak boleh nak dikawal.

Model kecil ini bergaya ketika majlis jamuan rumah terbuka di rumah aunti Shelly di Seremban. Bersama uminya dan juga adik aunti Shelly, aunti Shela dan juga anak aunti Shelly Qaisara Balkish..tengok peha Balkish..yummy..yummy..



Tuesday, October 6, 2009

ADUN PENING KEPALAKU SIH!

Satu hari ketika saya sedang makan di luar bersama anak-anak buah saya dan adik beradik saya, saya menerima panggilan telefon yang memeranjatkan. Datang dari pembantu rumah tidak jauh daripada rumah saya.
"Umi, umi tahu tak Sari tu ada affair dengan suami orang?"
Sari adalah pembantu rumah saya. Sudah pasti saya terperanjat. Bila pula si Sari ada affair dengan suami orang, pembantu rumah saya sudah bersuami dan mempunyai anak. Lagipun Sari sentiasa berada depan mata saya. Sering saya bawa ke mana-mana. Dia seperti kawan saya.
"Sari tu bagi lelaki itu baju dan bila isterinya dapat tahu, isterinya itu menangis sehingga gugur. Kalau umi nak tahu. Lelaki itu abang kepada si Eda kawan saya. Si Sari hantar gambar bogelnya kepada lelaki itu, sehingga isterinya gila."
Eda itu adalah pembantu rumah juga. Setahu saya depan mata saya si Eda memberi baju kepada Sari apabila mendapat gaji kerana Sari sering memberi dia makanan. Tidak pernah pun dipakai oleh Sari kerana kurang berkenan tetapi tetap disimpannya.
Beria-ia pembantu rumah tersebut bercerita dengan nada yang marah dan katanya dia mahu berjumpa dengan Sari dan menampar pipi Sari.
"Chop..chop.." saya memotong kata-kata pembantu rumah tersebut.
"Kalau Sari ada affair dengan lelaki orang kenapa kamu yang beria-ia. Bukan Eda atau kakak iparnya yang menyerang?" saya mengutarakan pertanyaan. Pembantu rumah itu diam.
"Dia telah menyakitkan hati saya, dia cakap saya pengemis. Sebab itu saya sedikit emosi umi.."
Akhirnya dia mengaku. Dan tidak puas hati dengan ceritanya saya beritahu sari saya mahu bercakap dengan Eda untuk mendapat cerita lebih lanjut.
"Astaghfiruallah bila masa Sari ada affair dengan abang saya umi, jangan dimasuk dalam hati kata-kata si Ana itu. Mungkin dia nggak waras.."
Pening kepala saya, saya sudah dilibatkan dengan pembantu rumah yang tidak sedar diri ini. Apabila disiasat rupanya semuanya berdasarkan cemburu. Pembantu rumah bernama Ana ini memang satu masa dahulu pernah meminta kerja dengan saya, tetapi saya tolak kerana satu alasannya, dia pembantu rumah jiran saya. Masakan saya mahu mengambil dia. Kedua saya melihat anak-anak yang dijaga tidak kemas. Hingus anak-anak meleleh dan anak-anak dipakaikan baju koyak rabak. Saya selalu menegur dan memberi anak-anak ini makan.
Bahkan dengan Ana sendiri saya sering memberi dia makan kerana katanya di rumah tidak ada apa-apa untuk dimakan. Bahkan dengan pembantu rumah lama saya, saya masih ingat setiap pagi dia akan datang dibelakang rumah saya dan bertanyakan apakah ada makanan untuknya? Sikap Ana yang suka meminta-minta itu kadangkala membuat saya marah.
"Nanti kau cakap dengan umi aku tak mahu baju kurung raya ini, aku mahukan blouse.."
Itu kata dia pada Sari, memang setiap raya saya akan berikan pembantu rumah di kawasan rumah saya baju, telekong dan sebagainya. Tetapi tahun ini saya tidak ada masa untuk mencarikan baju raya, saya ingat selepas raya saya akan beri mereka duit raya. Jadi apabila hari raya hampir tiba, baik baju kurung atau blouse masih tidak Ana terima. Lantas si Ana bertanyakan pembantu jiran-jiran lain apakah mereka mendapat hadiah dari saya. Kebetulan ada seorang pembantu yang saya berikan baju kurung lama saya. Jadi si Ana menjadi benganglah. Dia sangka, Sari tidak menyampaikan kepada dia segala pemberian saya. Dia bertanyakan hal tersebut melalui SMS kepada Sari i dan Sari menjawab.
"Usahlah meminta-minta, orang yang meminta-minta itukan pengemis.."
Dia menjadi marah dan cuba menaburkan fitnah. Fitnahnya bukan sedikit-sedikit tetapi menakutkan. Lantas kerana menjadi marah saya tidak mempercayai cerita pembantu rumah saya mempunyai affair dia mahu memulangkan semua baju yang pernah saya beri. Hal itu diberitahu pada pembantu rumah yang lain.
"Kalu mau dipulangkan, harusnya dipulangkan makanan yang pernah kamu makan. sekali."
Itu nasihat pembantu rumah lain yang mendengar ngadu domba si Ana itu menyebabkan dia bertambah berang...
Kadangkala saya terfikir apakah bencana Alam yang berlaku sekarang salah satu sebabnya kerana manusia menaburkan fitnah sewenang-wenangnya tanpa batas.

Friday, October 2, 2009

TELEFON OH TELEFON

Mula-mula saya belikan telefon ini Qaisara memang tidak suka, kata dia telefon ini tidak macam telefon umi. Tidak boleh bercakap dengan baba, tidak boleh bercakap dengan Danish atau Balkisah. Tetapi entah kenapa, lama-lama mungkin kerana tengok gambar yang berada di hadapan telefon itu. Qaisara mula menyukainya. Membawanya ke sana ke mari walaupun ketika mahu tidur.
Tiba-tiba telefonnya hilang, menurut bibik Qaisara membawa telefon tersebut ke rumah jiran. Jadi saya suruh dia ambil dari rumah jiran belakang rumah. Bila mahu diambil jiran mengatakan tidak ada di rumahnya. Kami mengesyaki anaknya yang hampir seusia dengan Qaisara mengambilnya. Beberapa kali ditanya. Anak itu menjawab tidak tahu.
"Teta tinggalkan dekat rumah itu.."
Qaisara mempunyai ingatan yang cukup kuat, dia selalu fokus dan rasanya dia selalu bercakap benar. Sudah ditanya berkali-kali pada jiran masih tidak ada, maka saya mengharung sekali lagi ke sogo mahu mencari telefon tersebut. Sayang..telefon yang berharga RM25 itu kehabisan stok. Nasib baik Qaisara lupa akan telefonnya kerana sibuk beraya (peristiwa ini berlaku, dua minggu sebelum raya)
Beberapa hari yang lepas ketika saya di dalam bilik, Qaisara sedang berada di dalam biliknya bersama bibik di bilik sebelah terdengar sesuatu.
"Bibik! Itu telefon Teta.."
Qaisara membeliakkan matanya, dia meluru ke tingkap yang kebetulan hanya beberapa kaki dari dapur jiran belakang rumah. Dia melihat anak jirang belakang rumah sedang duduk di muka pintu dapur bermain dengan sesuatu. Teta pantas turun dari tingkat atas dan terus ke dapur bersama dengan bibik. Membuka pintu dapur.
"Itu telefon Teta, bagi balik.."
Qaisara menjerit, anak jiran terperanjat. Jiran yang sedang memasak di dapur mahu dengan tidak terpaksa memulangkan telefon itu kepada yang berhak biarpun anaknya terlalak terlolong mahukan telefon tersebut. Kasihan juga saya melihatnya tetapi mahu saya belikan untuk anak jiran, itu satu-satunya yang ada di sogo.
"Macam mana ibu ya, Qaisara boleh kenal lagi bunyi telefon dia sedangkan sudah hampir sebulan"
Pembantu rumah saya menggelengkan kepala, seperti takjub bunyinya. Bila saya bercerita dengan suami, suami saya ketawa besar..
"Like father like daughter! Kazem..kazem (anak perempuanku2)..cisss..
Kalau yang bagus..semualah anak dia..ha.ha.ha...

Inilah telefon yang menjadi rebutan. RM25 bagi telefon mainan begini memang mahal bagi saya tetapi kerana Hallo kitty dan dibawah lesen yang dikawal, tak mengapalah. Lagipun Qaisara suka. Qaisara beritahu saya tak mahu membawa ke mana-mana lagi telefon ini. Setiap kali dia mahu keluar sekarang, telefonnya di letak di bawah tilam..ha.ha.ha.





Wednesday, September 30, 2009

JOM BUAT ROJAK

Sepanjang bulan puasa ini memang pening kepala mahu memikirkan hidang apa yang mahu dimasak untuk berbuka puasa. Sekarang saya sekeluarga sedang berpuasa 6, masalah memasak untuk berbuka timbul semula. Aduh..aduh. Akhirnya dalam dok termenung dapat idea untuk memasak rojak.

Bahan -bahannya sotong yang digoreng tepung. 1. matikan airnya terlebih dahulu dengan meletakkan sotong yang dibersihkan di dalam kuali dan di atas api yang sederhana sehingga airnya keluar 2. gaul dengan garam, perisa dan telur 3. sebelum digoreng gaulkan dengan tepung jagung atau kastard( tepung kastard cantik tapi sotong akan keras sedikit)


Sotong yang sudah siap digoreng.

1. Sengkuang dan timun yang dihiris halus (timun lupa nak ambil gambar) 2. Kuah rojak, halia, bawang putih, bawang merah, serai yang dimesin dengan cili, ditumis. Kemudian selepas garing masukkan kacang tanah yang sudah digoreng dan dimesin halus. Sedapkan dengan garam, gula, asam keping dan juga perasa.

1. Tepung, daun bawang, garam, perasa dan juga bawang dihiris digoreng untuk dibuat jemput-jempt. 2. Tempe yang digaram dan dikunyit juga goreng.


Taugeh yang dicelur.

Tahu yang digoreng, ubi kentang juga digoreng, tempe dan telur.

Buat rojak ini agak leceh sedikit kerana banyak ramuannya yang perlu digoreng dan dimasak. Bak kata kakak saya Maznah, kalau buat di rumah terbuka ni, orang dah semua sampai rojak kau tak siap-siap. ha.ha.ha. Sebab kerana masak ketika berpuasa saya rasa kuahnya macam terlebih serai..keh..keh. Heasy.masak bagai nak rak, suami saya bukan makan pun. Terpaksalah masak hidangan lain untuk beliau. Nak buat camanakan..reda ajelah.


Tuesday, September 29, 2009

MACAM MACAM CERITA

CERITA 1

Semalam saya membawa suami membuat medical check up di klinik, Qaisara pun sibuklah sama mahu mengikutnya walaupun saya melarang berkali-kali bimbang dengan virus yang mungkin ada di klinik. Tetapi kerana babanya membenarkan dia ikut serta, maka dia pun ikutlah di tengah-tengah hujan lebat pagi semalam.
Sebenarnya saya mahu memeriksa paras gula suami. Yelah..suami saya suka sekali minum teh dan air yang berwarna. Lantas doktor pun mencucuk pin bagi mengeluarkan darah daripada jari suami saya. Ketika itu Qaisara ada bersama....Alhamdulilah. Paras gulanya ditahap yang cukup baik mungkin berkat rajin makan buah dan salad.
Sementara menunggu membuat bayaran, suami menyuruh saya dan Qaisara masuk ke dalam kereta. Saya dengar Qaisara bertanya saya berkali-kali.
"Umi, baba can drive or not?"
Saya hanya diam sahaja kerana mahu menghidupkan enjin dan air cond kereta.
"Umi baba can drive or not?"
Sekali lagi saya terdengar Qaisara bertanya.
"Of course he can sayang?"
Wajah Qaisara seperti tidak puas hati. Dia memanjangkan leher dan melihat ke arah klinik.
"Umi baba can drive or not?"
Apalah si kecik ni bertanyakan soalan yang sama? Di sudut hati tertanya-tanya juga kenapa Qaisara bertanyakan soalan tersebut dan apabila babanya masuk ke kereta soalan yang sama juga ditanyanya.
"Baba can you drive.."
"Of course ? "
"How your finger pain or not?"
'No..nothing. I didnt feel anything.."
"Okay..good..." balas si Qaisara riang.
Lah..barulah sedar rupanya dia ingat, doktor mencucuk jari babanya dengan jarum, babanya berasa sakit dan tidak boleh membawa kereta. Bagaimana anak sekecil itu boleh berfikir sampai begitu sekali ya?


Qaisara memang amat sayangkan babanya dan amat manja, kadangkala cemburu juga..ha.ha


CERITA 2

Pagi Ahad yang lalu suami sedang menikmati teh di halaman rumah sambil berchatting dengan saudara maranya di internet. Saya pula sedang duduk di meja makan di dalam rumah membuat kerja sambil memandang ke halaman. Saya melihat beberapa orang kanak-anak dengan riangnya menuju ke pintu pagar rumah saya. Saya rasa anak-anak pekerja Indonesia yang sedang membuat projek perumahan di atas bukit sebelah taman rumah saya itu, mereka mungkin mahu mengutip duit raya.
Namun baru salah seorang mahu membunyikan loceng, langkah mereka serentak terhenti demi melihat suami dan mendadak sahaja berjalan menjauhkan diri daripada pintu pagar rumah saya.
"Come..come.."
Suami saya berdiri sambil menjerit apabila melihatkan budak-budak itu menjauhkan diri. Tujuan suami memanggil mahu memberi duit raya kepada mereka. Tetapi panggilan suami membuat anak-anak itu melarikan diri seperti orang yang tidak cukup kaki. Saya ketawa besar melihatnya. Mungkin agaknya mereka melihat wajah suami yang seperti 'bule' menyebabkan mereka takut untuk mendekati rumah saya ha.ha.ha.ha..


Sunday, September 27, 2009

GAMBAR RAYA LAGI..

Cerita raya saya sebenarnya tidak habis-habis lagi. Yelah..rayakan sebulan. Sebenarnya kalau mahu upload gambar memang banyak, dari gambar petang menembak (orang dulu-dulu apabila tahu sahaja raya, sudah pasti tembakan meriam buluh akan dilepaskan, sebab itu dipanggil petang menembak). sampailah hari raya ke empat.

Jemputan di malam raya yang mengambil bahagian bertakbir dari rumah ke rumah. Menu malam itu satay dan juga ketupat.


Malam raya pertama, sempat lagi Teta, kakak saya Mijah, anak-anak yang lain bermain bunga api. Qaisaralah yang paling gembira bermain bunga api walaupun takut-takut.

Hari raya kedua kami sempat mengadakan makan-makan untuk ahli keluarga. Hidangan malam itu BBQ ikan, ayam dan udang, meehon goreng, nasi goreng, sotong goreng tepung (saya yang buat, bukan kuning jadi hitam..tapi Alhamdulilah..sotong yang dahulu habis) dan juga buah-buahan.


Adik ipar saya Hamdan dan abang ipar saya Rahim Martopo (bukan nama betul sengaja mengelarnya sebab dia suka pakai topi jawa di kepalanya) yang bertungkus lumus membakar ikan, ayam dan udang.



Abang saya Ustaz Mazlan, abang ipar (suami kakak saya Mijah) juga suami yang sedang menunggu makanan dihidangkan.

Bapa saudara saya yang datang bersama anak dan menantunya dan juga ayah saya (memakai baju melayu)

Hari raya ke empat, Danish mengajak saya ke Jusco untuk bermain 'lompat-lompat' dan bowling (dia tahu kalau Mak Andak balik kampung, dapatlah dia main lompat2). Setiap kali ke Jusco saya pasti membawa Danish, Alin, Qaisara dan Balkish. Tetapi kali ini Balkisah tidak dapat ikut kerana ramai saudara mara yang datang ke rumahnya. Bila dia tahu saya ke Jusco, meraunglah dia. .

Sebelum ke Jusco, sempat menjenguk di tempat kerja adik saya Ateh, di sekolah pendidikan khas. Ini kraftangan yang dibuat oleh Ateh untuk murid-murid di pendidikan khas.
Lupa pula mengambil gambar jaga yang bekerja di sekolah tempat Ateh bekerja. Sekolah Ateh ini di belakangnya kubur cina dan di hadapannya kubur orang-orang islam. Rasanya ramai yang tidak berani menjadi jaga di sekolah seperti itu. Pukul 5 pagi pak cik jaga berbangsa cina ini sudah datang ke sekolah. "Bini aku kuat pet pot pet pot. Baik aku kerja dari dengar dia membebel." Itu cerita dia pada saya ha.ha.. . Pakcik ini memang fasih berbahasa melayu. Suka sangat saya berbual dengannya. Bayangkan sepanjang 41 tahun bekerja, dia tidak pernah mengambil cuti! Tahun Baru Cina pun masih bekerja tetapi datang agak lambat...ada yang sanggup buat begitu?

Friday, September 25, 2009

DOA UNTUK DIA

Saya masih ingat lagi, semasa saya masih kecil, berada di sekolah rendah saya sering bertembung dengan seorang lelaki yang sering mengayuh basikalnya. Beliau menjual pelbagai jenis barangan, dari penyapu, tapai sehinggalah kepada kuih muih.
"Dia tu senteng!"
Saya masih ingat lagi kata-kata kawan saya. Macam-macam momokan yang mereka berikan pada lelaki ini. Mungkin melihat yang dia sedikit lurus dan sering tersenyum-senyum menyebabkan orang memanggil beliau senteng.
"Sharifah Aini kau nak pergi mana?"
"Pergi sekolahlah Pak Cik.."
Saya masih ingat gelaran yang diberi oleh lelaki itu pada saya, setiap kali berjumpa dengannya. Kadangkala apabila dia mengayuh basikal menaiki bukit, saya akan menolaknya dan sudah pasti lelaki itu amat gembira kerana saya memudahkan kerjanya.
"Kau nak tapai?" tanya lelaki tersebut. Menawarkan tapainya di atas pertolongan saya. Saya mengelengkan kepala. Memang ketika kecil saya tidak sukakan tapai. Bila sudah besar barulah saya reti makan tapai, baik ubi atau pulut.
"Kau nak beli penyapu aku tak?"
"Tak mahulah.."
"Kenapa?"
"Mana saya ada duit pak cik.." balas saya. Kami sama-sama ketawa. Ketika itu dia menjual penyapu lidi dengan harga 20 sen rasanya. Kelapa lidi yang dirautnya sendiri.
"Sharifah Aini..kau belajar betul-betul tau.."
Saya masih ingat lagi kata-kata lelaki itu setiap kali berjumpa dengannya. Tidak tahu kenapa lelaki itu memanggil saya Sharifah Aini, tapi kata dia saya cantik seperti sharifah Aini.
Pantasnya masa berlalu, hari itu semasa di bulan Ramadhan, saya jumpa lelaki itu yang tampaknya sudah semakin di mamah usia di persimpangan jalan Muar Melaka. Dia masih mengayuh basikal dan membawa bakul.
"Itu pak cik Dolah tu. Lamanya tak nampak dia. Dia berniaga lagi ke? Panjang umur dia. ya.."
Saya memberitahu kakak saya Maznah. Ketika itu kami dalam perjalanan ke Melaka untuk mencari buah mata kucing kering, untuk dibuat air. Kami berdua agak kesal berjumpa beliau di arah yang bertentangan, kalau arah yang sama sudah pasti saya berhenti bertanya khabar dan menghulurkan sedikit duit raya buatnya.
"Dia berniaga kecil-kecilan macam tulah. Sekarang dia tinggal seorang diri, emak dan ayah dia dah meninggal. Dia tidak pernah berkahwin.."
Cerita kakak saya. Dia mesti lebih arif kerana tinggal di kampung.
Hari ini kakak menelefon saya. Dia bercerita dengan nafas yang terburu-buru.
"Kau tahu Umi, baru kita cerita pasal Pak Cik Dollah hari itu, hari ini kawan aku cerita. Masa pagi raya Pak Cik Dollah jatuh di bilik air. Tak seorang pun jiran yang tahu. Hari raya ke empat hari itu, budak-budak bermain bunga api di halaman rumah terbau sesuatu yang busuk. Rupa-rupanya, bila orang kampung masuk ke rumah dia. Jumpa pak cik tu di bilik air. Badan dia dah berulat dah.."
Saya terperanjat mendengar cerita kakak saya. Rasanya baru sahaja saya berjumpa dengan lelaki itu, hari ini saya menerima berita pemergiaannya. Kasihan pak cik tersebut. Hidupnya sentiasa keseorangan dan perginya pun cara yang begitu. Moga-moga tuhan cucuri rahmat ke atas roh Pak Cik Dollah. Moga-moga amanlah dia di sana. Al Fatihah untuk beliau. AMIN..